February 17, 2006

SATU PILIHAN

Salam Sejahtera,

Kita tidak akan pernah menyedari harga sebuah persahabatan mungkin juga rasa kasih yang mendalam sampai saat berlakunya perpisahan. Namun alangkah tidak indahnya jika kita menyedari saat telah berlaku perpisahan. Mengapa kita tidak berusaha untuk menjaga apa yang kita hargai sebelum kita terlambat untuk menyedari?

Mungkin kita perlu sedar, lebih mudah mendapatkan apa yang kita mau daripada kita harus mempertahankan apa yang kita miliki. Andai masa boleh berputar kembali, bertahanlah walau sakit kerana paling tidak kita juga perlu teman untuk hidup kita nanti. Sesuatu yang pastinya mustahil...tak payah la nak cerita.


Kehidupan bukanlah jalan yang lurus dan mudah di lalui, dimana kita bebas lalu lalang tanpa halangan, tanpa perlu membuat pilihan apabila berada di persimpangan. Kita masih perlu memilih dan pastinya berlaku Kos Melepas! Tidak boleh tidak teori ekonomi ini pasti berlaku agar kita tidak bingung dan menyesal tapi sebaliknya kita perlu yakin dan konsisten terhadap pilihan.

Kesombongan macamanakah yang membuat dua jiwa merasa lebih baik diantara satu sama lain suatu ketika dulu?

~Monolog dengan bulan dari selatan...

4 comments:

Masy said...

Salam..

sesuatu akan nampak harganya bila kita kehilangannya..

Semut Api said...

Masy..
Justeru itu kita perlu maklum bahwasanya peluang hanya datang sekali..

Anonymous said...

Deanz...
bila ada dpn mata kita kdg2 tak sedar kewujudannya atau sengaja tidak mengendahkannya..
tapi bila berjauhan atau kehilangan baru kita sedar betapa berharganya dia..
walau bagaimanapun kehidupan mesti d teruskan...
jalan yg perlu dilalui skang..
baiki kesilapan yang lalu, jadikan apa yg berlaku sebagai panduan..
semoga hidup akan lebih ceria..

Semut Api said...

Ija..
Hidup perlu diteruskan & sejarah takkan berulang...