March 13, 2006

PERMOHONAN MAAF

Salam Sejahtera,

Stesen televisyen TV3 dan ntv7 telah memohon maaf secara terbuka kerana dengan tidak sengaja menyiarkan semula imej karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam segmen berita masing-masing pada 3 Februari lalu. Permohonan maaf TV3 itu dibuat menerusi segmen Buletin Utama.

Manakala ntv7 berbuat demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media.Dalam kenyataan masing-masing, kedua-dua stesen televisyen itu menyatakan rasa amat kesal kerana secara tidak sengaja menyiarkan semula imej karikatur berkenaan dalam segmen berita mengenai kemarahan sejagat berhubung isu terbabit. Sehubungan itu katanya, ntv7 & tv3 memohon maaf kepada semua penonton, terutama sekali umat Islam, yang mungkin tersinggung dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Stesyen tv itu juga menjelaskan sudah menulis surat kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik untuk memohon maaf atas kesilapan itu dan berjanji akan lebih komited dan bertanggungjawab serta akur terhadap apa juga keputusan diambil kerajaan berhubung perkara itu.

Persoalannya, siapa yang belum memohon maaf (?)

2 comments:

lady said...

salammm en Deanz..
tu laa..yang saya tak faham tu naper dah tau takleh siar kalikatur tu masih lagi dikuarkan.
niat tidak bole menghalalkan cara!!
ewahhh..
tapi ader lagi ker yg lum minta mahap?saper ek.. miss info laa..

lady<<-- sorry no cure

Deanz said...

lady,
Yang belum minta maaf adalh stesyen tv yg byk menang anugerah ASA...(kununnya)

takat ni aku belum dapat info permohonan maaf depa...pasal pe ntah depa ni...