January 09, 2007

HUJAN ITU INDAH

Mari kita raikan hujan. Butir-butiran segar yang turun menyiram bumi. Setelah sekian lama rerumput kekuning-kuningan, dedaunan luruh. Setelah mendung gelap berlalu...

Semalam hujan luruh mencurah deras sepanjang hari. Membasahi bumi, merayap ke setiap ruang dan celah. Angin menggoyang kencang cabang-cabang pokok, daun-daun, ranting-ranting menari bersama. Mari kita raikan hujan.


Duduklah sebentar di beranda ini bersamaku. Kita menyanyi berdua. Lagu kesukaan kita, yang lama tidak kita dendangkan. Kita bersimpuh di sini. Menghitung kodok-kodok yang melompat dan bernyanyi memanggil hujan. Cukuplah biar mereka sahaja yang bernyanyi, makanya kita tidak perlu melolong memanggil hujan lagi! Cukuplah selatan, timur dan Sabah sahaja yang kelimpahan air...

Marilah kita raikan hujan sambil mendengar bunyi air yang turun dari cucur atap. Membiarkan wajah menyegar disapa angin basah, bersama daun-daun, ranting-ranting, pohon-pohon, rumput-rumput, kodok-kodok, tanah basah, deru angin. Bersama kita meraikan hujan bersama musibah untuk alam penuh kesyukuran...

15 comments:

Anonymous said...

amboiiii... biasanya kan org yg sedang dilamun chenta ni suka sangat ngan hujan, cam pelem hindi...

wei en. deanz ada pape ke??? (angkat2 kening sambil wat muka gusip)...

berapa byk dah bulu mate ko gugur ek? kehkehkeh...

Semut Api said...

Ewahhh!! cik meera oiii...lama tak menjatuhkan diri kat sini... :D

Abis tu, klu johor tu banjir depa dilamun chenta dengan mawi ke dgn diana?

aku rindu kat ko la....txs drop..

Anonymous said...

wei... yg johor tu lain citer... dorang tak mintak pun... dan aku pasti dorang tak sempat nak layan perasaan lah eh...

ko rindu aku, ke rindu dotdotdot? hehehehe

Semut Api said...

meera..
air sg. langat pun klu naik tetiba depa tak mintak tau...be carefull! :D

selain dotdot..aku rindu juga koma(,) seru (!) tanda soal (?)= +&*'; dan lain2...

arianna adrizal said...

hahaha! gelihati baca komen2 di atas.

tp mcm ada kebenarannya jugak.. bermenung di beranda.. dan bernyanyi bersama diwaktu hujan.. mmg sinonim dengan orang yg sedang dilamun cinta! ;D

*teringat lagu 'Hujan' nyanyian Allahyarham Sudirman.

admin said...

hi deanz...
emm... ujan hnya leh "membasuh kotoran di luar" jer deanz tapi tidak di dalam...

sdg brcinta? slmt brcinta..... :-)

Semut Api said...

arianna,
lama x drop ..harap sihat. pada aku hujan tak semestinya relevan dengan cinta tp relevan dengan RM, berapa juta RM kerajaan perlu peruntukkan utk mangsa mangsa banjir baru2 ni?

Ita,
Ya...sedang bercinta dgn hujan.... :D

shafarina said...

aku sedih beb.. ade ke iklan mintak derma kat tv tu tulis..

bencana sebab hujan x berenti

hujan tu kan ke rahmat

bencana sebab manusia.. bukan kejadian tuhan

bengong betui tv tu

Semut Api said...

Wan,
Kita sama2 sensitif rupanya... :D
makanya sebab itu..'Bersama kita meraikan hujan bersama musibah untuk alam penuh kesyukuran...'

apa pun takziah kpd semua mangsa banjir..semoga tabah.

Masy said...

salam deanz,
hujan = sejuk.
layan lap sambil peluk bantal pon best ni huhu

*simpati utk kawan² yg umah keluarga memasing dah tenggelam utk kali kedua kat Johor. pening paler, pampasan rm200 je satu umah huhu

Semut Api said...

masy,
hujan=sejuk =tidurrr... :D

*ada yang komplen Mawi tak datang melawat orang johor yg support dia masa di AF dulu...tup tup hari ni ada dalam paper berita mawi melawat mangsa banjir...baguih la tu..

Anonymous said...

Hujan kini bersama derai air mata...berbaur dan bersatu...apalah hikmahnya?

Salam kenal...

Semut Api said...

Hani,
hujan juga spt air mata sinonim dgn kesedihan...

txs drop..

Admin said...

Hujan itu indah, Hujan itu rahmat, Hujan itu sedekah, Hujan itu petunjuk dari Nya.

Semut Api said...

Gnela,
...petunjuk baik & petunjuk buruk.. txs drop.