July 27, 2006

AIR MATA

Salam Sejahtera,

Anda pernah menangis? Pasti pernah, paling tidak sekali seumur hidup kita pernah menangis, iaitu saat kita dilahirkan. Ketika kita dilahirkan menangis, namun orang-orang di sekeliling kita tertawa gembira saat menyambut kelahiran kita. Sebaliknya orang-orang yang kita tinggalkan menangis pilu saat kita di penghujung usia...Al fatihah untuk arwah saudara Hani Mohsin.

Lalu, apakah air mata itu sinonim dengan kelemahan, kesedihan atau mungkin juga kegembiraan? Mungkin ya, tapi mungkin juga tidak. Air mata boleh juga menjadi sangat berharga atau mungkin sebaliknya (?)

Beberapa hari lepas seperti rutin biasa (sehingga hari ini), rejim laknat Yahudi menggempur Lubnan dengan nafsu serakus Saruman dan yang menjadi mangsa dari pelbagai peringkat umur adalah rakyat Lubnan.

Dalam satu segmen berita TV baru-baru ini, aku cukup tertarik dengan kekuatan dalaman serta ketabahan seorang bapa yang kematian anaknya dalam satu serangan ganas Yahudi tanpa setitis air mata pun beliau berkata sambil mendukung jenazah anaknya "Terima kasih kepada PBB kerana membenarkan kemusnahan dan pembunuhan ini" Tepat dan sinis!

Aku juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kepada PBB yang masih sudi di sundal!


12 comments:

Greenmonster roared said...

Deanz,

Tangisan yg amat menyayat hati bagi sy adalah tangisan yg sy lihat pada kanak-kanak yg menderita, yg menjadi;
a) mangsa dera,
b) mangsa perang,
c) pabila mereka kehilangan orang yg tersayang,
d) kanak-kanak yg kelaparan.

Ibarat dalam lagu arwah Sudirman "Penyu menangis tak siapa yg tahu". Begitulah tangisan sy di dalam senyuman yg sy ukirkan setiap hari. Sy hanya akan menangis di kamar mandi pabila air mencurah dari kepala begitu juga airmata sy akan turut mengalir sama.
Sy akan sembunyikan kesedihan jauh dari kawan, teman sekerja, keluarga dan siapa saja dekat sy agar mereka tidak dapat membaca kepedihan sy.

Mengenai arwah Hani Mohsin, sy amat terkejut dan terkilan sekali. Kerana beliau adalah salah seorang pelakun/artis yg amat penyabar, ramah dan tekun dalam menjalankan tugasnya. Dia juga amt tabah menghadapi dugaan kehidupan. Alfateha untuk arwah....amin.

Masy said...

terima kasih...!

wan said...

Nyata awak sensitif dgn isu2 begini. Tak dinafikan sy pun peka tapi.. setakat manalah yg kita mampu lakukan selain berdoa. Ada orang kata kekuasaan Israel berada di puncak selama 14 tahun mulai 2007. Jika itu benar, masyaallah..

lady said...

salamm deanz..
Saya menangis melihat segala kekejaman ini tapi..
Apalaa sangat nilai airmata pada mereka2 yg memegang kuasa,memandang pun tidak!!
Sedangkan nyawa maknusia pun bagaikan jadi bahan gurauan kejam pada pengganas dunia tersebut.
Subhanallah..

Alfatihah untuk allahyarham hani mohsin,saya akui kepergiannya saya tangisi..tanpa suara.Terkenang betapa tabahnya dia harungi hidup sebatangkara..tapi lihatlah betapa dia dikasihi dan terserlah hanya selepas dia tiada!Biasalah kan..

Tunjukkan kasihsayang pd sesapa yg anda sayangi selagi hayatnya masih ada..

lady<<--sayang menyayang..

Deanz said...

GM,
txs kerana anda bersimpati & memahami penderitaan yg mereka alami.

Masy,
Sama-sama..

Wan,
...ada juga yg mengatakan Palestine perlu berundur. Kemana mereka perlu berundur? Sedangkan bumi palestine adalah tanah mereka.

Lady,
Pekaba? Keangkuhan puak yahudi hanya di dalangi oleh AS, hakikaynya puak merempat ini sangat pengecut!

Simpati dgn anak arwah..

Greenmonster roared said...

I want to join as humanitarian volunteer. The sort which is not very commercial or publicity driven.
Insya Allah

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

ija... said...

kesedihan adalah salah satu dari naluri dalaman manusia..
semua orang akan rasa gembira dan semua orang akan rasa sedih..
saya rasa sedih & menangis bila awak tak mau jumpa saya...hhheee...hhee...

Anonymous said...

I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»

Deanz said...

Ija..
tak wat appointment pun..

Anonymous said...

Hey what a great site keep up the work its excellent.
»

OnlineShop said...

XYxoql Hello! Great blog you have! My greetings!