Pada 1 April ini RTM menyambut ulang tahun ke-60. Enam dekad berlalu RTM menjadi stesyen penyiaran pertama dan terulung di negara ini. Syabas dan tahniah!
Tidak dinafikan RTM sememangnya memikul satu tanggungjawab sosial yg cukup besar kpd rakyat sebagai stesyen tv kerajaan. RTM sebenarnya terus berpengaruh sekalipun sistem rating mengatakan RTM berada di tangga bawah sekali. Usia 60 tahun bukan satu usia remaja jika dimanusiakan. Ia satu usia yg cukup matang dan berpengalaman. Satu usia warga emas yg sentimental dan sensitif. Satu usia di mana tahap monopause atau mungkin nyanyuk. Dalam kenyataan RTM baru-baru ini, RTM berazam dan bertekad mahu kelihatan muda walau telah mencecah usia emas adalah amat membanggakan.
Menyentuh tentang tanggungjawab, Sikap bias boleh menghakis profesionalisme etika profession kewartawanan. Sikap bias melulu para petugas media massa memutarbalikkan fakta sehingga tampak bagai benar dan sebaliknya amat memualkan.
Sebuah stesyen tv swasta yang begitu popular pada 12 Mac lalu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah menjadi perintis mengubah penggunaan Karnival Sure Heboh kepada Karnival Jom Heboh. Keputusan itu adalah sejajar dengan usaha memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu selaras dengan saranan kerajaan. TV3 juga dengan rela hati dan tulus ikhlas memohon maaf secara terbuka kerana dengan tidak sengaja menyiarkan semula imej karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam segmen berita masing-masing. Permohonan maaf TV3 itu dibuat menerusi segmen Buletin Utama.
Pada 22 Mac lepas (walau agak terlambat dan tak sepatutnya terlambat) Kementerian Penerangan membuat keputusan mengubah slogan TV1 daripada `Saluran Infotainmen Anda' kepada Inforia mulai 1 April ini bersempena ulang tahun ke-60 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Menterinya, Datuk Zainuddin Maidin berkata, "RTM wajar untuk memulakan langkah menggunakan bahasa Melayu yang betul melalui siaran-siarannya. Kalau kita sendiri tidak mampu menggunakan bahasa yang betul bagaimana mahu mengajak rakyat untuk melakukannya,'' kata beliau.
Dan sekali lagi kita ternanti-nanti kenyataan maaf daripada RTM mengenai penyiaran karikatur Nabi Muhammad yang telah tersiar dalam slot berita TV2 masih tidak terlafaz atau mungkin telah terlepas pandang, terlepas dengar atau dah tak panas lagi...tewas dek kepanasan Hot fm barangkali... :D