May 24, 2006

ADA APA DENGAN NOMBOR (?)

Senario I
Barisan Nasional (BN) memperoleh semula mandat apabila memenangi 62 daripada 71 kerusi untuk kembali memerintah Sarawak pada pilihan raya negeri kesembilan baru-baru ini.

Pembangkang bagaimanapun membuat kejutan besar dalam tempoh 19 tahun dengan meraih sembilan kerusi berbanding hanya dua pada pilihan raya negeri 2001. Pada 1987, pembangkang memenangi 20 kerusi, berbanding 28 BN.

Senario II
Seramai 19 orang, kebanyakannya daripada puak Syiah terbunuh manakala 58 lain cedera selepas sebutir bom meletup di timur Baghdad.

Sekurang-kurangnya 104 orang terbunuh manakala lebih daripada 160 nelayan dikhuatiri hilang atau terbunuh selepas taufan Chanchu membadai China, Vietnam dan Filipina awal minggu ini.

Di Filipina pula, sekurang-kurangnya 37 orang menjadi mangsa korban selepas taufan itu melanda negara berkenaan hujung minggu lalu.

Senario III
Mayat murid tahun satu, Ho Ping ditemui mati pada pukul 10.15 pagi, polis telah menahan 2 suspek iaitu abang ipar mangsa berusia 28 tahun dan teman wanitanya berusia dalam 30-an

Polis berkata, suspek dipercayai berpakat dengan wanita warga China yang dikenalinya untuk meminta wang tebusan RM500,000 daripada ibu bapa mangsa yang merupakan pemilik ladang sayur di Cameron Highlands, Pahang.

Senario IV
Kekecewaan Pahang pada 1995 akhirnya terubat apabila dimahkotakan selaku juara Piala FA edisi ke-17 selepas menewaskan Perlis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad Tok Gajah terpaksa mengerah keringat sehingga mengharungi 120 minit babak perlawanan termasuk masa tambahan sebelum mendakap gelaran pertama persaingan bola sepak kalah mati negara itu selepas hanya muncul naib juara pada 1995.

Senario V
Berbekalkan budi bahasa, termasuk tidak mengasari wanita, seorang warga tua berusia 78 tahun sudah mengahwini kira-kira 23 janda dan tujuh gadis sejak dia berusia 20 tahun.Malah, warga tua itu turut mencatatkan rekod apabila dia pernah berkahwin dengan seorang daripada isterinya dalam tempoh satu hari sebelum menceraikan wanita itu.

Mohamad Zin Hassan, 78, dari Kampung Pasir Akar, di sini, berkata dia pernah hidup bersama seorang isterinya yang dikenali sebagai Senik sehingga 20 tahun, sebelum menceraikan wanita itu.

Senario VI
Keputusan Sports Toto ; Date : 21st May 2006 : 1st Prize 0686, 2nd Prize 4099, 3rd prize 3213.

Senario VII
World Cup germany 2006 ~16 hari lagi...


Di sebalik angka-angka, kadang-kadang nombor hanya mencipta persoalan, kegembiraan dan kesedihan. Pada anda, ada apa di sebalik nombor (?)

28 comments:

AbGJaS said...

Menjalankan operasi, menganalisis, menjangka, membuat kesimpulan atas pelbagai masalah yg disebabkan nombor2 memang kerja harian abgjas.

Dan persoalan, kesedihan, kegembiraan spt apa yg Deanz sebut itu hanya wujud selepas segala statistik nombor2 berkenaan di analisis. Ini menunjukkan betapa besar pengaruh nombor dlm kehidupan seharian.

Angka 4 misalnya, tidak disenangi kaum Cina kan?

Masy said...

Nombor yg best*:
- angka gaji
- bilangan belen cuti yg byk
- hantaran yg tinggi (hihi)
- no telepon org yg tcayang

Nombor x best*:
- bil
- kadar sewa
- hutang PTPTN
- no telepon org2 yg x best

nombor 4. x suka bila dikaitkan dgn kawen 4, tp suke bila dikaitkan dgn bulan Januari. sekian.

* boleh tambah lg ni

lady said...

salammm enDeanz..
apalah makna hidup tanpa nombor..
menghitung hari
menghitung umur
menghitung gaji
menghitung masa
..dan satu ketika nanti..
kita pula akan dihitung..dosa dan pahala..

lady<<--Pening..

wan said...

Nombor banyak makna.
Kalau tak, takkan tikam nomo ekor.
Kalau tak, takkan pilih2 tarikh kawen yg best.

Ingat lak cerita Lost (nomo toto tu) dan cerita Numbers (charliiieee)

Paling penting, tak lengkap nama nick aku tanpa nomo 7 dan 9 itu :)

Greenmonster roared said...

sunggug penuhberapi semangat penyokong sukan bola sepak.
Apalagi dgn adanya World Cup. Ramai yg akan jatuh sakit, ambil cuti sakit dan cuti tahun untuk membengkakkan mata dan kata orang "makan bola' sepanjang world cup nanti.

Cerite yg menyedihkan juga tidak kurang mendapat poerhatian pengamat di rantau asia.
Sungguh sedih membaca kisah sedih yg menyayatkan hati. Moga-moga kita dijauhi musibah.

Deanz said...

Abg jas,
txs atas pandangan saudara..klu no 4D 1st prize 4444, agaknya orang cina beli tak?


Masy,
-angka gaji-klu gaji ciput mcmana?
- hantaran yg tinggi - materialistik!
- no telepon org yg tcayang - (?)

Nombor x best*:
- hutang PTPTN - wanted!
- no telepon org2 yg x best (?)
- kawin 4 - igauan buruk kaum isteri.. :D

Lady,
nak tambah sikit..menghitung hutang, menghitung bf... :D

di hitung dihari penghitungan *

Wan,
txs melebarkan lagi skop dan contoh peri pentingnya nombor..

*Ada apa di sebalik no. 7 & 9 ?

Deanz said...

GM,
maknanya..angka mewakili kegembiraan & kesedihan... rite?

Greenmonster roared said...

Deanz,

Betul tu...tapi yg sy slalu dengar bahawa nombor ganjil di sukai orang yg dikasihi yg esa.

lady said...

salammm..
...menghitung BF?apa tu..BIGFOOT??hahahahaa..how abt 'hitung GF?'
Wallahhh..hitung laa apa pun yang nak dihitung kan..last2 kita pun akan dihitung jugak..mana nak lari..!

Lady<<<-- berkasih biar satu..takyah hitung..satu jer cemana nak hitung kan..hehehe

Deanz said...

GM,
bole jelaskan lebih lanjut..menarik tu..


Lady,
tak lama dulu kita kecoh pasal Big foot kan..berapa byk BF di hutan johor agaknya ..now dah senyap.

Seorang kekasih tak payah di hitung..tapi kena hitung berapa kali pula dia merajuk ...hahaha..

Masy said...

Rasulullah sukakan nombor 7 klu x silap. maybe itu maksud GM.

betul ke?

kari said...

diriku bukan sekadar nombor
hohohohohohohohoho

arianna adrizal said...

salam.

sports toto pun terkena tempias 'gusip' incik deanz ni. hehe..

chop! cuba perhatikan plat no kenderaan kaum cina, mostly akan ada no 8, itu tandanya 'ong'. sebaliknya no 4 maksudnya 'mati'. tp bagi sebilangan kaum cina penang, no 4 tu petanda baik. Begitu juga dgn tarikh perkahwinan, tarikh kelahiran,.. pendek kata, angka memang memainkan peranan penting dalam peradaban kaum cina.

umur ~ it just a number..

AbGJaS said...

Diorang beli punya Deanz, taulah kan..

meera said...

deanz aku ni sejak berkenalan ngan Eric Cantona dulu (ntah tahun bape ntah) aku terus suka nombor 7.... sampai la skang... minat nau aku ngan nombor 7 tu... nak hantaran pun kalo boleh RM7,777.77 kalo boleh arrrr... ko sanggup tak nak bagi hantaran byk tu kat aku? wakakakaka

apa-apa pun 'Biarlah Rahsia'... :D

lady said...

salamm enDeanz..
hamboiiii..jaat u ek..terkena kita! huh..baper kali majuk tu 'biarlah rasieee'..hal umahtangga ceeewahhh..!

No 7 tu amat bermakna dlm agama kita kan..disukai allah swt..disarankan nabi saw..
part of d reason(pls correct me if am wrong):
7 petala langit
7 petala bumi
7 peringkat syurga
7 peringkat neraka
7 lapis perut maknusia
dan bnyk lagi yg kita tak tau..
dan..
kalau ader apa2 musibah pd diri sesaorang akan pula disebut 7 keturunan..tak pulak dgr org kata 3 keturunan..
Iyyer idak? ampun kalau saya salah..

lady<<-- learning..

Deanz said...

Masy,
jgn tinggalkan persoalan ..tolong jelaskan lebih lanjut...

Kari,
apakah shape idaman bg kaum wanita; 35-28-40 or 40-40-40...hahaha..
(of cos dirimu lebih drpd nombor)

Arianna,
kerana sport toto contoh paling baik bagi angka2..

sy pernah tanyakan pd auntie china..kepercayaan kpd nombor2 adalah salah satu ke'imanan' pd mereka..


Abgjas,
kalau persoalan RM depa sanggup membelakangkan kepercayaan & ke'imanan'...asal barang jadi duit.. :D.


Meera,
aku rasa klu cantona takat 7,777 tu sebelah mata jer dia setel...tp klu aku bayar 7,777 kali ansur bole tak?

apa pun 'biarlah rahsia' *wink-wink*

Lady,
info yg menarik..pelangi juga mempunyai 7 warna, kejadian ajaib dalam dunia pun ada 7 , pelanduk jer yg 2 serupa .. :D

sy keturunan ke 8, tu pasal tak kena sumpahan mahsuri..

Greenmonster roared said...

Deanz,

do visit my blog. I am not sure what happened to my blog.

http://greenmonster709.blogspot.com/

nurjihad said...

salam..

senario III berlaku dekat je dengan sini..

Greenmonster roared said...

Deanz,

Dgn tercetus nya kejadian gempa di Yogyakarta dan sebahagia Indonesia, bertambah angka mangsa gempa dan kemusnaan.

Di Thailand pula mengalami banjir...

"apakah kita akan berterusan mengalami natural disater" - is it the end of the world.

Nampaknya bertambah lagi scenario dan nombor kehilangan jiwa juga naik....

Deanz said...

GM,
yes, i do.. :D

Nur,
sadis kan...nasib baik puak depa..

Greenmonster roared said...

Deanz, semakin hari semakin sayang rasanya jika kita biarkan umur kita berlalu begitu sahaja.
Biarlah rahsia, segala urusan Allah swt. Hari-demi-hari berita kuterima, apabila saban hari disoggokkan dengan berita gempar yang diliputi kesedihan. Melihat gambar (x2) di dada-dada akhbar, mayat-mayat bergelimpangan, anak-anak yang mennagis kelaparan dan kehilangan ibu-bapa (tempat berlindung) mereka akan sentiasa kehausan kasih-sayang dan dahagakan belaian kasih mesra...
Apakah umur kita akan dilanjutkannya, apakah kita sudah persiapkan diri kita menghadapnya, apakah kita sudah merasa puas dengan pencapaiian dan pengorbanan kita sebagai insan dan hambanya...Tepuk dada, tanya selera.

Jika saya mampu, mahu sahaja saya berikan segalanya pada mereka, namun apakan daya. Itu semua takdir atau kebetulan?

Deanz, tak sanggup rasanya saya terus menghitung angka - kematian, kebuluran dan kesengsaraan yang menimpa sedara kita di sana.......

Wasalam
Greenmonster
(yang masih diselubungi kesedihan, meratapi nasib anak bangsa dan umat islam diserata dunia yang dtimpa musibah)

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

I say briefly: Best! Useful information. Good job guys.
»

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

golf equipment said...

So I've been searching around looking at blogs because I want to start one at my site ( golf schools ). But I'm not sure how I want to go.... blogger, wordpress, drupal... not sure, and I don't know that much about them. I like the look of this site. If you have time could you email me what you like/dislike about your blog? Thank you if you decide to take the time to help me out, and I understand if you don't. Ultimately I want it to look good with being "hands off" as much as possible. Anyway, keep up the good work.

azianuar said...

NOMBOR?!! or NUMBER?!!

Uniknya nombor nih kerana ia adalah sebahagian drp kehidupan. Hidup ini tidak dpt dipisahkan dengan nombor. Umur kita dihitung dengan nombor. Masa dihitung dgn nombor. Bermula drp celik mata hinggalah kita pejam mata semuanya berkaitan dgn nombor. Masa, perbelanjaan, perjlnan, dan apa jua melibatkan nombor. Dptkah kita memisahkan nombor drp kehidupan?! Jam berapa mahu bangun pagi? Berapa byk hendak dibelanjakan untuk makan hari ini? Berapa lama nak terperangkap dalam kesesakan lalulintas? Bila nak masuk gaji? Bila nak bershopping? Semuanya adalah berkenaan dengan nombor. Hakikatnya, uniknya nombor ini umpana udara yang sentiasa ada. Bak bait2 lagu dlm Dealova: Kau seperti nyanyian dlm hati ku yg memanggil rinduku padamu, seperti udara yg ku hela kau selalu ada!!!

Percayakah?!! Inilah realitinya...
aHaks...^_^

Deanz said...

azianuar,

txs drop..betul tu. RM pun bernombor-nombor jugak..macamana bk buat duit ...ajar la sikit.. :D