August 27, 2013

Padayappa....(?)

Ops Cantas

Dalam tempoh tiga hari lalu, polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya memberkas 1,911 individu termasuk 30 ahli kumpulan kongsi gelap yang dikehendaki dalam Ops Cantas Khas di seluruh negara.

Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 30-an tersebut diberkas dalam operasi bermula Jumaat lalu.
Antara anggota kongsi gelap yang diberkas termasuk Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng Raj 18.

Geng 04 menggunakan logo Nazi dan merupakan kumpulan samseng paling berpengaruh serta terkenal di Pulau Pinang. Mereka merekrut pelajar sekolah dan lelaki dewasa untuk mengedar dadah serta peras ugut.

Geng 08 juga dianggotai oleh kaum India yang terlibat dalam kes jenayah berat seperti bunuh, dadah, peras ugut, wang palsu dan senjata api. Mereka menggunakan naga sebagai logo kumpulan di sebelah kiri anggota badan yang mempunyai bulatan hitam atau merah.

No comments: