Salam Sejahtera,
Merujuk kepada entri saya yang terdahulu bertarikh 5 Jun 2005 di bawah tajuk "JOM MENGONDOM, MENYUNTIK & MENDADAH" , berikut adalah pandangan/komen sdra/i Pensyarah dari sebuah IPTA. Berbanyak terima kasih diucapkan dan saya amat mengalu-alukan pendapat beliau ;
Anonymous said...
Saya pensyarah di sebuah IPTA dan sedang membuat penyelidikan ttg jarum dan kondom percuma diberikan pada penagih dadah. Saya tidak menyalahkan anda tidak bersetuju dengan hal ini. Kurangnya pengetahuan dan pembacaan ttg program ini mungkin menyebabkan anda masih kabur.
Sebenarnya, program ini bukanlah pemberian jarum percuma. Itulah silapnya media kita...apa yang benar ialah pertukaran jarum percuma. Jarum yang telah dipakai oleh penagih dadah akan ditukar dengan jarum yang bersih. Sebenarnya terlalu banyak yang hendak saya tulis dan terangkan, tetapi saya tidak ada masa yang mencukupi utk terangkan pada setiap orang.
Masyarakat perlu membaca, menyelidik seperti mana yang disarankan oleh agama Islam. Jangan bercakap tanpa asas dan menggunakan pandangan sendiri, sebaliknya kaji bagaimana pelaksanaannya di lakukan oleh mereka yang telah mengamalkannya.Iran, negara Islam sendiri bersetuju dan telah mengamalkannya demi menyelamatkan nyawa mangsa HIV/AIDS yang tidak berdosa. Itu lebih penting. Bukan bermakna menggalakkan pengguna dadah, tetapi apabila mereka diberi jarum percuma, maka secara tidak langsung mereka akan tampil ke hadapan ke klinik, dengan itu, kaunseling akan diberi...berbanding dengan mereka duduk di celah bangunan, buat perkara tak senonoh dan menyebarkan virus HIV pada org yang tak berdosa.
Cuba anda teliti betul2, dah berabad lamanya kita tangani dadah, tapi kenapa ia masih berleluasa? Nak tahu..bacalah banyak buku psikologi, apa yang dilakukan oleh kementerian kesihatan itu berlandaskan landasan psikologi utk penagih dadah. Kita tak mahu memaksa mereka berhenti sebab sejarah lalu menunjukkan ramai yang ambil semula dadah selepas dari pusat serenti...jadi, adalah baik jika mereka berhenti dengan kemahuan mereka sendiri..bagaimana caranya??? dengan pemberian jarum dan kondom percuma, banyak kebaikan yang akan mereka perolehi. Maaf, banyak lagi yang ingin di tulis tetapi saya tak banyak masa. semoga kita sama2 membantu mengatasi masalah yang melanda negara akibat najis dadah..
18 November, 2005 00:40

MawiWorld...'Belia benci dadah'
Saya mengakui apa yg saya tulis pada ketika itu sememangnya dari pandangan saya sendiri apabila timbul pelbagai persoalan mengenai isu itu dengan sedikit emosi. Khabarnya sosek-sosek di Lobby Parlimen juga byk pro dan kontranya. Jutaan rakyat Malaysia juga pada ketika itu terkejut dan tertanya-tanya. Apa ke jadahnya ini? Secara jelasnya ramai yg masih kabur.
Benar seperti yang sdra/i Pensyarah katakan kita perlu banyak menyelidik. Jangan tembak sembrono bila orang lain mengutarakan cadangan kalau tak tahu hujung pangkal. Bagi saya adalah lebih baik bersuara daripada duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan blog ini adalah platform terbaik bagi saya.
Saya juga menyokong penuh usaha sdra/i Pensyarah utk membuat penyelidikan tentang isu ini. Isu untuk menangani Aids di kalangan penagih dadah dengan pemberian bantuan jarum dan kondom percuma memang sewajarnya dibaca dan diteliti, baik dan buruknya. Telitilah secara menyeluruh pro dan kontranya dari awal cadangan sehingga ke penangguhan perlaksanaan yang sepatutnya bermula Oktober 2005 lepas.
Sewajarnya seluruh rakyat Malaysia perlu di beri penerangan sejelasnya mengenai isu ini kerana apa yg kita takuti pihak tertentu akan menangguk di air keruh sbg modal politik dan akan mencacatkan konsep islam hadhari kerana ianya sangat berkait rapat dgn isu ini. Merujuk kepada isu kontroversi ini, kita berharap kepada Kementerian Kesihatan supaya memberikan serba lengkap penjelasan mengenai isu pemberian jarum, kondom dan dadah (metadon) secara percuma, agar rakyat lebih memahami situasi sebenar. Dengan itu, mereka akan dapat bertindak lebih rasional sama ada mengambil sikap menyokong, membantah atau mengambil sikap tunggu dan lihat.
Terus terang saya katakan, saya cukup kabur dengan apa yg sdra/i Pensyarah katakan "bukanlah pemberian jarum percuma" "apa yang benar ialah pertukaran jarum percuma". Apa bezanya? Menukar jarum lama kepada jarum baru yg dibekalkan oleh kerajaan, habis stock...tukar lagi. Di mana bezanya?
Terlalu banyak persoalan yg perlu di rungkaikan dan diperjelaskan bermula dari kaedah, perlaksanaan, kesan kepada sosio budaya, ekonomi dan banyak lagi perlu diterangkan sptmana yang sdra/i Pensyarah sendiri akui. Kita amat khuatir sekali apabila ada tanggapan kpd kerajaan kita yang terlalu pemurah dan penyayang.
Kenapa perlu diberikan kondom dan jarum percuma yang jauh lebih murah harganya kalau penagih sendiri mampu membeli dadah yang mahal, takkan tak mampu beli jarum dan kondom yang murah? Pada saya, kenapa rakyat yang bekerja keras perlu bayar cukai langsung dan tak langsung untuk dinikmati oleh penagih dadah yang rata-rata tak bekerja (dan tak bayar cukai)? Maka berdondang sayanglah para penagih, bakal penagih termasuklah pembekal jarum suntikan dan kondom yang bakal 'cerah masa depan'.
Kesimpulan dari apa yang tersurat di atas: Kaedah paling asas yang digunapakai oleh pihak berkuasa dan pengamal perubatan ialah pencegahan lebih baik daripada mengubatinya. Dan pemberian jarum suntikan percuma bukanlah salah satu antara banyak cara paling efektif untuk mengubati penyalahgunaan dadah. Tetapi kebarangkaliannya tetap ada...
Sekadar memberi pendapat, sekian. Wassalam.
10 comments:
apa2 kaedah pun kaedah islam jugak yang berkesan. kenapa iran berjaya? di iran tiada tempat maksiat yg terlalu berleluasa macam kat malaysia ni. jarum diberi dalam masa yang sama usaha pencegahan diperketatkan. ini maklumat yang saya dapat dari org2 yang pernah ke sana.
sayang, apa sahaja yang dilakukan org semua kita nak buat. tepat atau tidak seperti kehandak Tuhan tak peduli.
Zal,
Pro atau kontra?
abg deanz..noush rasa still prevention is better than cure!!!Tapi suggestion tu mmg bole dieleboratekan lagi..take the positive side of it....
hmm... nampaknya blog awak ni dah diminati ramai ek deanz.. :)
bg kwan, kalaulah konfirm jarum free (pada penagih) dan (tak free pasal kjaan beli dari supplier) akan menyebabkan berjuta² penagih akan berhenti mendadah, dan secara tak langsung berhenti menyebarkan HIV/AIDS, MAKA LANGKAH ini mesti diteruskan.
but i strongly do not think so..
*geleng pale..
x setuju..dgn isu ni..watpe wat camtu?w/mcmana alasannya,ttp jugak mcm mnggalakkan penagih & pengusaha AIDS berleluasa..seolah2 berkata "bole menagih & bzina asalkan amek jarum n kondom dr kitorg"
~x nmpk mana positifnye..butakah daku?? :/
Noush,
Yes, take the +ve. Pendapat saya adalah hanya satu check list yg mungkin boleh di jadikan panduan.
kwan,
wahhh...optimis sekali sihh...
Masy,
kontra.. Klu kita fikir selapis mmg nampaknya akan menjurus kearah itu...
aku suka bab-bab research ni esp drp pensyarah2 kita. Deanz mintak ler pensyarah tu hantar paperwork dia pasal tajuk kondom/dadah tuh utk publish kat blog ni...dia patutnya dah tulis jurnal/prosiding dan lagi best kalau dah present kat mana2 seminar..baru boleh kita baca, tgk reference dia camana
Jed,
Aku tak pasti research tu hanya untuk personal or dia nak publish kat mana2. Harap2 kita dapat tumpang baca hasilnya nanti.
...dan kita amat menghargai & menyokong penuh usaha beliau.
salammm..
enDeanz,free world kan so pro's n kontra's of our opinion doesnt cause any wrongduin..
personally..saya pun tak brapa stuju dgn 'subsidi' yg grvmnt cuba
nak beri pada certain drugaddicts tu..takder maknernyerr!!
anyway i just wish 'em (gvrmnt)selamat mencuba laa..kata ekperiment kan..just wait n see
~lookin' fwrd..
Lady,
Eksperiment yg impaknya kepada rakyat...
*cakap bunyik slang Ausie lagi la*
Post a Comment