August 18, 2005

MERDEKA CARA KITA I

Dalam satu perutusan kemerdekaan Perdana Menteri Malaysia pernah berkata :-

"Malaysia adalah negara kita, hak kita, lambang maruah dan kedaulatan kita. Turun naik, jatuh bangun, maju mundur negara ini, hanya kita yang berhak menentukannya. Kita harus berusaha untuk memastikan bahawa masa depan Malaysia akan hanya dicorak dan diwarnakan oleh setiap warganya dan bukan orang lain."

Saya ingin membawa satu contoh bagaimana sebahagian daripada rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan. Beberapa golongan remaja yang bakal menerajui tampok kepimpinan negara yang mengaku kononnya diri mereka skinhead, punk, nazi dan sebagainya. Pertengkaran dan pergaduhan di kalangan mereka sering berlaku pada malam sambutan Hari Kemerdekaan.

gambar hiasan.

Cuba tanyakan, apakah erti kemerdekaan kepada mereka? Bagaimana cara mereka menonjolkan semangat patriotik? Apakah sekadar dengan mengusung, membungkus badan dengan jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang sambil menjerit..Merdeka! Bagi mereka inilah cara mereka menunjukkan semangat patriotik, kosmetik semata-mata! penghayatan sebenar kurang atau mungkin tidak ada!!

Di manakah silapnya atau apakah puncanya masalah ini melanda? Persoalan ini perlu ditangani sebelum mencapai tahap kritikal dan tidak lagi dapat dibendung.

3 comments:

Masy said...

puncanya??
sbb remaja zaman skrg ni terlalu bebas..x mcm org zaman dedolu,klu anak jiran ada wat salah,kite brani tegur, budak wat perangai, cikgu diberi rotan oleh ibu bapa utk mengajar anak dorang, dan masyarakat ada rasa tanggungjawab terhadap org2 sekitar..
zaman sekarang ni,tegur anak jiran, mak bapak dia melenting, sebat anak murid,cikgu kene saman,silap2 kete kene bakar, org ramai plk lebih suke wat hal sendiri..'kau dgn hal kau, aku dgn hal aku'...jiran tetangga pun jgnkan nk tegur,senyum pun rasa buang masa..
masyarakat kita makin hilang norma2 kemanusiaan akibat terlalu mengejar kebendaan dan terlalu taksub mendokong idea barat...

mayameera said...

sebab terjadinya begini ialah adanya ibu yg berkata "bagi akak benda ni remeh" (contoh sahaja).

noorlara said...

Apa-apapun bermula dari rumah, peribadi dan perwatakan anak-anak terbentuk dari apa yang dilihat dan didengar dari kedua ibubapa atau penjaga sebelum melangkah ke sekolah, walaupun ketika anak-anak telah dewasa dan berjauhan, ibubapa atau penjaga masih boleh memamtau mereka dari jauh kerana jarak semakin didekatkan oleh kemajuan teknologi

noorlara - masih tingat pesan nenek, mende lain boleh lupa tapi sembahyang jgn tinggal