February 27, 2006

SIAPA YANG JAHIL?

Senario I.
Segalanya bermula apabila Morgenavisen Jyllands-Posten sebuah akhbar bodoh Denmark menyiarkan karikatur mempersenda Nabi muhammad. Kartunis jahil yang melukis pula hanya dibayar 800 kroner (RM483) dan tidak mendapat sebarang imbuhan apabila lukisan kontroversi mereka diterbitkan semula oleh berpuluh-puluh penerbitan lain. Bayaran ini bukanlah nilai yang sepadan kepada kerosakan, kemarahan dan kebencian yang ditimbulkan gara-gara 12 siri kartun yang jelas menghina dan mencerca agama Islam dan Nabi Muhammad bahkan nyawa mereka juga terancam!

Senario II.
Di Malaysia isu ini telah mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak tetapi dalam pada itu akhbar Sarawak Tribune yang telah berusia 61 tahun seakan tertidur lena di bawah tempurungnya, terbangun dan menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad. Klimaks dari keterlanjurannya Penasihat Editorial Sarawak Tribune, Senator Datuk Idris Buang dalam satu kenyataannya "Walaupun arahan penggantungan permit penerbitan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri adalah sehingga tarikh yang akan ditetapkan kelak, tetapi mungkin tidak akan ada lagi Sarawak Tribune selepas ini,'' Lanjutan dari itu akhbar ini tinggal sejarah!


Senario III.
Isnin lalu, negara dikejutkan sekali lagi apabila akhbar New Straits Times (NST) menyiarkan lakaran kartun yang dikatakan mengaitkan isu karikatur mempersenda Nabi Muhammad SAW dalam ruangan ‘Coffee Break’ di sisipan Life & Times.

Dengan alasan kesilapan berpunca dari faktor manusia akhbar itu telah memohon maaf dan juga memaklumkan sudah menjawab surat tunjuk sebab kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, yang menjelaskan bagaimana lakaran kartun itu boleh tersiar iaitu kartun itu bukan satu daripada 12 karikatur oleh kartunis Denmark yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Senario IV.
Pada 3 Februari yang lalu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 juga menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW . Dalam berita mengenai reaksi bantahan orang ramai berhubung isu itu, siaran berita RTM pada hari berkenaan secara jelas menunjukkan seorang lelaki membaca akhbar asing yang menyiarkan karikatur itu.TV2 turut memfokus dan merakamkan gambar karikatur itu secara dekat sebanyak tiga kali selama 28 saat. CNN sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat juga menunjukkan siaran yang sama tetapi mengaburi karikatur terbabit sebagai menghormati sensitiviti umat Islam.

RTM, stesen televisyen di sebuah negara Islam seharusnya lebih berhati-hati. Sebagai sebuah saluran berita milik kerajaan orang ramai masih tetap boleh mempersoalkan. Tetapi hakikatnya kesilapan manusia berlaku. RTM bukan dengan sengaja menyiarkan karikatur itu. TPM berjanji akan menyiasat perkara tersebut dan kita tunggu hasil siasatannya (?).

Senario V

Dalam reaksi yang kesal bekas PM mencadangkan pengarang New Straits Times (NST) patut digantung untuk tempoh “dua hingga tiga bulan” kerana menyiarkan dua kali kartun berkaitan kontroversi karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Dr Mahathir juga menyifatkan NST tidak sensitif kerana menyiarkan semula kartun itu, “Mereka sungguh tidak sensitif dan mereka sepatutnya sensitif kerana mereka tahu cerita ini bukanlah sesuatu yang secara tiba-tiba timbul.“Jadi kenapa dia siarkan? Ia menunjukkan dia kurang faham dengan sentimen orang Islam. Mereka siarkan sekali lagi semalam seolah-olah menyoal apa sangatlah benda ini, tak ada apa pun,” katanya.

Senario VI
Mufti Perak pula dalam satu kenyaannya, Masyarakat Islam dan bukan Islam perlu diberi penjelasan bahawa dalam agama Islam penjelmaan semula imej Nabi Muhammad dalam bentuk lukisan mahupun secara lisan merupakan perkara yang diharamkan.

Wallahua'alam.

10 comments:

Masy said...

salam..
pihak2 akhbar yg menyiarkan karitur dikenakan tindakan, bagaimana dgn RTM? lepas je lah?

*bodoh dan membodohkan, sesat dan menyesatkan*

shafarina said...

I dunno lah under this new PM ah, everything also can rite? Not like our last PM, very strict one. Stern actions (like ISA) to WHOEVER yg buat salah and MERANCANG nak buat salah.

Why ah, actions taken to some people only? Not everyone ah? Not fair you know. In the hereafter, you kena oo!!

Semut Api said...

Masy,
So Sarawak Tribune is gentleman or mangsa keadaan?

Wan,
I have no komen..as u see and u feel dan mungkin juga orang lain. Pada aku momentum perlu lebih umph untuk impak yg lebih berkesan dan padu.

Meera Melati said...

hahaha yg sebenarnya dunia sudah semakin hampir ke penghujungnya... apabila yg batil ditegakkan dan yg hak ditindas....

"org cerdik bukan semakin cerdik tetapi semakin bodoh"

Semut Api said...

Meera,
Cabaran alaf baru, apabila manusia merasakan dirinya terlalu bijak banyak perkara hanya di pandang ringan.

aNIe said...

Pada pandangan kak lady lah...NST seolah-olah mencabar kredibiliti pemimpin Islam kita...kenapa ianya dibiarkan....

Kalau Sarawak Tribune menerima akibat daripada perbuatan mereka kenapa pulak NST terlepas sedangkan sudah sedia maklum bahawa karikatur tersebut mengundang kontroversi & menyentuh sensitiviti Islam...Kenapa harus ia disiarkan lagi di dlam akhbar mereka??

Noushy Syah said...

Tu lah tandanya Islam semakin dipandang hina dimata dunia!!! kenapa? Sebab org2 Islam sendiri yang kadangkala memburukkan2 Ugama sendiri....trust me, they're just looking at Muslin as a piece of cake and shit!!!!

Bila Ugama dipersenda2kan....

Semut Api said...

kak lady & noush,
Imej islam tercemar akibat dari sikap sesetangah drpd kita yg terlalu radikal..

Dalam hal ini seruan Yusuf Qardhawi perlu di beri perhatian sbg jalan tengah dalm isu ini..

NurIslam_inside said...

Ya ALLAH musnahkanlah orang2 kafir dan yahudi dan berikanlah kemenangan kepada umat islam...sesungguhnya kiamat itu adalah pasti dan janji yang hakiki..Islam Forever

Semut Api said...

Nur..

Aminnn..