August 02, 2013

~ Mohon Maaf Lahir Batin ~

Aidilfitri adalah perayaan paling istimewa di negara ini bahkan di seluruh dunia Islam. Di dunia Islam lainnya Lebaran hanya sekadar habis berpuasa, bencana perang juga melenyapkan kemeriahan mereka menyambut Syawal. Bagi negara kita segala-galanya meriah ;
  • Tradisi pulang kampung untuk berkumpul dengan seluruh keluarga dan bersilaturahmi saling memaafkan kesalahan masing-masing.
  • Sudah menjadi tradisi pula kita saling kunjung mengunjung dengan teman, handai taulan dan juga jiran tetangga.
  • Kita mengenakan pakaian baru untuk menyambut Syawal yang seolah-olah Tahun Baru dengan Resolusi Baru.
  • Kita juga tidak melupakan jasa-jasa nenek-moyang dengan berziarah ke makam-makam orang tua dan membersihkannya sekaligus.
  • Lemang, ketupat rendang, berbagai jenis juadah kueh mueh dihidangkan kepada keluarga dan para tetamu.

Demikianlah sebahagian dari tradisi menyambut Aidilfitri masyarakat Islam di negara kita. Biar bagaimana meriah sekalipun kita perlu mensyukuri keamanan ini. 

Buat akhirnya kepada semua pengunjung blog ini, rakan blogger dan FB baik yang pernah bersua muka mahupun yg belum pernah bersua, berhati-hati ketika memandu ke destinasi masing-masing kerana kepulangan kita untuk di rai bukan untuk ditangisi. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf lahir-batin.


Mohon maaf andai ada yang membekas di hati, petrol pump pandai mintak maaf takkan macam kita-kita ni tak reti nak mintak maaf kan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf lahir-batin.


2 comments:

Masy said...

hahahaha!!

selamat hari raya encik semut api. nak duit raya!

Semut Api said...

masy,
otw....