Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia. Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan
wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China. Tetapi adakah anda tahu
dimanakah letaknya hujung Tembok China?
Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan
manusia. Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu
tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah
Kaisar pertama China iaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran
China. Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk
menyiapkan tembok raksasa ini.
Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China. Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di
Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old
Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya terapung di
permukaan Laut Bohai. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana
kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.
Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300
kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer,
bermuara langsung ke laut Bohai.