May 31, 2006

31 Mei- TANPA ASAP

Salam sejahtera,

Hari Tanpa Tembakau Sedunia (World No Tobacco Day) yang diperingati setiap menjelangnya 31 Mei mungkin ramai yang menyedari atau pun ramai yg tak menyedari. Kempen kesihatan ini disambut baik di seluruh dunia baik oleh perokok mahupun bukan perokok. Bermula 1 Jun ini kerajaan Malaysia mengarahkan pengedar rokok hanya membekalkan rokok kotak besar sahaja sbg langkah pengawalan penjualan dan pastinya menjurus kpd kempen kesihatan, tanpa rokok!

Memang terbukti bahawa merokok boleh mengakibatkan pelbagai penyakit terutama sekali batuk kering dan barah paru-paru. Memang terbukti juga laporan perubatan tentang bahayanya rokok terhadap kesihatan tidak dapat menghalang begitu ramai orang daripada terus merokok.


Hakikatnya, setelah sekian banyak amaran, peringatan, nasihat, kempen dan bermacam-macam aktiviti anti merokok, hasilnya tidaklah membanggakan. Di ofis-ofis besar biasanya tertera larangan merokok di merata tempat, apatah lagi di tempat-tempat awam yg telah diwartakan sbg zon larangan merokok. Perokoknya hanya selayaknya 'berasap' di jamban! Hina sangatkah perokok?

Kempen anti merokok dengan “Tak Nak” yang menelan belanja beratus juta Ringgit belum juga menampakkan sebarang perubahan yang nyata di kalangan perokok. Yang nyata mereka yang terlibat dalam pembikinan iklan telah mendapat keuntungan yang besar...(?)

Justeru itu, kadang aku terfikir juga di samping keburukan ada juga kebaikan ;

  1. Bukan perokok lebih berisiko untuk dihinggapi barah daripada perokok , maka untuk mengurangi risiko tersebut aktiflah merokok. Faktanya...sekitar 30% orang meninggal didunia adalah perokok.70%-nya bukan perokok.
  2. Berbuat amal kebaikan. Kemungkinan kita boleh meminjamkan lighter @ mancis api kpd perokok lain atau mungkin juga untuk kegunaan lain.
  3. Meramaikan lagi sahabat. Secara tak langsung kerana sebatang rokok kita boleh menambah koleksi sahabat yang mungkin boleh membawa kpd keuntungan besar dalam bidang perniagaan atau mungkin boleh saling membantu dalam hal-hal lain.

  4. Keakraban; Kita juga boleh bertukar-tukar rokok dari jenama & produk rokok dr negara lain barangkali sambil berborak mesra. Takkan la tiap kali jumpa member nak hulur duit? Boleh rabak poket tuh...
  5. Memberikan kerja bagi pekerja kilang tembakau, pembekal, penjual, kilang pencetak, doktor, perusahaan ubat batuk dan banyak lagi yang berkaitan dengannya.
  6. Menghilangkan bau wangi-wangian atau bau busuk yang kurang di senangi. Contohnya seperti di dalam toilet yang tak pernah bercuci !
  7. Anti Theft! Waktu perokok terbatuk di malam hari dgn sangkaan tuan rumah belum tido.
  8. Awet muda karena kununnya orang yang merokok belum sampai tua telah mati awal kerana kanser paru-paru.

dan lain-lain lagi.... (?)

Akhir kata, aku mohon yang amat sangat apa yang aku tulis di atas hanyalah dari pengalaman & refleksi pemikiran aku sahaja dan jauh sekali untuk bertujuan mempengaruhi atau membawa satu fahaman baru. Tiada satu pun yang boleh menghalalkan cara untuk risiko kesihatan dan selamat menjalani gaya hidup yang sihat.


May 24, 2006

ADA APA DENGAN NOMBOR (?)

Senario I
Barisan Nasional (BN) memperoleh semula mandat apabila memenangi 62 daripada 71 kerusi untuk kembali memerintah Sarawak pada pilihan raya negeri kesembilan baru-baru ini.

Pembangkang bagaimanapun membuat kejutan besar dalam tempoh 19 tahun dengan meraih sembilan kerusi berbanding hanya dua pada pilihan raya negeri 2001. Pada 1987, pembangkang memenangi 20 kerusi, berbanding 28 BN.

Senario II
Seramai 19 orang, kebanyakannya daripada puak Syiah terbunuh manakala 58 lain cedera selepas sebutir bom meletup di timur Baghdad.

Sekurang-kurangnya 104 orang terbunuh manakala lebih daripada 160 nelayan dikhuatiri hilang atau terbunuh selepas taufan Chanchu membadai China, Vietnam dan Filipina awal minggu ini.

Di Filipina pula, sekurang-kurangnya 37 orang menjadi mangsa korban selepas taufan itu melanda negara berkenaan hujung minggu lalu.

Senario III
Mayat murid tahun satu, Ho Ping ditemui mati pada pukul 10.15 pagi, polis telah menahan 2 suspek iaitu abang ipar mangsa berusia 28 tahun dan teman wanitanya berusia dalam 30-an

Polis berkata, suspek dipercayai berpakat dengan wanita warga China yang dikenalinya untuk meminta wang tebusan RM500,000 daripada ibu bapa mangsa yang merupakan pemilik ladang sayur di Cameron Highlands, Pahang.

Senario IV
Kekecewaan Pahang pada 1995 akhirnya terubat apabila dimahkotakan selaku juara Piala FA edisi ke-17 selepas menewaskan Perlis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad Tok Gajah terpaksa mengerah keringat sehingga mengharungi 120 minit babak perlawanan termasuk masa tambahan sebelum mendakap gelaran pertama persaingan bola sepak kalah mati negara itu selepas hanya muncul naib juara pada 1995.

Senario V
Berbekalkan budi bahasa, termasuk tidak mengasari wanita, seorang warga tua berusia 78 tahun sudah mengahwini kira-kira 23 janda dan tujuh gadis sejak dia berusia 20 tahun.Malah, warga tua itu turut mencatatkan rekod apabila dia pernah berkahwin dengan seorang daripada isterinya dalam tempoh satu hari sebelum menceraikan wanita itu.

Mohamad Zin Hassan, 78, dari Kampung Pasir Akar, di sini, berkata dia pernah hidup bersama seorang isterinya yang dikenali sebagai Senik sehingga 20 tahun, sebelum menceraikan wanita itu.

Senario VI
Keputusan Sports Toto ; Date : 21st May 2006 : 1st Prize 0686, 2nd Prize 4099, 3rd prize 3213.

Senario VII
World Cup germany 2006 ~16 hari lagi...


Di sebalik angka-angka, kadang-kadang nombor hanya mencipta persoalan, kegembiraan dan kesedihan. Pada anda, ada apa di sebalik nombor (?)

May 17, 2006

USAHAWAN BURGER


`Mari-mari brader…burger special! Ayam ada, daging ada, rusa punya daging pun ada…banjo…hot dog…bla..bla..`

`Dah lama berniaga bang?`

` Alaaa baru jer…lebih kurang dalam 3 bulan`

`Macamana income?`

`Bole la takat nak bayar van buruk tu bulan-bulan. Abang nak burger apa bang?`

‘Bagi saya burger belacan…letak dua keping`

`Ello brader! Lu jangan la buat lawak, gua banyak order ni!`

`Amboiii Zack..serius nampak…ko tak kenal aku ke?`

`Hahahaha !! Laila haillallah..macamana aku bole tak kenal ko? Sengkuang betul ..!!`

`Ye laa..sekarang dah jadi ahli perniagaan, lain la aku, kuli…`

`Dah ko jgn nak buat drama kat sini pulak. Pi duduk amik air sendiri jap lagi order ni setel kita sambung borak..pi duduk dulu baca paper, kawan setongkang punya pasal aku bagi free je hari ni`


Semut: "What does this burger represent?"
Bush: "The economy."
Semut: "Thick and juicy?"
Bush: "No. Dead and lifeless."
Semut: "Pergi jahanam la ko!!"

`Alahh aku naik boring la baca paper…balik-balik cerita CT dah ada teman istemewa lah… CT akan umum bila sampai waktu lah…Hati CT sudah dipunyai…hati CT sedang berbunga-bunga lah…CT nafi bertunanglah…ko tak boring ke?`

`Alaaaa…biasa la depa kan artis, takkan nak citer pasal aku – anak muda yang dulunya stock broker, now dah jatuh lingkup bukak kedai burger! Tak komersial laaa`

`Tuh la malangnya nasib ko, tapi depa tu pi mancing pun nak kecoh, pi mancing dengan sape…pakai umpan apa? Joran dia berapa kaki laa…`

`Masa dia mancing kentut berapa kali laaa……kah kah..kah !!! `

`Selak mukasurat sebelah lak...berdentam dentum promo kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita'. Macam la rakyat Malaysia ambik pot sangat benda alah ni. Sekali baca macam benda bodoh pulak!`

`Go to hell lah semua nih! atau dalam bahasa Melayunya 'Pergi Jahanam!' ...Kah..kah...kah..kah !`


Kami pun ketawa berdekah-dekah ~ dedicate to my friend yang dah jadi usahawan burger. Tahniah!

May 09, 2006

SEPERTI AIR

Salam...

Setiap kali menjelangnya hujan di Kuala Lumpur ini akan mengundang rasa resah dan gundah kepada penghuninya. Banjir kilat dan kesesakan lalulintas adalah impak yang sinonim dari cecair bernama air hujan ini.

Tuangkan air ke dalam gelas, maka ia akan berbentuk menyerupai gelas. Walau air dimasukkan ke dalam berbagai bentuk sekalipun, iapun akan membentuk seperti bentuk bekasnya ~Bruce Lee.

Namun air tetap air, biarpun berbentuk persegi atau bulat, tempat kecil atau besar, ia tetap berbentuk cair. Seperti air, dimanapun berada hendaknya kita mampu beradaptasi dengan lingkungan dan ketentuan yang berlaku.


Air sentiasa mengalir kemana celah dan ruang, ia pasti mencari jalan mengalir. Air sukar dibendung! Tertutup satu jalan, ia akan berusaha mencari jalan lain dan terus mengalir. Air tak pernah mensia-siakan lubang bocor ia akan mengalir dengan deras menuju kebebasan bergerak.

Seperti air, tidak seharusnya manusia menyerah pasrah dan putus asa setiap kali berdepan halangan bahkan harus terus meraih cita-cita. Seperti air jangan pernah mengabaikan sekecil apapun kesempatan yang terbuka untuk secepat kilat menerjahnya kerana mungkin itu satu-satunya jalan meraih kejayaan.

Seperkara lagi air tak pernah bersatu dengan minyak. Air dan minyak, boleh dijadikan simbol ketidak mungkinan dua zat berbeza untuk bersatu. Boleh juga sebagai simbol penolakan kejahatan oleh kebenaran. Seperi hitam dan putih yang tidak pernah serupa.

Justeru itu, mengalirlah seperti air ....

May 03, 2006

BURUH

Salam sukses buat para buruh,

Ada sebuah cerita mengenai semut dan cengkerik. ceritanya lebih kurang sama dengan entri sebelum ini 'semut dan belalang' tetapi kali ini ada kaitan rapat dengan buruh bersempena hari buruh yang di sambut setiap kali menjelangnya 1 Mei.

Si semut selalu rajin bekerja untuk kepentingan Ratu dan koloninya sedangkan si cengkerik bekerja untuk dirinya sendiri dan kemudian asyik berdondang sayang & bernyanyi. Semut dan cengkerik boleh juga di andaikan sbg seorang pekerja yang komited dan berdaya maju.

Semut setiap hari sibuk dan sibuk bekerja untuk memenuhi tuntutan semua koloni termasuk Ratu dan larva semut, Sifatnya boleh di andaikan seperti kita seorang pekerja atau buruh yang terus sibuk bekerja untuk memenuhi keuntungan atau memperkaya Ratu (Bos kita). Semut akan terus bekerja sampai mati, tidak pernah ada waktu untuk bersenang-senang sama sekali.



Tetapi sebaliknya sang cengkerik bekerja untuk keperluannya sendiri, setelah itu dia akan menikmati waktu luangnya untuk bersenang-senang. Senang ceritanya dia bekerja untuk dirinya sendiri tanpa bos.

Oleh kerana kita adalah seorang pekerja atau buruh yang bekerja untuk orang lain dianggap tidak mandiri, lantas bos akan membuat agar buruh selalu berfikiran sempit sehingga selalu bergantung pada tempatnya bekerja, dan akan terus bekerja untuk memperkayakan bosnya... (?)

Apakah Anda tidak ingin menjadi seperti seekor cengkerik yang bisa menikmati hidupnya sendiri tanpa ada gangguan dari Bos?

Bekerja untuk orang lain, tidak ada yang salah dengan hal ini, begitu juga bekerja untuk diri sendiri. Perbezaannya adalah, bekerja bagi orang lain akan membawa kebahagiaan bagi orang lain, memberi manfaat kepada orang lain adalah suatu kebaikan. Apabila kita memilih untuk bekerja dan menghidupi orang lain, tentulah manfaat yang kita berikan akan lebih besar lagi.


Namun jika kita hanya bekerja untuk diri sendiri, belum tentu kita seikhlasnya sanggup untuk memberi manfaat kepada orang lain...Apa pun jangan terlalu pening membaca entry ini, cukuplah sekadar faham bukan sebagai satu fahaman!

...Kerja berat sepanjang tahun ~ P. Ramlee.