Kematian Sultan Sulu Jamalul Kiram |
Kematian Sultan Sulu Jamalul Kiram III (gambar) bukan penamat kepada
insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, kerana terdapat tujuh lagi
individu yang mempunyai tujuan seperti Kiram, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid menegaskan, tindakan pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu
pada Februari lalu adalah berkemungkinan disebabkan "tangan ghaib" di
belakang Kiram.
"Kematian Jamalul Kiram bukan sahaja kita tidak boleh anggap
pencerobohan Sulu akan tamat. Ada tujuh pihak rasa mereka nak ambil alih
(Sabah). Dalam perkara ini polis dan tentera akan ambil tindakan,"
katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di Kuala Lumpur hari
ini.
Naib Presiden Umno itu bagaimanapun tidak mendedahkan tujuh individu
yang dimaksudkan beliau, sebaliknya berkata kesemua mereka itu mempunyai
niat serupa seperti Kiram kerana mendakwa mereka adalah pewaris
Kesultanan Sulu.
"Kita jangan rasa terlalu selesa bila Kiram meninggal dunia," katanya.
Jamalul Kiram III, 75, dilaporkan telah meninggal dunia semalam akibat kegagalan fungsi organ.
Pada Februari lalu, pengikut Jamalul Kiram menceroboh perairan Lahad
Datu, di Sabah dan mengakibatkan pertempuran dengan pasukan keselamatan
negara.
“Ayah saya Sultan Jamalul Kiram III telah kembali kepada penciptanya kira-kira jam 4 pagi ini 20 Oktober, 2013," tulis anak perempuannya, Puteri Jaycel Kiram-Hasan melalui laman Facebook miliknya.
“Ayah saya Sultan Jamalul Kiram III telah kembali kepada penciptanya kira-kira jam 4 pagi ini 20 Oktober, 2013," tulis anak perempuannya, Puteri Jaycel Kiram-Hasan melalui laman Facebook miliknya.
Jurucakap Kesultanan Sulu Abraham Idjirani berkata, menjelang
kematiannya, Kiram telah mengarahkan dua adik beradiknya agar bersatu.
Kiram telah bercakap dengan Bantilan Sultan Esmail Kiram dan Raja Mudah Agbimuddin Kiram melalui telefon, kata Idjirani.
“Dia meminta kedua-dua adik beradiknya itu agar berusaha untuk
mengembalikan Sabah kepada orang Filipina," kata Idjirani melalui
telefon, lapor Yahoo News.
Pencerobohan pengganas Sulu itu telah mengakibatkan kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Ketua dan beberapa ahli kumpulan pengganas Sulu itu juga telah didakwa di mahkamah.
Kerajaan Malaysia juga sedang memburu adiknya, Raja Agbimuddin Kiram.
Idjirani juga dilaporkan berkata, pihaknya sedia berunding dengan
kerajaan Malaysia dengan syarat ada penyertaan masyarakat antarabangsa. -
21 Oktober, 2013.
1 comment:
Mantop blogger aku neee, semoga teroos memblogggg...
Post a Comment