Salam Aidilfitri,
Bulan di mana tradisi saling
kunjung mengunjung kerumah sanak saudara dan rakan taulan sambil bermaaf-maafan
di antara satu sama lain. Buang yang keruh ambil yang jernih. Saling bermaaf,
berusaha memperbaiki hati dan jiwa supaya berperibadi mulia berjiwa luhur disisi
manusia dan Tuhan.
Buat akhirnya kepada semua rakan
blogger dan FB, baik yang pernah bersua muka mahupun yg belum pernah bersua,
berhati-hati ketika memandu ke destinasi masing-masing kerana kepulangan kita
untuk di rai bukan untuk ditangisi.
. |
Menjelangnya Syawal juga saya
memohon maaf andai ada yang terlepas kata, tersalah tulis, terlalu bias dan apa
saja yang boleh menghiris hati & perasaan.
Mohon maaf atas segala
keterlanjuran yang disedari mahupun tanpa disedari kepada yang mengenali secara
langsung ataupun tidak. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga semangat berhari raya kali
ini akan membawa semacam satu kekuatan dan inspirasi kepada kita di masa akan
datang di sepanjang hayat.
Walau apa pun, sekadar peringatan…
angpow raya tahun ini tidak dikenakan 6% GST atau kita include kan sahaja dalam
sedekah kalian semua…..peace yow…
No comments:
Post a Comment