October 16, 2006

AIDILFITRI PALING ISTIMEWA DI DUNIA

Aidilfitri adalah perayaan paling istimewa di negara ini bahkan di seluruh dunia Islam. Di dunia Islam lainnya Lebaran hanya sekadar habis berpuasa, bencana perang juga melenyapkan kemeriahan mereka menyambut Syawal. Bagi negara kita segala-galanya meriah ;

  • Tradisi pulang kampung untuk berkumpul dengan seluruh keluarga dan bersilaturahmi saling memaafkan kesalahan masing-masing.
  • Sudah menjadi tradisi pula kita saling kunjung mengunjung dengan teman, handai taulan dan juga jiran tetangga.
  • Kita mengenakan pakaian baru untuk menyambut Syawal yang seolah-olah Tahun Baru dengan Resolusi Baru.
  • Kita juga tidak melupakan jasa-jasa nenek-moyang dengan berziarah ke makam-makam orang tua dan membersihkannya sekaligus.
  • Lemang, ketupat rendang, berbagai jenis juadah kueh mueh dihidangkan kepada keluarga dan para tetamu.

Demikianlah sebahagian dari tradisi menyambut Aidilfitri masyarakat Islam di negara kita. Biar bagaimana meriah sekalipun kita perlu mensyukuri keamanan ini. Buat akhirnya kepada semua pengunjung blog ini, baik yang pernah bersua muka mahupun yg belum pernah bersua dan mungkin juga pernah terlanggar bahu tapi tidak saling mengenali, berhati-hati ketika memandu ke destinasi masing-masing kerana kepulangan kita untuk di rai bukan untuk ditangisi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf lahir-batin.

19 comments:

jed1 said...

Selamat hari raya deanz
maaf zahir batin kut2 ada tersilap terkutuk entry2 ko hehehehhe

raya sorang lagi ke thn nihh??

Berhati-hati di jalan raya.

Semut Api said...

Jed,
aku halalkan segala patah bicara nko. negara kita kan dah ada konsep 'dasar keterbukaan' aku rela dikutuk tapi jgn la benci aku..huhuhu..nanti aku upset mcm PM sape yg susah (?)

mana pulak raya sorang jed, satu dunia umat islam raya tau... :D

Noushy Syah said...

Selamat menyambut Hari lebaran buat abg Deanz yg jauh disana...maaf dipinta andai ada terkasar bahasa dan moga abang Deanz sekeluarga diberikan sejahtera, panjang usia dan murah rezeki.

emm emmm..Noushy anak yatim, entitles tuit raya tua, tehehhehe...dlm pound sterling yea???ngehhhhhhhhhh

*cuti panjang ke abg Deanz?*

Anonymous said...

sungguh syahdu suara takbir,
mengenang bonda yang lama pergi,
ucapan salam lahir dibibir,
apakah terjawab oleh yang sudi?

ketupat rendang akan terhidang,
buat santapan dipagi raya,
apakah pasti rindu ku hilang,
dapatkah ku temui Ramadhan seterusnya.

Salam lebaran buat yang ku kenang walaupun tidak mengenal rupa, tapi cukup sekadar mengenali budi bicara dan pekerti mulia.

Semut Api said...

Noush,
selamat hari raya juga..saya pun mohon maaf andai ada yg terkilan di hati..bila nak raya kat sini? bole la nanti collect duit raya... :D

GM,
Salam aidilfitri juga buat anda yg berada di hujung tambak. semoga meriah sambutan tahun ini.

ketupat rendang akan terhidang,
buat santapan dipagi raya,
Hari raya akan menjelang
tahun ni beraya dlm jerebu la kita..

Anonymous said...

salam aidilfitri deanz, maaf zahir batin, muga ceria disamping keluarga.... :-)

Anonymous said...

hmm..kalo la umah kat kampung macam kat dalam gambor tu..bestnye..
ehehe:P

Semut Api said...

ita,
selamat hari raya juga..moga meriah juga sambutan di selatan..


nurjihad,
mai datang umah raya..tu pic umah kita la, selangor DE.

selamat hari raya ... :D

Anonymous said...

selamat hari raya deanz. maaf zahir dan batin atas semua kekasaran bahasa.

Semut Api said...

cendera wasih,
Selamat hari raya juga...bila nk buat open house? ;D

shafarina said...

selamat hari raya n maaf zahir batin encik semut.

semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

Semut Api said...

Wan,
Selamat hari raya pn. Stitch... :D

aku ada buat salah dgn hang ke? klu ada, mohon ampuuuuunnn... 0-0 ek..

arianna adrizal said...

selamat menyambut aidilfitri bersama keluarga!

kesempatan ni sy memohon maaf atas kata2 yg menyinggung perasaaan. maklum saja, mulut tak berbedung. haha!

berhati-hati pulang ke kampung di k.selangor.. sekinchan.. sabak bernam. atau di mana saja :)

lady said...

salamm
salam aidilfitri en deanz..dan selamat bekerja semula..
tak terlewat nak mintak ampun mahap kan...
maafkan saya...
mana2 yg tersilap kata..kurang budi bicara..kemaafan dipinta seikhlas hati..

lady said...

salamm
salam aidilfitri en deanz..dan selamat bekerja semula..
tak terlewat nak mintak ampun mahap kan...
maafkan saya...
mana2 yg tersilap kata..kurang budi bicara..kemaafan dipinta seikhlas hati..

Masy said...

sudah²lah raya tu :p

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Rasanya blm trlewat utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kpd Deanz. Mungkin ada salah silap abgjas sama ada sedar atau tidak.

Selepas cuti Raya ni, selamat lah pula mengunjungi rumah2 terbuka rakan2 yg tentunya bertali arus..
Selamaaaaaat...

Semut Api said...

arianna..

Salam aidilfitri juga..tak kiralah beraya dimanapun.. kelang, banting, port klang or kuala selangor ... :D

Lady,
Selamat hari raya maaf zahir batin ...seikhlas hati juga..

Masy.
puasa sebulan ..raya pun sebulan. Ada bantahan?

Abg Jas,
terima kasih..selamat beraya kita. Kalau di KL sememangnya raya di sambut agak lewat dan tetap meriah sehingg hujung syawal..

Azer Mantessa said...

selamat hari raya.
maaf zahir dan bathin.