Di negara Malaysia tercinta ini kita
masih bebas santai melakukan sebarang aktiviti tanpa rasa cemas dan
takut. Kita masih boleh bangun pagi menghirup udara segar, mandi dan
bersiap ke tempat kerja sebagaimana rutin harian. Bebas mencari rezeki
sepanjang hari.
Waktu petangnya berjalan berlenggang di pasar malam
sambil menjamu mata membeli apa sahaja barang keperluan, bebas makan dan
minum di restoran Mamak 24 jam malah di restoran bertaraf lima bintang
sekalipun tanpa rasa sekelumit cuak pun.
Malah menjelang dinihari ada
antara kita bebas melalak berkaraoke, berjoget berdansa hingga ke pagi
tanpa rasa takut! Tetapi tidak bagi rakyat Palestine di Genting Gaza.
Mereka hidup dalam ketakutan, tidak ada
tanda-tanda Israel akan menghentikan serangan di Genting Gaza, mahupun
mematuhi arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan
gencatan senjata di wilayah Palestin itu. Jika PBB tidak mampu berbuat
apa-apa terhadap Israel, siapakah yang mampu menghentikan keganasan
rejim Zionis Yahudi di Genting Gaza?
AS dilaporkan telah pun menawarkan
kontrak sewa kapal untuk membekalkan 3,000 tan peluru kepada Israel bagi
menyokong kempen ketenteraan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di
Genting Gaza. Jika itu keadaannya, siapakah lagi tempat penduduk
Palestin hendak bergantung? Sekurang-kurangnya berilah peluang kepada
mereka untuk membela dan mempertahankan diri sendiri.
Jika AS boleh membekalkan senjata kepada
Israel…satu bangsa yang sombong dan hina ini untuk melakukan kekejaman
ke atas penduduk Palestin, kenapa tidak negara-negara Islam membekalkan
senjata kepada penduduk Palestin untuk mempertahankan diri mereka
sendiri.
Negara-negara Arab yang berjiran seperti
Mesir, Jordan dan Syria perlu bersedia membuka sempadannya bagi memberi
laluan kemasukan senjata ke wilayah Palestin secara sah, manakala
negara-negara Islam yang kaya seperti Arab Saudi dan Kuwait pula
menyediakan dana bagi membeli senjata-senjata untuk keperluan penduduk
Palestin mempertahankan diri.
Sekiranya, usaha ini juga turut disekat oleh PBB, AS dan sekutu-sekutunya, maka dunia memang bersikap double standard terhadap bangsa Palestin dan mereka sememangnya benar-benar mahu melihat penduduk Palestin hapus daripada muka bumi ini!
.
.
1 comment:
:(
Post a Comment