February 03, 2006

APE DAAA...


Salam sejahtera,

Hidup ini perlu kepada peraturan. Malah mematuhi peraturan merupakan fakta penting dalam mencapai kejayaan peribadi mahupun sesebuah organisasi. Tetapi kita sering berhadapan dengan berbagai kerenah dan alasan untuk menyimpang dari segala bentuk peraturan.

Peraturan sedia ada kadang-kadang tidak dapat membendung sikap sedia ada pekerja dalam sesebuah organisasi. Oleh itu adalah penting bagi kita memikirkan kaedah @ peraturan terbaik untuk mengatasinya.
  • Jangan sesekali menerima lagi 'surat sakit' (m.c) sebagai bukti bahawa anda sakit. Bila anda dapat pergi ke doktor bermakna anda dapat pergi ke tempat kerja.
  • Cuti kematian. Ini bukan alasan untuk tidak datang kerja, tidak ada yang dapat anda lakukan untuk saudara, jiran atau kawan-kawan yang telah meninggal. Harus diusahakan si mati meninggal di hari cuti umum atau di hari minggu.
  • Kematian diri sendiri. Hanya ini yang akan diterima sebagai sebuah alasan kematian. Namun demikian notis kematian perlu di beritahu sekurang-kurang dua minggu sebelumnya kerana adalah tugas anda untuk melatih orang yang akan menggantikan anda.

Di zaman teknologi perubatan semakin canggih ni ajal boleh adjust ke? Kadang-kadang aku terpikir apa yang nkorang fikir......tapi logik ke?


8 comments:

Masy said...

Salam..

maju mcmana pun,ajal mmg x bleh adjust,melainkan klu nk bunuh diri la.itu bole dipercepatkan dan dilambatkan sesuka hati.tp bgantung jugak pd keizinan Allah..

Deanz said...

Masy,
'Kun faya kun'. tiada siapa dapat melawan ketentuanNya. Isunya ialah m.c telah menjejaskan credibility seseorang pekerja. Silap haribulan boleh di buang kerja.

moral= jgn m.c selalu, m.i.a dibolehkan.. :D

ibu_jari_kaki said...

WAHH..JAHAT OO LETAK GAMBAR TUH,, NASIB BAIK X JATUH KERUSI!

jed1 said...

rasa mcm nak mc jek isnin nihh...lama sangat cuti dah lupa ada keje kat opis hehehe tp bila dah teringat byk pulak keje yg tertangguh :D

apa kabar deanz? lama ler aku tak singgah sini..tak terlambat lagi kut nak ucap selamat thn baru hijrah: Salam MaalHijrah kpd tuan rumah dan pengunjung2 setia :)

Deanz said...

IJK,
pic tu aku snap dalam bilik ko...hahahaha!!


Jed,
mc silap2 bos reject Jed...lebih baik mengulau... :D

wan said...

jika anda hospitalised, jgn risau krn broadband n notebook dan 3G phone boleh membantu anda menyiapkan keje ikut dateline.

cctv di hospital berguna utk bukti anda buat keje dari wad hospital.

tiada alasan cuti sakit lagi. :(

Deanz said...

Wan,
Teknologi kadang2 buat kita hilang privacy...

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... Floral floor mats Dental dental insurance insurance plan