July 05, 2006

CAKAP CAKAP BOLA III


Seorang lelaki telah membeli 2 tiket untuk perlawanan akhir World Cup. Setelah mengambil tempat duduk, datang seorang lelaki bertanyakan tentang kerusi di sebelahnya yang kelihatan kosong.

'Tidak, kerusi sebelah ni memang kosong'

'Pelik! Takkan dalam satu perlawanan akhir World Cup yang terunggul di dalam dunia ini, di mana seluruh peminat bola tidak melepaskan peluang untuk menontonnya. Apatah lagi kita dapat menontonnya di dalam stadium ini tetapi masih ada lagi kerusi kosong?'

'Sebenarnya kerusi sebelah ni saya dah beli tiket untuk isteri saya. Kami bercadang untuk menonton bersama... tapi dia dah meninggal dunia... dan inilah World Cup final yang pertama kami tidak dapat menonton bersama sepanjang kami berkahwin'

'Oh! Maafkan saya dan saya amat bersimpati. Kenapa awak tak cari orang lain...kawan atau saudara mara awak untuk menggantikan tempatnya?'

'Oh tidak! Mereka semua sedang menghadiri majlis pengkebumian isteri saya'

'... (?)'

9 comments:

wan said...

Hampeh nyer suami. Seb baik bini dah mati, klu tak kompem kena tidur kat luar rumah..

Masy said...

suami durhaka..huhu

Deanz said...

Wan,
aku rasa si suami rela tidur kat luar sbb WC empat tahun sekali jer..apa salahnya... :D

Masy,
kalau isterinya mati kerana dia seorang penagih dadah, macamana tu?

AbGJaS said...

Mungkin si suami lebih bersikap realistik, yg lepas tu, lepas lah..let bygones be bygones.

Atau dia sekadar mengenang nostalgia menonton bola bersama isterinya dlm WC-WC yg lalu
- betapa romantisnya suami tadi.

Lagipun, tiket dah dibeli...

Greenmonster roared said...

ada dengar juga cerite tentang pasangan yg bercerai dan putus cinta gara gara bola dan piala dunia.

Kelakar dan seram juga jadinya.

Deanz said...

abgjas,
...mungkin juga si suami punya semangat kesukanan yg tinggi.

GM,
itulah realitinya yg kadang2 di luar imaginasi kita..

Anonymous said...

I like it! Good job. Go on.
»

Anonymous said...

This site is one of the best I have ever seen, wish I had one like this.
»

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Stacy having sex prince george hotels http://www.business-opportunities-8.info How to make kitchen nook cushions http://www.air-purifier-review.info Power wheel chair sales Statin drugs breast cancer Sex erection Lasik surgery+omaha ne free ringtones