tarian lucah...(?) |
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan
pembabitan mereka dalam penganjuran tarian lucah pada Majlis Malam Mesra
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD itu di sebuah hotel di sini, Jumaat
lepas.
Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata beliau sendiri
terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu kerana difahamkan
persembahan yang bakal diadakan berbentuk tarian tradisional.
"Majlis itu bertujuan meraikan pegawai dan anggota yang bakal
bersara, tarian yang dipersembahkan untuk majlis itu juga di atas
seliaan pihak hotel dan ia merupakan pakej kepada JSJ kerana telah
menempah dewan dan makanan di situ," katanya kepada pemberita, di sini
hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai gambar yang dimuat naik menerusi
laman sosial ''Facebook'', memaparkan tiga wanita berpakaian menjolok
mata menari di atas pentas pada majlis tersebut yang hanya dihadiri
pegawai dan anggota JSJ IPD itu.
Gambar yang dimuat naik sejak semalam itu turut mendapat maklum balas negatif orang awam.
"Sebagai ketua polis di sini, saya tidak pernah membenarkan
mana-mana pegawai dan anggota saya terbabit dengan hiburan seperti itu,
perkara tersebut ternyata bertentangan dengan agama dan prinsip PDRM
(Polis Diraja Malaysia) sendiri," katanya.
Mengulas lanjut, Zahedi berkata pihaknya telah bersemuka dengan
bahagian pengurusan hotel bagi mengetahui bagaimana perkara itu boleh
berlaku. "Saya akan mengambil tindakan susulan selepas ini, saya cuma
berharap dengan adanya penjelasan ini ia dapat membersihkan imej kami,"
katanya.
3 comments:
sampai hati depa tak jemput kite, padahal opis dgn IPD seblah2 je.. kuikui
next event kot... :)
Thanks great blog post
Post a Comment