December 27, 2005

TAHUN BARU, AZAM BARU (?)

Salam sejahtera,

Apabila menjelangnya penghujung tahun kita merasakan bahawa masa ini berlalu begitu pantas sehingga kita tidak terasa bahawa hari sudah berganti minggu, minggu menjadi bulan dan bulan menjadi tahun. Tanpa kita sedari kita kini sudah di ambang penghujung tahun 2005 dan tidak beberapa hari lagi akan menjelang tahun baru 2006.

Biasanya setiap kali menyebut tahun baru ia sering dikaitkan dengan azam seseorang untuk meningkatkan usaha dan mencapai kejayaan yang lebih baik. Perkara-perkara positif sering di jadikan azam sebagai pelengkap soalan klise 'Apa azam baru tahun ni?' atau sememangnya menjadi tekad seseorang.

Ciri-ciri azam dan tekad sempena tahun baru termasuklah azam yang bermanfaat, memotivasikan diri sendiri dan bersifat sebagai matlamat jangka panjang. Azam baru ini mampu menaikkan tahap kehidupan seseorang individu, agar berusaha untuk mencapai lebih kemajuan dan meningkatkan akhlak, moral dan kualiti kehidupan.



Soalan yang sama juga sering di tanyakan kepada aku yang kadang-kadang aku rasa soalan tak perlu itu tak perlu dijawab dan tak perlu ditanya. Maaflah aku sememangnya tidak berazam di awal tahun seperti yang lazimya di lakukan oleh ramai orang. Cukuplah sekadar ucapan selamat Tahun Baru...

Aku lebih selesa memulakan tekad sebagai azam setiap kali menjelangnya tarikh kelahiran kerana aku rasakan detik kelahiran adalah tarikh permulaan kehidupan di alam nyata dan pada ketika itulah secara simboliknya survive kita bermula. Diantara kehidupan dan kematian adalah satu perjalanan yang perlu kita corakkan sebaik mungkin sebagai pengisian cemerlang kita sepanjang hayat.

Menjelangnya penghujung tahun ahli perniagaan sibuk menghitung semula keuntungan yang terkumpul sepanjang tahun, para pekerja sibuk menilai semula prestasi kerja untuk kenaikan gaji dan pangkat pada tahun hadapan dan tidak kurang juga ada yang mula berkira-kira port yang sesuai untuk celebrate countdown 2006.

Kita kadang-kadang lupa untuk menghitung sebanyak mana catatan positif di'sana' sepanjang 365 hari yang kita tinggalkan. Sebenarnya setiap drpd kita hanya pengumpul suka dan duka sepanjang hidup untuk dijadikan panduan masa depan. Selamat tinggal 2005, Selamat datang 2006 dan Selamat Tahun Baru kepada semua.

December 19, 2005

TEN PERCENT

TNB mahu naikkan tarif elektrik 10% tahun depan
Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 15 Dis.
- Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini membayangkan telah memohon kepada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 10 peratus mulai tahun depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohd. Noh yang enggan mengesahkan cadangan kadar kenaikan itu walaupun disoal bertalu-talu, menyatakan: ``Purata kepenggunaan elektrik bagi pengguna berpendapatan rendah di negara ini adalah sekitar RM15 sebulan manakala golongan berpendapatan sederhana pula kira-kira RM70 sebulan.

``Sekiranya, kita andaikan, berlaku perubahan pada tarif elektrik sebanyak 10 peratus, ia hanya menyebabkan pertambahan antara RM2 hingga RM7 sahaja.

``Kadar ini masih jauh lebih murah berbanding tarif elektrik di rantau ini.''

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan TNB di ibu pejabatnya di sini hari ini.

~Utusan Malaysia.

Kita sebagai pengguna, apakah langkah-langkah yang perlu di ambil sebagai strategi penjimatan untuk hari ini dan akan datang... (?)
  1. Gunakan tenaga elektrik seminimal mungkin, tanpa kipas angin, tanpa aircond, tanpa water heater, tanpa iron dan banyak lagi tanpa terutamanya aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan hanya menggunakan tenaga dalaman ataupun apa-apa keperluan yg kita rasakan boleh diabaikan tanpa penggunaan tenaga elektrik.
  2. Gunakan tenaga elektrik semaksima yang boleh. Pasangkan lampu setiap ceruk rumah selama 22 jam termasuk lampu sport light sekeliling rumah dan rehatkan 2 jam daripada 24 jam tenaga letrik Tenana Nasional untuk memastikan sebarang kecelakaan dapat dihindarkan. Tv anda juga boleh di onkan sepanjang masa walaupun tanpa penonton kerana kita sudah ada siaran 24 jam sama ada melalui stesyen tv berbayar atau percuma.

Saya berpendapat strategi ke-2 paling praktikal kerana ia akan menjamin pulangan RM yang diharapkan dan pastinya dapat menampung kos penyelenggaraan TNB yang tinggi. Kaedah ini sesuai untuk memastikan TNB tidak akan menaikkan tarif elektrik pada masa akan datang kerana kenaikan kali ini dan kutipan bil daripada pengguna dapat menampung kos penyelenggraan akan datang.

Bekalan petroleum bukan selama-lamanya boleh diperoleh dalam negara dan jika tidak dijimatkan Malaysia mungkin terpaksa mengimport petroleum pada 2009 untuk membekalkan tenaga elektrik.


Menurut Keng Yaik, sebanyak 65 peratus janakuasa elektrik di negara ini menggunakan gas yang dibeli untuk menghasilkan bekalan elektrik bagi memenuhi keperluan negara. Malaysia katanya, mendapatkan bekalan gas daripada Petronas dengan harga subsidi sebanyak RM6 bilion, jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

~utusan Malaysia.

Sekadar memberi beberapa contoh dan sekian sahaja. Anda ada cadangan lain?

December 15, 2005

...(?)


"Hoi Baghdad! lama nguyup mana pi? Aku ingat dah padam"


"Banyak la ko punya padam. Yang ko tu baru hari ni nampak ekor nak havoc line orang pulak!"

"Aku banyak hal kat luar la...tu pasal aku jarang melantit dengan korang. Paham tak sontoool!"

"Macam-macam hal la ko ni. Macam la satu dunia ni ko sorang jer kerja. Orang lain tak kerja? dok merebeeeh jer..."

"Tau tak pe, Tak tau bahaya"

The A team.

"Yang ko sesat sini pagi-pagi ni apa kes?"

"Aku biasak la...mentedarah tempat lain, buang tempat ko"

"Memang standard ko...dulu, kini dan selamanya..."

"Kah! kah! Kah! .....Tengahari ni free tak?"

"Ada port baru ke? Bole jugak aku letih semalam balik kampung"

"Apa channel la ko ni...Aku citer lain ko paham lain"

"Speak very clear la...Tengahari ni ko blanje aku ...ok?"

"Apa lobang? Asal jumpa ko je aku blanje. Bapak ayam pun jual bulu tau!"

"Wooii ! Bonus bukan abis makan, sedekah la sikit kat aku buat amal lepas-lepas raya ni"

"Taun depan la tunggu bulan posa nanti aku blanje ok? Banyak sikit pahala aku"

"Ha'ah! Yo la tu! Tau-tau petang ni ko padam...Aku kencing batu nesan ko"

"Berani?! Kalau ko tahan daulat aku buat la. Silap-silap bole buasir tau.."

"Kah Kah Kah...Kah...! ! "



* Hanya untuk bacaan tanpa sebarang prajudis, bukan untuk ikutan. Sekian... ;D

December 07, 2005

BERSAMAMU

Salam Sejahtera,

Kemiskinan merupakan masalah utama pembangunan yang sifatnya kompleks. Persoalan kemiskinan bukan hanya berdimensi ekonomi tetapi juga sosial, budaya, politik bahkan juga ideologi. Program tv Bersamamu yang boleh dianggap satu program sosial yang berjaya. Hulurkan tangan, ringankan beban menjadi tagline kepada program yang menyentuh hati ini.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan menyiarkan melalui kolumnya 'Cubit Manja Bersama Siti Jarum' berpendapat program ini tidak fokus untuk membetulkan sistem dalam masyarakat supaya semua rakyat menikmati hasil kemakmuran negara ini. Program ini begitu melodrama hingga saban minggu bertempayan air mata tumpah kerananya. Beliau juga turut menambah, Bersamamu bukan program untuk meraih simpati. Biarpun dipaparkan sengsara orang miskin, meraih simpati tidak harus dijadikan motif program ini. Itu pendapat beliau.

Di persidangan parlimen program ini pernah di sentuh oleh beberapa orang ahli kabinet dan ada yang melatah seolah-olah ada yang tidak kena dalam sistem masyarakat dan dasar kerajaan dalam isu yang dipaparkan dalam program Bersamamu.


Tidak keterlaluan kalau di katakan sememangnya Bersamamu boleh mengundang rasa sedih dan suasana ini telah berjaya meraih simpati penonton. Sememangnya program ini bukan program hiburan yang boleh mengundang hilai tawa penonton. Gegak gempita seisi rumah seolah-olah hidup hanya untuk ketawa ria sepanjang masa! Tetapi sejak akhir-akhir ini juga program hiburan juga sudah melodrama dan mampu megundang bertempayan air mata (meminjam kata-kata Siti Jarum). Lihat saja program realiti AF yang cukup tersohor di hati peminatnya, yang tua, muda, remaja, rockers...yang cantik yang cun secara tiba-tiba sebak bila peserta kesayangan mereka terundi keluar!

Apa masalahnya jika Bersamamu ada yang menganggap program sayu pilu yang menyebakkan apabila melihat realiti segelintir masyarakat kita masih ada yang kurang bernasib baik. Kais pagi, makan pagi..... Berapa banyak program hiburan yang telah sedia ada dan Bersamamu adalah alternatif lain yang perlu mengimbanginya.


Penyelongkaran Bersamamu berjaya menjadi pemangkin kepada agensi-agensi kerajaan untuk menilai semula dasar kerajaan yang sedia ada sekiranya masih terdapat kelemahan langkah menambah baik perlu dilaksanakan dengan tujuan untuk membetulkan sistem dalam masyarakat kerana seharusnya kita sedar takdir bukan satu hukuman dan program ini adalah titik permulaannnya.

Capai handset anda, taip :
  • Tabung2
  • Tabung5
  • Tabung10

kemudian send ke 33533

Sekian.

December 05, 2005

MARI BERPANTUN

Salam Sejahtera,


txs alot from far far away. "Mission dah complete" dia kata .Jenuh nak bagi makan makhluk ni... :D

Dari hulu ke Gunung Daik
Berhenti sekejap ke Pulau Pisang
Budi Baik di balas baik
Dalam hati di kenang orang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kampung Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung dadah
Negara yang baik bersepai juga...


Jed, aku tak pandai berpantun la..o.k tak?