February 25, 2013

Fizz Fairuz, Apa kes...(?)



Fizz Fairuz diberi salinan surat nikah Azlyn di Thailand

Lelaki yang mengakui suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli dengan tegas berkata bahawa mereka sudah berkahwin walaupun dinafikan oleh Azlyn. 
 
"Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia," ujarnya kepada Harian Metro. Ramli yang berusia sekitar 40-an itu memberitahu bahawa dia mempunyai bukti kukuh yang menyatakan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya. 

"Bukti surat nikah di Thailand ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz, jadi tanyalah dia." 

Menurut Ramli, jika mahu mendapatkan kepastian perkahwinan tersebut, dia meminta berjumpa dengan ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar. 

Ramli berkata demikian selepas Azlyn menafikan statusnya sebagai isteri orang dalam laporan Berita Harian semalam. 

Dalam laporan tersebut, Azlyn turut meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan Fizz yang mengeluarkan kenyataan bahawa pertunangan mereka diputuskan hanya selepas seminggu bertunang.

No comments: