Salam Sejahtera,
Sebenarnya kita sangat kekurangan alias bodoh sebagai manusia di atas muka bumi ini. Ini bukan ungkapan ironis yang semata-mata mencari sensasi agar kita tersenyum sinis melihat aksi lawak Senario.
Ungkapan ini benar adanya. Bahawa kita adalah orang bodoh. Begitu mungkin bahasa kasarnya. Di sebaliknya kita perlu berfikir, pernahkah dalam sehari kita tidak bertanya? Apa, siapa, ke mana,di mana, kenapa, yang mana, bagaimana, berapa, bila dan banyak lagi pertanyaan itu sentiasa kita ucapkan dalam keseharian kita. Kita merasakan seperti setiap saat ada saja kekurangan akal dan nafsu yang belum terpenuh di dalam diri.
"Kenapa Altantuya dibunuh sebegitu kejam? Mengapa perlu PM menghadkan kesabarannya? Perlukan bendera Umno diberi nama baru? Mengapa golongan Mat Rempit kelihatan semakin tinggi status sosialnya? Mampukah parti Republikan kekal di AS? Adakah Sharon masih berdegup jantungnya ketika ini? Berapa banyak nyawa lagi harus melayang di bumi Iraq?"

Sekarang, cuba kita berfikir dan merenung kembali, berapa banyak persoalan yang bergentayangan dalam benak kita telah terungkai sekaligus menemui jawapan (?) Justeru ketika kita menemui jawapannya sekalipun, akan terus bertanya lagi...dan lagi. Oleh itu kita perlu menerima hakikat bahawa sesungguhnya, DIA maha kaya.
Lantaran itu, Apabila dunia semakin maju kita sebenarnya semakin bodoh. Yang akan terus berhadapan dengan masalah-masalah dan segala macam rencah persoalan, yang akan terus berfikir dengan pertanyaan, yang akan terus bertahan hidup dengan bertanya...
11 comments:
mengungkap kata2 Abu Darda' (sahabat Rasullullah yg terakhir hidup):
hari ini adalah lebih baik dari hari esok dan esok adalah lebih baik dari hari berikutnya.
Salam Deanz,
Nak kata bodoh, ramai juga yg otak bergeliga, berpendidikan tinggi dari universiti bertaraf dunia.
Mungkin hati yg keras macam batu.
Nak pergi ke universiti mana?
cuba kita berfikir, ramai yg bijak pandai tapi kenapa masih buat benda bodoh. tahu satu-satu perkara itu salah tapi terus sesat dengan alasan "kami tak ganggu sesiapa, jadi tolong jangan ganggu kami"
saya dah lari dari tajuk ker nih?
sebelum itu, salam perkenalan dari saya. dari blog ita.
azer,
kebijaksanaan hari ini utk kelangsungan hidup masa depan..txs.
abgjas,
depa kena masuk universiti of stone kot... :D
seri bayu,
Salam kenal juga..txs drop.kita juga perlu jadi bodoh supaya kita tidak menganngap diri kita terlalu sempurna hingga mendorong kita buat kerja2 bodoh... :D
salam..
mungkin bodoh kerana buta hati.
masy,
...dan juga buta mata... :D
kelakar.. kengkadang orang yang kita menyampah tu lah yang kerap muncul membuat onar di depan kita.
menguji kesabaran, keimanan barangkali?
atau menguji kesatuan ummah zaman ni..
Wan,
dah kita menyampah, mmg le dia selalu buat onar... :D
salamm en deanz,
pekabar ..
biarlah nampak 'bodoh' asal jangan bodoh..kerana sekarang ni ramai sangat orang2 yang pandai tapi bodoh!!
..buat2 bodoh..
lady,
sihat adanya...praktikal ke kalau kita buat2 bodoh? tapi kalau selamber bodoh o.k kottt... :D
dunia tidak akan berhenti berperang sekiranya manusia tidak pernah ada rasa puas dan tolak ansur....berdamai lah dunia ....ku
Post a Comment