June 07, 2013

Belasungkawa Cip Labis


Salam Jumaat..

Dikhabarkan semalam kira-kira pukul 9.00 pm seorang sahabat sdra Rosdin bin Saher @ Cip Labis telah kembali kerahmatullah di kampung halamannya di Pontian, Johor.

Mengenali beliau melalui sebuah kelab EOCM-GLR merupakan seorang yang soft spoken, slow and steady, cool, tenang, humor dan pastinya seorang yang tegas sesuai dengan sokongan yang telah diamanahkan kepada beliau sebagai cip Kapal Lanun. Beliau tidak menyusahkan orang lain, dan tidak juga pada anak-anak buahnya. Dialah sahabat, baik kepada yang junior mahupun senior.

Beliau sememangnya seorang yang humor dan kaki sembang, walaupun kadang-kadang terbabas dari fakta. Aku pulak seronok mendengar. Beliau tidak marah apabila aku pernah menegurnya. Sambil menggosok bahu ku...

 "Aku Soljar biasa bercakap dengan penampar je...hahahaha ! "  

Hari ini sdra Rosdin bin Saher telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Kepada sahabat-sahabat yang berkesempatan menziarahi arwah hari ini, salam takziah saya untuk seluruh keluarga arwah. Tentu sekali, segala kenangan bersamanya akan abadi dalam lipatan sejarah.

He is a very good person, and we learn, a very good person leave a very good legacy…. bersamalah kita berdoa agar roh beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang solleh..

AL FATIHAH





i
ii


iii


iv

No comments: