Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur
ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang)
pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.
Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.
Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan
spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media,
akan berhati-hati membaca laporan media.
Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, “Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash.”
Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali,
International Business Times menyebut, “We BELIEVE that the name and
passport were used by unidentified person to board the plane,” a
spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.
Sementara itu, Reuters pula melaporkan, “Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID.”
Perkataan “alleged”, “believe”, dan “presumed” yang digunakan dalam
ayat-ayat di atas menunjukkan laporan itu bukanlah sesuatu yang
konklusif.
MH370 masih misteri |
Hanya orang yang buta literasi media akan menganggap laporan itu sebagai sesuatu yang muktamad.
Ada orang tuduh kerajaan sembunyikan fakta bahawa kapalterbang MH370
telah terhempas atau kemalangan. Orang ini sebenarnya hidup di zaman
batu. Dalam zaman yang serba terbuka ini, perkara sedemikian tidak boleh
ditutup dengan mudah. Kejadian ini bukan berlaku di dalam gua!
Sekiranya kerajaan membuat kenyataan MH370 terhempas, persoalan
selanjutnya ialah “Di mana?” dan “Mana bukti MH370 terhempas?” Takkanlah
kerajaan nak jawab “Di Laut China Selatan, dekat Vietnam.” Itu jawapan
kedai kopi!
Tragedi ini sedang diikuti secara dekat oleh industri penerbangan
termasuklah Boeing, agensi keselamatan penerbangan antarabangsa,
kerajaan negara-negara yang rakyatnya terbabit dalam insiden ini, media
antarabangsa, industri insuran dan pelbagai pihak yang berkepentingan
dan mempunyai kaitan.
Kenyataan rasmi kerajaan tidak boleh dibuat seperti kenyataan Pak
Malau di kedai kopi. Selagi kerajaan tidak dapat membuat rumusan yang
konlusif mengenai apa yang berlaku, maka ia tidak akan membuat kenyataan
sedemikian.
Sesetengahnya pula mempersoalkan “masa” yang diambil bagi menentukan
apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya kita rajin mencari maklumat di
internet, kita akan tahu bahawa ini bukanlah satu proses yang mudah. Apabila
Air France 447 jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009, pihak
penyelamat mengambil masa hampir dua tahun untuk menemui majoriti
bangkai kapalterbang dan mayat penumpang di laut dalam.
Arni Marlina, waiting for more news regarding her family member on board of the missing MH 370 plane at Everly Hotel, Putrajaya. Pix by NSTP/ Ahmad Irham Mohd Noor. |
Ambil contoh kapalterbang. Adakah kita akan
menghantar kapalterbang Airbus A380 yang terbaru dan paling canggih ke
medan tempur? Walaupun mahal dan canggih, Airbus A380 bukan dibina untuk
tujuan tersebut!
Inilah jadinya apabila orang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan di
media sosial. Bak kata Albert Einstein: “Perbezaan di antara kecerdikan
dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada
sempadan.”
No comments:
Post a Comment