March 03, 2006

SEJARAH ATAU TRAGEDI ?

Salam Sejahtera,

28 Februari 2006 satu tarikh bersejarah atau mungkin tragedi bagi pembeli petrol di negara ini, Malaysia tanah tumpahnya darahku... Pagi sebelum berlepas ke lokasi kerja seperti biasa aku mendengar berita di TV3 sambil bersiap. 'Minyak naik 30 sen lagi' Aku tak ambik pot sangat, maklumlah pepagi kadang sistem pendengaran kurang berkesan. Negara lain barangkali bukan Malaysia. Off TV then chow!

Sampai di ofis untuk kepastian sambar paper, memang sah! bukan fantasai tetapi realiti. Harga minyak naik 30 sen! Kalau kaunter saham naik 30 sen ramai yang suka hati tapi harga petrol naik (?) Apa reaksi.... (?) Kenapa secara mendadak dan dengan kadar yang tinggi?

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataannya memberitahu, kenaikan harga bahan bakar itu dilakukan bagi menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia selain membendung peningkatan subsidi yang ditanggung kerajaan. ``Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini,'' kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi, walaupun kerajaan menaikkan harga petrol, diesel dan LPG namun harga bahan bakar itu masih lagi rendah berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Brunei.

Kenaikan yang diumumkan itu merupakan yang tertinggi setakat ini dalam tempoh 15 tahun lepas dan tertinggi dalam sejarah kenaikan harga petrol. Pada malamnya aku ternanti-nanti apa reaksi pengguna, persatuan pengguna dan NGO dalam slot berita utama, tapi sedikit hampa apabila ia seperti kurang mendapat perhatian media walau kenaikan mengejut dan tinggi ini memeranjatkan jutaan rakyat Malaysia (?)


Perdana Menteri pula dalam satu jawabannya kpd wartawan berkata, penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak pada tahun ini akan `dipulangkan semula' secara tidak langsung kepada rakyat dan dilabur semula seberapa segera bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia, syukur Alhamdulillah...

Kenaikan harga petrol akan memberi kesan besar kpd kenaikan harga barangan dan juga perkhidmatan. Itu sudah pasti! Mana mungkin peniaga hanya memandang sepi kepada tragedi ini....oppss ! Maaf, Teori ekonomi juga tidak pernah menyebut sebaliknya. Kenaikan pasti berlaku!


Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Kuala Lumpur akan meningkatkan kegiatan risikan bagi memantau kenaikan harga barang keperluan di pasaran berikutan kenaikan harga runcit petrol dan diesel. Penjelasan yang srtandard seiring dengan setiap kali berlakunya kenaikan harga petrol.

Dalam satu penjelasan berhubung isu kenaikan harga petrol yang disiarkan secara langsung di TV, TPM menyarankan agar rakyat menukar gaya hidup, berbelanja secara berhemah, berjimat cermat, tidak membazir serta mengutamakan perbelanjaan penting. Selama ni pun aku cukup berjimat dan berhemah…makan pagi merangkap makan tengahari atau sebaliknya kadang-kadang tak makan pun..petang baru makan. So, gaya hidup yang bagaimana nak ubah? Apapun terimakasihlah kepada TPM atas penjelasan beliau...sekurang-kurangnya aku tau dimana logiknya kenaikan harga minyak..

Okey lah aku jadi letih dan lali dengan alasan dan jaminan... (Actually I tengah marah ni! ~ meminjam kata2 seorang mangsa banjir di S.Alam ketika di temu ramah oleh TV3)

Sekian.


13 comments:

Masy said...

Salam..

- harga minyak kita masih rendah berbanding negara lain: tp tak pulak bandingkan jmlah pendapatan rakyat antara negara2 ni
- tidak akan ada kenaikan lagi dlm thn ni: maknanya januari thn dpn ada lg laa kenaikan
- berbelanjalah secara berhemah:sbb harga brg akan naek lg

hoh! meluat! setiap kali harga minyak naek, itulaaaaaaah yg selalu disebut2 dek menteri2 sekelian.

*sejak ada kete ni,mmg emosi laaa..huhu

meera said...

salam...

"penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak pada tahun ini akan `dipulangkan semula' secara tidak langsung kepada rakyat dan dilabur semula seberapa segera bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia"

aku nak tengok.... kat tempat aku dah bertahun takde public transpot... feeder bas dr lrt bkt jalil ke tpm ni pun cam chipsmore kejap ada kejap takde... huh! alasan je lebih buhsann

Deanz said...

masy & Meera..
Rasanya perlu alasan lain walaupun tak konkrit...

Untuk menambahbaik pengngkutan awam mungkin memakan masa, kenaikan harga minyak pada masa akan datang mungkin bole menyelesaikan masaalah.

jed1 said...

minyak naik, belanja naik..income tak naik....hmmm camana nak tambah income ni deanz? takde lobang bisnes ke?

Deanz said...

Jed..
buat ot le jed...tak pun marilah kita berdoa agar harga minya turunnnn....aminnnn ...

wan said...

Aku tak marah harga minyak naik. Aku tak marah bajet aku sempit lagi.
Aku tak kisah kena berjimat.


TAPI

Jgnlah cadangkan 'ubah gaya hidup' pasal aku mmg kais pagi makan satu hari dan aku tak dok dlm banglo dan takde pegang 5-6 syarikat dan tak gi shopping kat oversea

Jgnlah cadangkan car pool klu pool car yg melambak tu diguna dek 1 orang saja

Jgnlah cadangkan public transport klu orang tu sendiri tak pernah guna, dan takkan guna, dan segala keturunan dier pun tak pernah guna public transport

Kita ni, bukan zaman atok nenek dulu. Kita ni semua dah bijak pandai. Jgn main tipu aje mcm cakap dgn orang2 kampung.

Deanz said...

Wan,
Saranan 'ubah gaya hidup' mungkin bukan untuk untuk rakyat malaysia yg rata-rata cukup makan (mengikut status & kedudukan masing2) macam kita tp untuk golongan yg sepatutnya perlu ubah gaya hidup bukan sahj golongan individu tapi juga organisasi..

kita tunggu saja kesan baik untuk jangakmasa akan datang...

Tawel-Sensei said...

Deanz, baguslah kau doa harga minyak turun..selama ni tak pernah pun turun..hehe.

Oh ya, kita boleh juga amalkan tips dari Shahidan Kassim - naik basikal ke tempat kerja. Nanti kita boleh tengok Shahidan Kassim naik basikal pergi kerja atau ketika melawat kawasan pilihanraya :)

Anonymous said...

"Merujuk kepada saranan yg diberikan oleh Najib dlm rancangan tersebut, yg cuba meng"halalkan' kenaikan harga minyak kali ini.

Ada ke patut dia mencadangkan kita menukar kenderaan kepada yg lebih jimat penggunaan petrolnya?! Dahlah harga kereta di Malaysia ni lebih mahal dari org lain. Disuruh pula semua org beralih kepada Kancil !! Kalau anak dah 5, mana nak sumbat dlm Kancil tu? Maka bersedialah rakyat Malaysia utk membaca lebih byk berita yg menyayat hati angkara kemalangan melibatkan Kancil. Sepatutnya digalakkan rakyat Malaysia ni menggunakan kereta Mercedez, kerana ianya kuat dan teguh, bukannya menggunakan kereta yg mudah putus dua bila langgar tiang letrik. Najib dan Paklah bila pulak nak bawak anak bini bersiar-siar pakai kereta Kancil?

Kemudian disarankan lagi supaya rakyat Malaysia ni "carpool" untuk mengurangkan kenderaan di atas jalanraya. Mmg bagus cadangan ni, tapi bilakah Najib dan Pak Lah nak "Memimpin Melalui Teladan" ?? Dah lah awak berdua duduk dlm bandar yg sama (Putrajaya), ofis pun satu bangunan (Bangunan Perdana Putra), kenapa awak berdua tak carpool aje gi pejabat?? Ini tidak. Paklah saje ada :-
4 "kuda putih"
2 motosikal utk "sharp-shooter"
1 Nissan X-Trail
1 Volvo XC90
1 Isuzu Trooper, dan akhirnya...
Pak Lah naik Perdana Executive WCH 13.

Jumlah minyak yg digunakan oleh konvoi Pak Lah saje dlm sebulan dah bole bina sebuah rumah kos rendah. Ini adalah jumlah kenderaan yg aku slalu nampak bila Pak Lah gi sembahyang jumaat di Putrajaya. Inipun lagi satu hal, antara pejabat Pak Lah dan Masjid Putra bukannya jauh sgt, kenapa Pak Lah tak jln kaki je turun ke masjid? Utk mereka yg slalu bersembahyang di Putrajaya sudah tentu bole nampak bentuk pembaziran yg sebegini rupa. Lepas tu dia bukannya bayar pun duit minyak tu semua. Hujung bulan gi claim jugak, yg akhirnya akan dibayar oleh wang cukai rakyat.

memang kurang ajar betul pemimpin yg sebegini rupa. Cakap tak serupa bikin !!"

Deanz said...

Tawel,
Macam tak makbul jer doa tu...kena tunggu mlm al qadar kottt...

Dari dulu Shahidan mmg terkenal dgn idea2 pelik dia...praktik ke tidak masih jadi persoalan..

Anon,
Bawak bertenang...kita agak keliru dalam isu kenaikan harga petrol ni sebab banyak alasan yg di beri agak goyah dan banyak ruang yg menimbulkan persoalan dan perlu penjelasan yg lebih meyakinkan..

Jeego said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tips kaya dengan mudah. Peluang dan tips kaya dengan mudah di sini.

Lawatilah bila ada masa lapang :-)

Deanz said...

Jeego,
Ada tak projek macamana nak buat air boleh gantikan petrol?

Ayat ko standard sangat la..aku kurang berminat..

Tawel-Sensei said...

Haha..macam spam aje komen si Jeego tu..