October 29, 2015

Pandir Zaman Cyber (lah sangat...)


Cerita-cerita dongeng Pak Pandir sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri bahkan diiktiraf masyarakat luar sejak awal 1900an lagi apabila cerita cerita ini dikumpulkan dalam satu buku bertajuk “Cherita Jenaka” Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock pada 1908.
Lihat sahaja watak Pak Pandir iaitu orang yang sinonim dengan “kebodohan”. Masih teringat kisah Pak Pandir yang disuruh Mak Andeh untuk menjemput Pak Haji dan Pak Lebai ke rumahnya kerana dibuat kenduri tahlil kematian anak mereka.
Kerana Pak Pandir tidak mengenali rupa Pak Lebai dan Pak Haji, Mak Andeh menerangkan, yang berserban itu Pak Haji, yang simpan janggut tu Pak Lebai. Maka berakhirlah dengan Pak Pandir membawa pulang seekor kambing jantan yang disangkanya Pak Lebai (berjanggut) dan seekor burung pipit Uban yang “berserban” di atasnya.

.

Namun sebodoh-bodoh Pak Pandir, beliau juga licik orangnya, masih teringat kisah Pak Pandir dengan gergasi. Apabila Pak Pandir secara tak sengaja (mungkin sengaja tanpa niat) membunuh anak gergasi, Sebodoh-bodoh Pak Pandir, bodoh lagi sang gergasi!
Telatah kebodohan Pak Pandir moden dan “kebijaksanaan” Pak Pandir di zaman Cyber (lah sangat…) mungkin sinonim kepada sesetengah peneraju@pemimpin masa kini. Bodoh sombong syok sendiri!
Kisah Pandir moden di zaman Cyber (lah sangat..) memberi pengajaran kepada kita, walaupun seseorang itu meneraju, tetapi belum tentu arif tentang soal strategi perjalanan ke zaman Cyber (lah sangat ..)
Maka tidak hairan sekiranya akan ada pengikut Pandir merayau tanpa baju telanjang bulat setelah baju kertasnya koyak rabak di zaman Cyber (lah sangat…) Persoalan “siapa” Pandir Moden zaman Cyber Jaya usah dibahaskan, namun belajarlah dari kisahnya dengan hati dan fikiran yang terbuka..

Harap Maklum.