May 09, 2006

SEPERTI AIR

Salam...

Setiap kali menjelangnya hujan di Kuala Lumpur ini akan mengundang rasa resah dan gundah kepada penghuninya. Banjir kilat dan kesesakan lalulintas adalah impak yang sinonim dari cecair bernama air hujan ini.

Tuangkan air ke dalam gelas, maka ia akan berbentuk menyerupai gelas. Walau air dimasukkan ke dalam berbagai bentuk sekalipun, iapun akan membentuk seperti bentuk bekasnya ~Bruce Lee.

Namun air tetap air, biarpun berbentuk persegi atau bulat, tempat kecil atau besar, ia tetap berbentuk cair. Seperti air, dimanapun berada hendaknya kita mampu beradaptasi dengan lingkungan dan ketentuan yang berlaku.


Air sentiasa mengalir kemana celah dan ruang, ia pasti mencari jalan mengalir. Air sukar dibendung! Tertutup satu jalan, ia akan berusaha mencari jalan lain dan terus mengalir. Air tak pernah mensia-siakan lubang bocor ia akan mengalir dengan deras menuju kebebasan bergerak.

Seperti air, tidak seharusnya manusia menyerah pasrah dan putus asa setiap kali berdepan halangan bahkan harus terus meraih cita-cita. Seperti air jangan pernah mengabaikan sekecil apapun kesempatan yang terbuka untuk secepat kilat menerjahnya kerana mungkin itu satu-satunya jalan meraih kejayaan.

Seperkara lagi air tak pernah bersatu dengan minyak. Air dan minyak, boleh dijadikan simbol ketidak mungkinan dua zat berbeza untuk bersatu. Boleh juga sebagai simbol penolakan kejahatan oleh kebenaran. Seperi hitam dan putih yang tidak pernah serupa.

Justeru itu, mengalirlah seperti air ....

30 comments:

Masy said...

Salam..

air x leh bercampur dgn minyak. rasanya ada satu bahan yg boleh mengadunkan keduanya - tp x ingatlah. tepung ke.. kapur ke.. ishh.. x ingatlah!

lady said...

salamm..
air dgn minyak semata mmg takleh bercampur.. itu pasangan kontrasnyer kan..
macam...
merah?..biru?
original?..spicey?
merah?..kuning?(bola)
ada lagi???..aderrr..kna carik laa

life is part of learning..learn how to know 'how',how to know 'who',how to know 'why'..
and how to live..

lady<<-- learning n growing..

Deanz said...

Masy,

maknanya, air + minyak + bahan lain = teradun air dgn minyak.

bukan air + minyak shj sbgmana yg di maksudkan dlm entry (?)

Lady,
...learn how to know.. & learn to know who (u).

AbGJaS said...

Hi Deanz,
Wah! Deanz sebut Bruce Lee,my childhood hero tu.. Kalau tak silap, dia cakap macam tu dlm filem 'enter the dragon'.

Air tak boleh campur dgn minyak, tp dia mudah mengalah pada kopi, teh, susu, milo? Bukankah ia melambangkan yg jati diri air tak konsisten?

wan said...

Lawa gambar air tu..

Deanz said...

Abg jas,
Bruce Lee bukan shj hebat dlm seni pertahanan diri tp dia juga seorang filosofi.

Kpd komen sdra ttg perlambangan jatidiri air, sy berpendapat begini : zat asalnya air tetap jernih dan cair dan akan menjadi berwarna dan berperisa sekiranya telah di campuri zat lain..( satu sumbangan).

Seperti air, untuk menjadi diri sendiri, setiap drpd kita harus mempertahankan jatidiri fitrahnya. Fitrah manusia pada kesucian dan kebenaran. Fitrah air (?).

Bole faham tak maksud dia? Hehehe... apapun txs abg jas.

Wan,
pic waterfall kat kpg aku tu...jgn tak percaya.. :D

kari said...

jd air la pulak..spesis semut air ni hohohoho

Deanz said...

Kari,

cuba perati semut kalau jatuh dlm air..depa tak tenggelam bole menari-nari lagik...satu kelebihan kan?

lady said...

salamm..
learn to know who(U)?..aiyyoo no need to learn laa..just askkk..
any question?..wahhh gituuuu!

Komen pasal semut ek..semut tak tenggelam pasal riingaann sangat!
tu pun terkapai2 gak kalau diairkan dia kan ekekeke..
last2 kembong gak perutsemut tu..
tertelan air!

Deanz..kalau kita terminum air yg ader semut..haaa..bbrapa persen dari iq kita hilang tau..
moralnya..
Jauhkan semut dari air!
adehaiii..air jugak.

lady<<-- gurauan pagi..

Deanz said...

lady,
Bole dapatkan sy info secara saintifik or sbgnya, persen kehilangan iq kalau termakan semut?

nak juga sy mengkajinya...

arianna adrizal said...

deanz,
salam.. gambar air terjun kat kg awk tu mmg cantik! err, kg apa tu?

Deanz said...

Salam arianna,
Sebuah kpg di negeri darul ehsan. kita satu bendera kooott... :D

ibuVouge said...

salam deanz
mmg air dan minyak x bercampur sama spt kejahatan dan kebaikan

Deanz said...

Salam ibuuu..

txs drop & txs atas sokongan, datang lagi yaa..

kari said...

ko jatuh dlm air timbul tak deanz?

arianna adrizal said...

deanz,
bukan kott lagi tp memang da sama pun!hehe. eh, dkt mana ye tmpt tu???

Mamamanja said...

isk.. nak komen camner nih deanz? yang mama tau air... leh bancuh wat air teh ker.. milo ker... uish... best tuh! hehehehe

Deanz said...

Kari..
Kalau aku timbul macamana...?

arianna,
Merah Kuning lambang kejayaan.... Lokasi teluk panglima garang... :D

Mama,
awak tak de lain le ....minuuuummm jerk..tambah sihat lerrr... :D

Greenmonster roared said...

Deanz,

setahu saya KL jarang menghadapi banjir. Tak mustahil kan, tapi mengapa eh? Kan ia satu bandar metropolitan?

By the way....
Air yang banyak juga menyusahkan...seperti banjir dan tsunami.
Tapi tanpa air, manusia juga dalam kesusahan...seperti kemarau. Habis tanaman dan tanah kering.

Air juga seperti masa:
Kurang masa (air) kita kesusahan.
Bila berlebihan masa (air) kita cuai.

Manusia....tidak akan pernah merasa puas...walaupun diberikan secukupnya iar untuk menghilangkan dahaga.

Betul tak Deanz?

Wasalam
Greenmonster

arianna adrizal said...

eh, teluk panglima garang mana ada air terjun?!! laut, sungai ada la..

Deanz said...

Txs drop GM,
KL banjir sebab faktor cuaca & iklim...selebihnya tanya datuk bandar.. :D

Sy setuju penyamaan antara unsur air & masa..tepat sekali.

Arianna,
Ada. tak caya tanya wakil rakyat situ...klu dia pun tak tau..next election..undilah saya :D

arianna adrizal said...

;p

Greenmonster roared said...

Deanz,

Boleh saya teka tak?

Kamu ni antara bekerja sebagai penulis, pelukis atau pun loyar...
Kalau betul saya nak hadiah.

Deanz said...

GM,
sebelum tu sy nak tanya juga. knp tekaan anda merujuk kpd 3 profesyen tersebut?

Sy bukan penulis upahan, bukan pelukis jalanan dan juga bukan peloyar (buruk) hehehe.. tapi saya juga meminati ke tiga2 profesyen tersebut dan lebih cenderung kpd penulis & pelukis..

Greenmonster roared said...

Deanz,
Sebenor nye.

Saya teka 3 kategori aje sebab kamu ni ada ciri-ciri tersebut,
I quote : "penulis upahan, bukan pelukis jalanan dan juga bukan peloyar (buruk"

You have got a good sense of intellectual humor. I like....I enjoy yr writing which is heavy but light, direct but full of cynism.

so, ape perkerjaan kamu? If you don't mind. I am doing four things at my office - Administration for my management, Human Resource with staff benefits, supervise 3 subordinates, financial and udget controller. Tapi cuma di bayar gaji for 4-in-1 macam coffee with sugar with cream with coffee with packaging hehehe.
Apa nak buat, saya pun kuli, tapi kuli bermaruah, sebab I dare to tell my bosses of If I am right!
I ni degil sikit, tapi very diplomatic la.
wasalam,
Greenmonster.

PS: Thanks for the "Still Loving You". I like!

Deanz said...

GM,
biasa la orang berdarah seni mcm aku ni mmg berbakat..hahahaha!! (just joke).

i quote too "You have got a good sense of intellectual humor. I like....I enjoy yr writing which is heavy but light, direct but full of cynism."

txs for ur recognition. actually this is the concept of my blog~semut api.

Sy kerja collct sampah depan rumah Abgjas... :D Ada keje kosong ke?


wellkam...

Greenmonster roared said...

Deanz,

jgn lawak lak, takkan lah kamu angkut sampah depan rumah abgjas...

By the way, kerja angkut sampah adalah satu pekerjaan yg mulia dan halal.

Kalau tak de oreang nak angkut sampah, sapa nak buat>

Nanti sampah bertimbun dan semua akan merana.

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Looks nice! Awesome content. Good job guys.
»

Anonymous said...

Very best site. Keep working. Will return in the near future.
»