March 07, 2006

SETAHUN TELAH BERLALU

Salam Sejahtera,

7 March 2005, setahun telah berlalu. Blog semutzapi ni aku bangunkan. Jutaan terima kaseh yg tak terhingga kepada semua yang sudi melawat. Seperti biasa, dari pemerhatian aku, ada beberapa kategori pelawat yang datang berkunjung ;
  • Ada yang melawat sekadar membaca then terus blah...(lepas tu dia datang lagi ke tidak aku tak tau) Melihat kepada counter side pelawat, kategori ini yang paling ramai melawat. Tinggalkan ler jejak senang aku nak trace korang...;-)
  • Ada yang melawat, membaca dan meninggalkan komen tapi tak memperkenalkan diri. (malu kooott...)
  • Ada yang melawat, membaca, mengomen dan memperkenalkan diri serta mempelawa melawat ke blognya... (terima kaseh...Salam ukhwah dari aku)
  • Ada yang melawat dan menghalkum sekali...( juga berbanyak terima kaseh, meriah cbox aku)
  • Ada yang langsung tak melawat...kesian aku :-(
  • Ada satu lagi kategori..'Pencari maklumat'. Golongan ini biasanya secara tak sengaja tersurf blog aku. Mungkin dari kalangan student dan mungkin juga dia sememangnya seorang Pencari Maklumat.

Terima kasih juga kepada Extremetracking.com yang membantu mengesan para pelawat luar negara dan dalam negara. Terima kasih juga kepada beberapa kenalan blogger di luar negara samada menetap atau study disana, begitu juga rakan blogger dari negara-negara jiran.

Seperti juga penulis lain samada professional atau amatur, media perdana atau picisan, penulis blog juga akan mempunyai satu naluri, iaitu mahu orang membaca tulisannya. Blogger juga tidak secara tidak langsung tidak boleh lari dari satu tanggungjawab untuk membimbing massa kepada satu arah yang boleh memberikan satu pandangan yang kritis dan membuka minda pembaca.

Sepanjang setahun berblog ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengkritik. Rata-rata kritikan yang membina terus datang ke email saya. Pandangan yang berbeza itu lumrah arus pemikiran manusia. Terima kasih sekali lagi.

Ada juga yang mengkritik secara tidak bermaruah dan pengkritik tidak menyerang tulisan aku sebaliknya lebih kepada benda-benda remeh dan langsung tidak membantu penulisan dalam blog atas rasa tidak puas hati kerana kesilapan dan kedangkalan sendiri. Maaf la kalau ada yang terkasar bahasa dan tercarut kata di kalangan rakan-rakan aku kerana bahasa yang beliau (pelawat sesat) gunakan dalam klasifikasi 18SX serta 18PL dan ianya melibatkan maruah dua buah negara.


Pujian dan kritikan adalah dua hal yang berbeza, pujian merupakan suatu sanjungan, simpati, salute, dan hal-hal yang bernilai positif. Sedangkan kritikan adalah suatu tanggapan, komen ataupun sanggahan dengan tujuan agar yang dikritik berubah haluan, berubah pandangan.

Pujian tanpa di sedari atau tidak, dapat membuat diri berbangga hati, ataupun yang paling parah adalah membuat hati sombong dan ujub. Memang sudah lumrah manusia bahawasanya manusia itu lebih suka dipuji. Berbeza dengan kritikan, sehalus manapun kritikan itu disampaikan, ia akan membuatkan kita sedikit upset meskipun kritikan itu baik untuk jangka panjang. Secara fitrahnya, mungkin manusia tidak suka dikritik.


Melihat kepada realiti angka pelawat sehingga jam 8.50 a.m (8 March 2006)bayangkan kalau setiap pelawat menderma RM1.00 kepada aku dengan jumlah seramai 22,166 pelawat, tak ke jadi RM22,166.00 . Lumayan kan? Alah sehinggit...apa ada haaaal...hulur je laaa... SMS Mawi pun boleh cecah 1/2 juta sms ...berapa nilai dia tu?

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang selama ini sudi untuk membaca blog semutzapi dan menyokong blog ini yang kebanyakan hasil penulisannya adalah sangat amatur dan menyengalkan! Selamat hari jadi kepada Semutzapi.blogspot.com, semoga dunia penulisan online memberi nafas baru kepada semua. Selamat menulis...

Sekian sahaja ucapan saya...Wassalam.


14 comments:

Masy said...

selamat ulangtahun yg pertama!

ita... said...

hi deanz...
slmt ulang thn yg pertama.... masih ita ingat sapaan pertama ita di blog ini,perkenalan ita ngan kak syura, semuanya tak mungkin pudar dlm ingatan...mekasih yer deanz memperkenalkan ita pd "dunia blog"... :-)

Deanz said...

Masy,
txs a lots..

ita,
Sama2 ita...jgn lupa tulis dalam buku merah :D

Jeego said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tipskaya dengan mudah. Banyak tips kaya dengan mudah di sini.

Noushy Syah said...

wahhh...dah setahun blog abg deanz yea..besh, truskan menulis yea, siapalah n0ushy kalau bukan abg deanz yg banyak membantu, mengedit, malah siapalah kalau bukan abg yg menamakan "Panasians.blogspot.com".....BTW,rasanya n0ushy trmasuk blog abg ek?...panjang usia utk trus menulis ok!!

Alang said...

Hepi anniversary!
Alang kategori pengunjung yg pestime dtg...pastu mungkin dtg lagi. hehehe

Deanz said...

Noush,
Txs my girl..lepas ni bole kita trip ke canal pulak sempena setahun blog noush...Selamat menulis juga~ Malaysia & UK bagaikan seblog cuma...

Alang,
Txs melawat..kategori khas utk awak. Mana lokasi ni? Kalau datang lagi jgn lupa ole-ole yaa..

Kak Lady said...

Deanz...SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA Untuk blog Semutzapi....moga sentiasa rajin menulis...heheh..kalau dpt lah rm22,166 tu nak buat aper ye...

Alangkah bagus kalau didermakan pada pengkomen2 yang selalu dtg meng'komen' kat sini...hehehe...pasti komen2 pun bertambah tiap2 hari... :)

jed1 said...

waaa dah sambut anniversary blog ko ni...happy anniversary :D

kategori pelawat yg datang berkunjung tu biasa ler...nama pun internet...dunia cyber tanpa sempadan..org bebas kluar masuk.

Berblog pun ada etikanya...selalu pemblog2 tulis "blog aku peduli hape aku nak tulis apa pun, taknak baca, sakit hati etc jgn dtg ke blog ni..buat blog sendiri"...aku sgt tak setuju dgn statement ni.

Apa pun yg kita tulis, evrything yg nak diluahkan dlm blog mesti clear dari unsur yg tak baik esp melibatkan agama dan maruah

lady said...

salamm mr deanz..
happy 1st anniversary..
lewat sikit..
blog saya tak tau laa sampai maner umurnyer.. adehaiii..
keep on writing or typing?

lady<<.. masa amat cemburu..

Deanz said...

kak lady,
Idea yg bagus...saya up lagi setiap pengunjung kpd RM3. Amacam?

Jed,
txs... Aku tak tulis mcm tu kan Jed..Di Malaysia adalah antara negara terbayak dimana rakyatnya berblog. Tahap celik IT negara kita agak membanggakan dgn tarafnya sbg negara yg sedang membangun..

Deanz said...

lady,
txs very much..i'm still keep... heeee...try le seminggu sekali update..

tak pun nnt saya updatekan..bole? :D

wan said...

Hepi (belated) Besday 2 U
Hepi (belated) Besday To U
Hepi (belated) Besday To SemutzApi
Hepi (belated) Besday To U..

:)

Moga SemutzApi akan panjang umur dan penulisnya pula tak teringin nak berenti menulis. :p

Moga semua isi² SemutzApi makin matang dgn usianya

Moga kita semua boleh share sama2 maklumat spy kita semua boleh sama2 jd org yg b'pengetahuan

psst: aku masuk dlm kategori pelawat yg mane ek? yg bwk buah tangan ke tidak? :)

Deanz said...

Txs Wan...bawak la kek barang seketoi, bole le kita tiup lilin sesama. :D

syyy! hang kategori sekodeng..boleh tak?