August 25, 2005

DIRGAHAYU MALAYSIA-48 TAHUN MERDEKA


Sajak ciptaan saudara Ujang ni walau agak sinis tapi sesuai utk semua sebelum menjelang hari Merdeka ini...ayuh kita sama-sama hayati...




Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.
Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin merdeka.
Jika kau ingin merdeka,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.


UJANG
K.Lumpur 92.
(Sajak ini pernah dideklamasikan sempena Malam Merdeka di UPM).

10 comments:

zalisa said...

wow! hebatnya sajak@info ni. terpegun, tertegun, terpanaku dibuatnya.

noorlara said...

Macam resolusi Mesyuarat Agung majlis Tertinggi UUMNO je setiap kali mesyuarat mesti ada mende baru yg hangat diperkata dan konon akan diperjuangkan, alih-alih setiap tahun yg lama lom selesai yg baru mai menambah kekusutan dan kekeliruan, Selagi kita takut untuk mencuba dan tidak bersedia untuk berubah selama itulah kita tetap di takuk lama. Tidak sukar untuk mendapat kemerdekaan tapi alangkah rumitnya dalam mengisi kemerdekaan itu bila saling menuding jari dan pandang rancang tak tahu untuk melaksanakannya

noorlara said...

ralat - UMNO
Pandai rancang

jed1 said...

mari kibarkan bendera...tp tunggu dapat bendera free time isi minyak petronas ke takde la pulak..so tak kibar laa :D

--emmm mentaliti rakyat, nak yg free atau ada reward hadiah baru nak buat mcm kes mykad-baru umum akan ada hadiah berderu org pegi jpn nak tukar ic

Deanz said...

Zalisa,
Baca & hayati...

Noor,
Oramg kita panasnya sekejap jer Noor..

Jed,
ko My kad dah buat ke? Klu dah..bagi ilang buat lagi sekali, mana la tau bole dapat Myvi..

Masy said...

i x ubuh bendera lg kat kete.. :/
well..tak patriotik kah aku klu x ubuh bendera? org yg usung bendera sana sini, betul2 patriotik kah atau sekadar ikut2 saja??
aku patriotik, dan dgn cara aku sndirik..

Deanz said...

Masy
Tak kibar bendera secara fizikal tak pe..tapi kibarlah di dalam hati..

Masy said...

dalam ati, ada bendera besaaaarr jugak ada duduk...itu tiang sama besar dgn itu KLCC la..kibar2 smpi diri sndiri nk terbang da ni..wakakaa..

Anonymous said...

Excellent, love it! »

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. tackle underground-bass fishing Play scrabble for free bass fishing boats Outline on debt forgiveness