September 29, 2005

TADI



Pagi tadi
ketika telefon itu berdering
ku angkat dari gagangnya
mersik suara mu
aku layu dalam dakapan
kata-katamu

petang tadi
telefon itu berdering lagi
ketika ku angkat dari gagangnya
ada getar di hujung suaramu

malam ini
telefon itu masih disitu
aku tak tahu
entah siapa yang akan memanggilku
kerana baru petang tadi
engkau di panggilNya...

Jumaat Okt 03, 2003 2:46 pm



Tadi
surah ini ku baca
ulang baca
dan baca

semoga sejahtera
yang hidup & yang mati
alfatihah...


Isnin Sept 29, 2003 1:36 pm

September 28, 2005

ALPHABET

Salam Sejahtera,

Ada apa dengan nama? Dipetik dari sumber yang aku sendiri kurang faham tetapi telah aku terjemahkan. Jom kita sama-sama kaunter balik apa ada pada alphabet nama kita?


A : Accept.
Terimalah diri anda seadanya.

B : Believe.
Percayalah terhadap kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan dalam hidup.

C : Care.
Ambil peduli pada kemampuan Anda dalam hidup.

D : Direct.
Fokuskan fikiran pada hal-hal positif yang meningkatkan kepercayaan diri.

E : Earn.
Terimalah penghargaan yang diberi orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.

F : Face.
Hadapi masalah dengan benar dan yakin.

G : Go.
Berusaha memburu kebenaran.

H : Homework.
Membuat persediaan adalah langkah penting untuk pengumpulan informasi.

I : Ignore.
Abaikan celaan orang yang menghalang Anda mencapai tujuan.

J : Jealously.
Rasa iri dapat membuat Anda tidak menghargai kelebihan Anda sendiri.

K : Keep.
Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.

L : Learn.
Belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.

M : Mind.
Perhatikan urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain.

N : Never.
Jangan putus asa.

O : Observe.
Amatilah segala hal di sekeliling Anda. Perhatikan,dengarkan,dan belajar dari orang lain.

P : Patience.
Sabar adalah kekuatan tak ternilai yang membuat Anda terus berusaha.

Q : Question.
Pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu.

R : Respect.
Hargai diri sendiri dan juga orang lain.

S : Self Confidence, Self Esteem, Self Respect.
Percaya diri, harga diri, penghormatan diri & bebaskan diri dari ketegangan.

T : Take.
Bertanggung jawab pada setiap tindakan Anda.

U : Understand.
Fahami bahawa hidup itu ada naik turunnya.

V : Value.
Nilai diri sendiri dan orang lain, berusahalah melakukan yang terbaik.

W : Work.
Bekerja dengan tekun, jangan lupa berdo'a.

X : X'tra.
Usaha lebih keras.

Y : You.
Anda dapat membuat suatu yang berbeza.

Z : Zero.
Usaha tiada membawa hasil kosong juga.

September 26, 2005

VIVA SELANGOR !


Salam Sejahtera,



Syabas dan tahniah kepada pasukan Selangor! Empat gol daripada tiga rangkaian pemain import memastikan Selangor menjuarai saingan Piala FA 2005 apabila membenam cabaran juara bertahan Perak 4-2 di Stadium Shah Alam, malam semalam.

Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang berkualiti dengan penuh semangat kesukanan. Gegak gempita Stadium Shah Alam dengan sorakan Red Giant Fan Club di sambut dengan pekikan penyokong fanatik pasukan Seladang. Bola tetap bulat dan Selangor tetap menang penuh semangat! Fanatik pulak aku ahaksss!!

Aku yakin pada ketika itu ada orang yg agak terkilan dengan kemenagan Red Giant dengan tumpasnya Perak di bumi Selangor. Apa Khabor Anjung Lara? Tak terkejor ke? :D



"Kami menguasai 15 minit pertama tetapi selepas menjaringkan gol, ada perubahan kerana kami leka dan cuai di bahagian pertahanan. Ia menjadi punca Perak mengambil kesempatan."Namun saya berbangga dengan pemain-pemain yang sekalipun agak kelihatan letih di babak akhir namun dengan disiplin tinggi mereka dapat mengekang setiap asakan Perak," ~Dollah Salleh.




"Kedua-dua pasukan sebenarnya sama kuat. Namun pasukan yang membuat kesilapan dalam final selalunya kalah dan malang sekali ia pasukan Perak. "Tapi saya berbangga juga dengan persembahan pemain-pemain saya yang tidak mengenal putus asa dan mempamerkan bola sepak yang berkualiti di depan 80,000 penonton," ~ Toni Netto.



Di sebalik realitinya, aku sedikit terkilan, lima daripada enam jaringan dalam perlawanan tersebut tidak di jaringkan oleh anak jati Malaysia, mahupun pasukan Perak atau Selangor. Rata-ratanya pemain import menguasai jaringan pada malam itu. Elie Aiboy pula telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Pial FA. Hanya sebelum dua minit perlawanan berakhir, Mohd. Nor Ismail berjaya menjadi wakil tunggal penjaring gol.

Aku berharap benar pertemuan akhir Piala Malaysia pada 1 Oktober ini situasinya akan berubah. Apabila Selangor bertemu Singa Utara (Perlis) hanya satu yang aku harap tidak akan berubah, kemenangan mesti di tangan Red Giant!

Pastinya ini satu hadiah paling berharga buat rakyat Selangor seiring dengan kemajuan negerinya....Selangor maju 2005 ~ Viva..!!



September 23, 2005

TAK DE KEJE



...AAAAAAAaaaaa ChhhhhhhoooooOOOO !!!!! Snif...sniffff !!

HaaaHH... Selesema.. kena ujan balik solat tadi....ribut petir lak tu...

itu je tak de citer apa....

September 21, 2005

SIAPALAH AKU


Siapalah aku
pada senja yang merah ini
aku tidak mahu lagi berbicara
tentang sisa kenangan lalu
yang merobek hati luka berdarah

Siapalah aku
pada malam yang dingin ini
merenung ke dalam diri
sedar diriku yang kerdil dan hina
lalu kuhadapkan wajahku kepadaNya
agar aku diampuni

Sesekali pada subuh yang hening ini
kusedari siapalah aku
kalau hanya seorang hamba
hidup mati ditentukan Nya
punya kehidupan tapi hanya sementara.

Sabtu Okt 25, 2003
9:13 am

September 15, 2005

ANGKASAWAN & ROTI CANAI

Salam Sejahtera,

Program Angkasawan Pertama Negara untuk menghantar seorang angkasawan Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2007 bakal menjadi perintis kepada misi angkasawan negara ke bulan. Biarpun ia menelan belanja yang besar kita patut berbangga dengan penglibatan Malaysia dalam program ini. Sekiranya misi pertama itu nanti berjaya, tidak mustahil hasrat untuk melihat rakyat Malaysia menjejak kaki ke bulan akan menjadi realiti.

Peringkat pemilihan calon berkenaan telah dilakukan di Kuantan dengan sebahagian daripada 854 calon yang perlu melalui ujian pertama iaitu Larian Angkasawan dengan menamatkan larian sejauh 3.5 km dalam tempoh 20 minit.


Dalam pada itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, angkasawan tempatan yang pertama kali ke angkasa perlu membawa identiti negara.

Rancangan untuk membekalkan angkasawan negara dengan roti canai ketika berada di angkasa yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, akan diteruskan seperti dicadangkan! Betapa Roti Canai akan di naik taraf statusnya hingga ke angkasa lepas boleh dinikmati ..fuh!! Cayalah...

Persoalannya sekarang, apakah identiti negara kita yang boleh dibawa ke angkasa lepas dan di bawa bersama ke bulan serta boleh dinikmati di sana? Sekiranya identiti ini boleh diwakilkan dalam bentuk makanan selain dari roti canai apakah makanan yang sesuai?

Atau mungkin kita boleh fikirkan sesuatu yang lain dan boleh di jadikan identiti negara kepada angkasawan kita. Mungkin juga kita boleh membawa replika sebilah Keris Semenanjung lalu dipacakkan di bulan dan setiap kali bulan mengambang bayang-bayang Keris Semenanjung akan terpancar ke pelusuk dunia. Macam bayang-bayang kelawar dalan cerita Batman!

Apapun tahniah dan syabas kepada Malaysia...okey Chow dulu...

September 13, 2005

(?)

...Kemandulan idea (?)

Ada ketikanya keadaan ini terjadi. Semua draft yang ditulis menjadi tidak keruan...

Aku merasakan seperti kurang rasa , kurang reti, kurang visi...

Aduh ! Apa-apaan sih...

September 08, 2005

KENTUT

Salam sejahtera,

Kadang-kadang kita jarang memikirkan apa perkara rutin semula jadi yang berlaku kepada diri kita. Sebenarnya kita tidak pernah hirau pun impaknya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

Kentut! biasa kita mendengar, tercium malahan kita sendiri sering melakukan aktiviti ini. Pernahkah kita terfikir bagaimana kentut boleh terjadi. Menurut satu fakta ilmu kedoktoran kentut berasal dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita hirup, gas yang memasuki usus dari darah, gas dari tindakbalas kimia dan gas hasil dari bakteri dalam perut.

Aku teringat kepada seorang brader se ofis aku satu ketika dulu yang tabiatnya memang suka menjaja kentut kehulu kehilir. Strange but true...hahaha...Alkisahnya brader ni jenis orang yang dah biasa terkentut tak kira walau dimana situasai dan tempat sekalipun. Brader ni orang panggil Brader Bond Belon.

Aku tak tau dari mana dia dapat gelaran ni, tapi aku rasa sebab dia minat filem 007 sampaikan atas meja dia penuh dgn pic James Bond. Gelaran Belon tu pulak sebab perut dia boleh di kategorikan sebagai boroi atau mungkin juga tabiat kegemarannya yang suka kentut merata-rata. Ya! Aku pasti, memang tak syak lagi.

Kenapa kentut berbau busuk? Kentut berbau busuk kerana kandungan hidrogen sulfida mengandungi sulfur. Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin busuklah kentut anda.

Apa yang aku pelik brader ni walaupun dah ditegur banyak kali tapi dia still maintain kentut merata-rata atau mungkin juga lubang dubur dia memang dah loose. Jadi apalah daya kami dalam keadaan terpaksa rela menerima tragedi ini sebagai satu gurauan busuk ofis kami.

Kentut menghasilkan bunyi kerana berlakunya vibration pada lubang dubur ketika gas di lepaskan dan kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan gas dilepaskan.

Pada dasarnya kelantangan bunyi kentut brader ni tak lah sehingga mencecah bacaan 9 pada Skala Ritcher dan langsung tidak mampu menggegarkan struktur bangunan ofis tapi ia cukup untuk menggegarkan lubang hidung kami.

Walaupun bau kentutnya juga tidak lah sebusuk bau bangkai anjing yang mati dan berulat dilanggar kereta Kancil lalu terlambung keseberang jalan di hi-way NKVE lalu di langgar pula oleh Gen 2 yang sering problem pada cermin tingkapnya, tapi bayangkanlah kalau dalam sehari purata kita kentut sebanyak 14 kali mau mereng gak kami seofis dibuatnya. :-D



Satu pagi kami pernah bergurau dengan brader ni. 'Apa istimewanya kentut abang sampai abang rasakan aromanya perlu dinikmati oleh semua orang?'

Dengan selambanya dia cakap 'Ko kalau nak tau kentut aku power tak power, pi ambik mancis api letak kat bontot aku pastu aku kentut...dah gerenti mancis ko menyala!'

Pecah perut kami gelak sambil menikmati roti canai di kedai mamak regular port kita orang menjamu selera sampai tersembur roti dari mulut kita orang! Apa pun kami memang suka berborak dgn brader ni. Lagi satu yang paling aku suka dia suka blanjer kita orang...kira sedekah juga la tu. Dengar khabarnya dia ada banyak rumah sewa di KL ni. Murah rezeki dia...

Bilakah saatnya kita biasanya terkentut? Pagi hari ketika baru bangun tidur nak pi mandi dan di kenali juga sebagai "Morning Thunder". Kalau intonasinya bagus, di suatu Subuh yang bening bunyi kentut boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah. tuuuuUUUTTT !! Fear Factor !

Kentut juga baik untuk kesihatan tapi ia juga boleh membatalkan wudhu' anda. Okey, Chow dulu...


September 05, 2005

TEL AVIV SETELAH MEREKA MENYUNDAL II

kawan
suka maupun duka
biar ku papah sendiri

kawan
di sini terlalu panas
kota ini terbakar
maruahnya berserakan
barangkali beruntung orang tuli dan buta
tak mendengar jerit tangis saudara
atau melihat titis darah merah

kawan
dua negera meranapkan cinta kami
bangsat sangatkah kami
benci sangatkah kepada kami...


KETIKA & WAKTU

Tika ini
sakit mengcengkam urat dan daging
sakit merebak ke kata dan mata

tika ini
Segala usaha telah ditelan
segala ikhtiar telah dicuba
segala nasihat sudah dihirup

namun sakit semakin galak
merayap ke hujung hayat
aduh ! demam lagi...




JANGAN ADA BENCI


Siapa pun tak mahu dibenci
Hidup hanya sekali
jangan dibiar menderita
dengan marah dengki, dendam

Binalah hidup yang satu kali ini
dengan bahagia
jangan ada benci
kita senang hati


koleksi Dec, 2004

September 01, 2005

SNN VERSI SELAMBER...


'Alooo kawan, lama tara mari! Ada sihat ka?'

'Sihat la mamak. Ada sikit bizi la...'

'Ini hari mau makan apa, saya bikin special punya, regular customer punya pasal'

'Buatkan saya roti telur kuah banjir sama itu teh tarik tak mau buih punya'

'Hahahaha...wokey siap!'



'Nah En. Dean, sekarang makan, panas2 lagi sedap'

'How's your bisnes mamak?'

'Ada sikit bagus juga la, Syukur Alhamdulillah juga...'

'Ya la mesti maju juga. Dulu u buka ini kedai sama u punya anak itu Rahman, sekarang mana pergi? Sudah buka roti canai corner lain punya tempat ka? Sekarang u ada itu staff baru Minah Indon ada manis juga'

'Hahaha...itu minah Indon sini mari mau kerja saya bagi la... Itu Rahman susah mau cerita la kawan. Saya ada sedih juga.'

'Apa pasal mamak?'

'Itu Rahman sudah jadi Drug addict juga. Saya banyak kali sudah marah sama dia. Sekarang dia langsung tara balik rumah, tak tau mana sudah lari. Lagi satu saya ada dengar itu Government mau kasi free itu drug, kondom lagi free. Ada betul ka itu kawan? Saya punya hati banyak susah juga'

'Saya pun susah mau komen la mamak. Ramai orang tara suka tapi Government mau praktik juga...kita tengok saja la...Sabar la mamak, doa sama Tuhan Allah kasi itu Rahman insaf. U punya wife macam mana?

'Ini lagi satu bikin saya punya kapla pening la kawan. Hari-hari saya gaduh juga. Ini Rahman punya hal. Saya punya wife cakap saya tara pandai jaga itu anak!'

'Mamak...mamak...u tau ka? Itu Ariel Sharon pun sudah tak mau gaduh, itu Gaza punya tempat dia sudah pindah. Tak mau gaduh sama Palestine lagi tau! Tapi u dari dulu sampai sekarang gaduh juga laki bini!'

'Saya pun sudah give up la En. Dean. Rumah saya sudah beli, kereta lagi tapi hari-hari dia bising juga. Nasib baik ada ini Nona Manis indon mari. Hari-hari ada senyum juga...Hahaha ! Saya ingat mau kawin sama dia. Ada ngam ka kawan?'

'Ah! Mamak ni kesitu pulak dia. Tapi kalau ada jodoh jangan lupa kasi tau sama saya...Errrrkk ! Alhamdulillah...'

'Sudah kenyang ka? Mau tambah?'

'Tak pe la mamak. Mau tanya sikit itu bendera Malaysia banyak cantik siapa sponsor? City Hall ka?'

'Aiseyyy kawan...sandiri beli la. Saya warganegara Malaysia mesti mau taroh itu bendera Merdeka Day punya celebrate. Syyyy! kawan itu TV3 punya news ada cakap, ada itu perempuan sudah pakai seksi, kasi tutup dia punya badan dengan bendera macam itu kemban juga. Saya banayak syok tengok..hahaha...! '

'Mamak... itu perempuan miskin punya orang. Lagi baik kalau itu TV3 bikin slot Bersamamu sebab itu perempuan tara baju...entah mana punya bendera dia rembat pastu dia buat kemban. Nasib baik ada bendera tau mamak, kalau tak mesti dia bogel punya!'

'Hahahah...itu mcam ka? Banyak pandai la lu kawan, baca ada tinggi juga'



'Okey la mamak berapa semua ni?'

'RM..... saja'

'Ayooo...sudah naik harga ka? Dulu teh sama roti baru RM....'

'Itu dulu kawan, sekarang semua barang sudah naik. Itu petrol punya hal'

'Hello mamak! Itu petrol naik mana ada sangkut paut dengan lu punya roti canai? Lu bikin ini roti dengan minyak petrol ka?'

'Jangan itu macam kawan...ada sikiiiiiit untung juga'

'Pandai la ko mamak, cakap je la ko nak tambah bajet nak kawin dengan minah Indon tu...tu pasal ko naik harga..Okey la nah ambik duit ni.'

'Tq kawan. Ada senang sini mari lagi kita boleh borak-borak'

'Yer la tu kirim salam sama itu Indon...ada maniiiiiis jugaaa...Hahahaha..!!!


~Di baca dengan slang dialog mamak- baru ada thrill~