Sudah saatnya mungkin, memang anda boleh terjatuh kerana cinta, bukan jatuh cinta, tapi terjatuh kerana cinta. Terjatuh kerana yang anda inginkan menjadi bahagia tidak kesampaian. Terjatuh kerana kenaifan kita sendiri. Terjatuh kerana tidak berjaya memiliki? Terjatuh kerana kita berani berkorban? demi dia? atau demi cinta? Terjatuh kerana kita semua orang bodoh? atau memilih untuk dibodohi? Terjatuh kerana kita seharusnya percaya, bahawa cinta kadang merasuk semuanya, bahkan logik akal sekalipun!
Jika anda rasakan telah bertemu The One dan terpaksa melepaskannya demi prinsip, nama, etika dan norma atau jika kamu rasakan tidak mampu lagi mencintai orang lain sebagaimana kamu pernah mencintai dia, sebaik, seindah, setinggi apapun kualiti penggantinya itu...Jika sesaat kamu pernah berasa separuh jiwamu hilang ketika dia pergi meninggalkanmu untuk mengejar apa yang menjadi mimpinya, kemudian mendapatkan kamu semula yang masih tetap utuh dan mampu setia kepadanya. Sebenarnya anda sedang merasakan salah satu anugerah terbesar dari Nya...
8 comments:
larut ..
kari,
cair....cair...
Mendalam maksud entri kali ni, syahdu lak baca.
-wss79-
ina,
entri hujung tahun...entry tunggu bonus..klu tak dapat bonus lagi syahdu.... :D
salam deanz,
jatuh kerana cinta ok lg, jgn mati kerana cinta - lainlah klu mati kerana cinta kepada Allah :)
Salam...
tapi ada yg termati kerana cinta, macamana tu?
hi deanz...
kalimah "cinta" paling brharga dan mahal untuk diucapkan...
mati kerna cinta? tidak lagi, tapi "perasaan yg dah mati oleh cinta..."
slmt thn baru deanz, ita akan brcuti lama, insyaallah jumpa next year k...
assalamualaikum wbt...
Ita,
sadis jer bunyi dia...tapi jangan bunuh cinta dalam hati...bahaya tu.
selamat bercuti, selamat hari raya dan selamat tahun baru...
Post a Comment