November 16, 2005

KAD, E KAD VS SMS RAYA

Salam Sejahtera,

Hari ini dah masuk 14 Syawal, kita masih lagi dlm mood raya...Yang jauh kita rapatkan yang dekat kita mesrakan, begitulah antara pepatah Melayu yang sering didengar.

Bulan Syawal bulan yang mulia, kehadirannya amat dinantikan oleh semua umat Islam, semua kaum keluarga akan berkumpul, kunjung-mengunjungi sanak-saudara, rakan dan taulan bagi memohon ampun dan maaf, yang tua dituakan dan yang muda dimudakan, namun begitu tidak semua mereka ini akan dapat dikunjungi atau diziarahi.

Untuk mengekalkan hubungan silaturahim agar hubungan tali persaudaraan akan tetap terjalin, Kad Ucapan Selamat Hari Raya akan akan dikirim sebagai pengganti diri di Hari Lebaran untuk memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan.

Menjelang bulan Syawal kehadiran Kad Ucapan Selamat Hari Raya bagaikan dinanti oleh setiap individu daripada si pengirim dan sebilangan orang apabila banyak menerima kiriman Kad Hari Raya merupakan satu kegembiraan buat dirinya.

Kad Ucapan Selamat Hari Raya tetap menjadi pilihan walaupun pada zaman dunia tanpa sempadan, persaingan seperti e-mel & sms ucapan raya yang mudah dan cepat penghantarannya bukan menjadi suatu penghalang.

Kad ucapan seperti ini amat istimewa kerana kemunculannya hanya datang apabila tibanya Hari Raya sahaja dan ianya boleh diperolehi seminggu sebelum bulan Ramadan atau awal seminggu sebelum itu. Kad raya lebih tradisional and memorable...


Txs kepada yang sudi melayangkan kad kpd aku, sama ada melalui mail, email or sms, tak kira dari Syarikat, individu, rakan-rakan lama yang jauh dan yang dekat, rakan-rakan blogger dan yang bagi kad & duit raya tu pasal tak bagi RM50 X 5 keping ke... yang bagi mug dari Sarawak tu txs banyak-banyak..buat susah-susah jerk...dengan pertanyaan ' bila nak bagi hadiah rumah banglow pulak?' (sila jawab)... :D

11 comments:

Masy said...

uikss..sape yg bagi duet raya singgit setengah tu??mulia sungguh atinye ye... :D

Deanz said...

Ha'ah la mulia sungguh hatinya..moga panjang rezeki murah umur... :D, Bole up lagi tahun depan....

Masy said...

apeda doa terbalik..huahahaa..
amin jugaklaa..AMIN.....

Noushy Syah said...

uiks..brother..still in da raya mood eh?aduiii lamanya..meriah sungguh disana ek???mana kad noushy?xnampak pungggggg...

Deanz said...

Masy,
woooo...sudah tukar ka? Aminnnnn...

Noush,
Posa sebulan..Raya sebulan gak...ada la tu hanta via DHL lagik... :D

owg jauh said...

hi en deanz,
ehem ehem, kalau nak adiah umah bunglow, kenalah masuk merisik, pastu meminang, pastu ada adat istiadat melayu lama 7 ari 7 mlm bersanding, pastu barulah boley pilih nak umah bunglow kat mana, kat johor ada, kat kl ada, kat luar negeri pun ada, ada brani? [cewahhh, berlagaklah pulak aku ari ni, tau mak ni, mak mesti marah...]

jed1 said...

tahun ni org tak hantar kad raya kat aku dan aku pun tak hantar kad raya kat org...semua hantar sms recycle jek hehehhe senang

superdiman said...

aku cuma dapat 1 jek kad tahun nie. 2 e-kad, berpuluh sms dan 1 mms. Tapi kad yang betul jugak best

ChikaDior said...

sedeynya...
tahon ni sebijik kad raya pon x dpt.
mungkin sbb selalu riak sgt. Org hanta tammo reply.... *akibat xde sikap memberi dan menerima*

Deanz said...

Owg Jauh,
jangan main-main sihhh...

Jed,
Yang penting tanda ingatan perlu ada brader... :D

Superdiman,
Kad yang betul tu, gantung dlm bilik air ..buat tangkal.. hehehe..

Dior,
Sian kat awak...semakin selfish sekarang erk..Shangat-shangat tidak sihat gejala ini... :D

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Boulder custom wavefront lasik headset adapter personal debt consolidation loan Rental trucks in manteca ca area rugs Bunn nhb coffee maker companion products internet marketing site optimizing Mature chubby naturals gallery insurance life term vs