February 06, 2013

Datuk Yahya Sulong meninggal dunia...(?)

Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia


Pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 6.45 petang tadi kerana sakit tua.

Allahyarham pernah membintangi filem Semerah Cinta Stilleto, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi.
Yahya turut terkenal dengan watak komedi dalam filem era 1980-an.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam pasukan polis hutan sekitar 1948.

Yahya menamatkan perkhidmatan sebagai anggota polis pada 18 April 1960 di Balai Polis Ipoh dengan pangkat terakhir disandang adalah Sarjan.

Perkhidmatannya sebagai anggota polis mendapat pengiktirafan pelbagai pihak, termasuk Pingat Keberanian Kerajaan British yang disampaikan Putera Phillips selaku wakil peribadi Ratu Elizabeth II di Padang Kelab Ipoh, selain Kerajaan Pulau Pinang menganugerahkannya Pingat Jasa Kebaktian dan Kerajaan Sabah bagi Pingat Bintang Kinabalu.

Beliau kemudian dikurniakan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh kerajaan dan Darjah Keagungan Pahlawan Negara (DKPN) yang membawa gelaran Datuk oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, sebagai mengenang jasanya ketika berkhidmat dalam polis.


berita harian.

.

No comments: