November 30, 2005

SEBUAH KISAH MISTERI

Salam Sejahtera,

Di sebuah pekan kecil di pinggir bandar (not far far away). Seorang abang yang penyayang tetapi cukup membenci seekor kucing yang dipelihara oleh 3 orang adik perempuannya. Pantang nampak kucing menyelinap di depan mata di sumpah seranahnya si kucing macam binatang tu paham pulak bahasa manusia.

Suatu hari tanpa pengetahuan adik-adikya, dia memutuskan untuk membuang kucing itu sejauh 200 meter dari rumahnya. Namun setibanya si abang di rumahnya, kucing itu sudah berjalan melintasi halaman rumah... Pelik sungguh!

Keesokan harinya, Si Abang belum berputus asa lagi sambil berjogging dia mengendong kucing dan memutuskan untuk membuang lagi kucing itu sejauh 2 KM dari rumahnya dan meninggalkan kucing itu di taman. Tetapi ketika dia memasuki halaman rumahnya, kucing itu sedang bermain-main dengan adik-adiknya di halaman rumah!


Dia selalu cuba membuang kucing itu ke tempat-tempat yang lebih jauh tetapi setiap kali itu juga si kucing itu kembali ke rumah!

Akhirnya tanpa pengetahuan adik-adiknya disuatu malam, dia memutuskan untuk memandu keretanya sejauh 20 KM, lalu belok ke kanan, belok ke kiri, menyusuri lorong-lorong mati, merentasi jambatan, terowong, jalan separuh siap sehingga ke suatu tempat yang dianggapnya jauh sekali dari rumahnya. Lalu dia meninggalkan kucing itu di sana.

Beberapa jam kemudian Si Abang menelefon adiknya dan bertanya tentang kucing yg telah di buangnya, "Kucing engkau orang ada kat rumah tak?"

"Ya!", jawab salah seorang adiknya melalui handphonenya.

"Pasal abang tanya?"

Dengan nada kecewa Si Abang menjawab, "Bagi telepon pada kucingmu . Abang tersesat ni, nak tanya kucing tu macamana jalan balik rumah!"

Si Adik sangat konfius dengan apa yang di dengarnya, "Dah mereng ke abang aku ni?"


~Moral of the story...(?)~

20 comments:

Masy said...

moral of d story, nk g memana bwklah kocen anda agar mudah ketika hendak pulang ke rumah. sekian.

Deanz said...

Masy,
Bawaklah kemana-mana agar kucing juga pandai bersosial & meronggeng...

meera said...

moral of the story...
kasih sayang seekor kucing lebih hebat dari kasih sayang seorang lelaki... hehehehe...

deanz jgn marah arrrr...

Deanz said...

Maya,
Itu yg kadang pelik tu...haiwan lebih 'manusia' dari manusia..

~hormatilah binatang kesayangan Nabi ni ~

meen said...

the moral of the story..SAYANGILAH KUCING ANDA!! hehe...

Masy said...

..ataupon, jgn buang kocen anda, nanti anda sesat. sekian.

Deanz said...

Meen,
Kalau Marsha kena buang macamana? :D

Masy,
Yup! betuuuuuulll... dan ajarlah kucing anda menggunakan telefon..

lady said...

salammm...
saya suka kucin tapi tak reti nak bela..suka tengok jer.tapi nenek saya kata kucen mmg jenis haiwan bijak,dia boleh mengesan dan balik kerumah walau sejauh mana pun kita tinggalkan dia..Benarkah?

~tinggalkan kat perth..agaknya dia dpt balik semula tak.. mana maunyerrr..

ita... said...

hi deanz...
emm.. sapa tak suka kucin??? ita tak sayangggg dia... main jauhhh2......... sedangkan Nabi Muhammad SAW amat menyayangi kucin....

Deanz said...

Lady,
walaupun kita sumbat dalam guni..then kita buang, dia still dapat balik. Tapi klu buang kat Perth boleh balik lagi...aku nak beli kucing tuh.

Ita,
Saya suka kucing... :D

Noushy Syah said...

moral of the story is....jgn binatang diperlakukan sesuka hati apalagi kucin binatang yg mulia...protects the animal man!!!

Deanz said...

Noush,
protect the animal, human and women also... :D

wan said...

kalau nak bela kucing, samada doraemon ataupun shiro aje (kucing sinchan) :P

bukan manusia aje ada instinct, haiwan pun ada juga.. para nabi pun ada kisah menarik dengan haiwan macam paus dan labah²..

Deanz said...

Kwan,
Shiro? tapi dia tak makan tikus kan?

Masy said...

shiro bukan ke anjing??

ChikaDior said...

moral : kucing lg expert bab2 jalan. Biar je kaum kerabat kucing jd tourist guide.

Deanz said...

Masy,
dunno la...

Dior,
kucing juga meninggalkan najis untuk tidak kehilangan jejak..

nak publish pic baru bole? :D

wan said...

ha'ah larrrr.. shiro tu hanjing.. hehehe

dah silap daa

nia said...

lucu banget sih ceritanya, walaupun susah dimengerti karena saya orang indonesia. bagus juga blognya. salam kenal ya

Deanz said...

nia,
salam kenal juga...selalu datang agar lebih mudah faham... :D