March 30, 2006

60 TAHUN RTM

Salam Sejahtera,

Pada 1 April ini RTM menyambut ulang tahun ke-60. Enam dekad berlalu RTM menjadi stesyen penyiaran pertama dan terulung di negara ini. Syabas dan tahniah!

Tidak dinafikan RTM sememangnya memikul satu tanggungjawab sosial yg cukup besar kpd rakyat sebagai stesyen tv kerajaan. RTM sebenarnya terus berpengaruh sekalipun sistem rating mengatakan RTM berada di tangga bawah sekali. Usia 60 tahun bukan satu usia remaja jika dimanusiakan. Ia satu usia yg cukup matang dan berpengalaman. Satu usia warga emas yg sentimental dan sensitif. Satu usia di mana tahap monopause atau mungkin nyanyuk. Dalam kenyataan RTM baru-baru ini, RTM berazam dan bertekad mahu kelihatan muda walau telah mencecah usia emas adalah amat membanggakan.
Dalam memenangi persaingan, RTM kadang-kadang kelihatan tenat. Sebagai badan penyiaran terulung kerajaan bukan populariti yg di cari tapi pengisian maklumat untuk rakyat itu yg paling utama dan menjadi tanggungjawab penting RTM.

Menyentuh tentang tanggungjawab, Sikap bias boleh menghakis profesionalisme etika profession kewartawanan. Sikap bias melulu para petugas media massa memutarbalikkan fakta sehingga tampak bagai benar dan sebaliknya amat memualkan.

Sebuah stesyen tv swasta yang begitu popular pada 12 Mac lalu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah menjadi perintis mengubah penggunaan Karnival Sure Heboh kepada Karnival Jom Heboh. Keputusan itu adalah sejajar dengan usaha memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu selaras dengan saranan kerajaan. TV3 juga dengan rela hati dan tulus ikhlas memohon maaf secara terbuka kerana dengan tidak sengaja menyiarkan semula imej karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam segmen berita masing-masing. Permohonan maaf TV3 itu dibuat menerusi segmen Buletin Utama.


Pada 22 Mac lepas (walau agak terlambat dan tak sepatutnya terlambat) Kementerian Penerangan membuat keputusan mengubah slogan TV1 daripada `Saluran Infotainmen Anda' kepada Inforia mulai 1 April ini bersempena ulang tahun ke-60 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Menterinya, Datuk Zainuddin Maidin berkata, "RTM wajar untuk memulakan langkah menggunakan bahasa Melayu yang betul melalui siaran-siarannya. Kalau kita sendiri tidak mampu menggunakan bahasa yang betul bagaimana mahu mengajak rakyat untuk melakukannya,'' kata beliau.

Dan sekali lagi kita ternanti-nanti kenyataan maaf daripada RTM mengenai penyiaran karikatur Nabi Muhammad yang telah tersiar dalam slot berita TV2 masih tidak terlafaz atau mungkin telah terlepas pandang, terlepas dengar atau dah tak panas lagi...tewas dek kepanasan Hot fm barangkali... :D

Tetapi kita yakin masih ramai lagi rakyat negara ini yang masih ternanti-nanti hasil soal siasat kerajaan terhadap kerajaan mengenai isu bagaimana RTM sendiri tersiar karikatur Nabi Muhammad. Orang kedua negara juga berjanji akan menyiasat perkara tersebut ketika isu itu hangat diperkatakan dan dipertikaikan seluruh dunia. Setakat entri ini ditulis belum ada info yg saya terima mengenai kenyataan maaf RTM, sekiranya saya terlepas info tolong beritahu.

60 tahun RTM, aku masih keliru...



*Blog ini tidak bertuan untuk tempoh beberapa waktu, selamat membaca kepada semua pengunjung.

19 comments:

Masy said...

Salam,
Senioriti tak menjamin kualiti..
inilah buktinya :)

Semut Api said...

Masy,
Kualiti juga tidak terjamin..kalu terlalu byk kekangan...

shafarina said...

Untuk buat decision, tunggu meeting.
Feedback orang ramai, kena masuk meeting.
Cadang perubahan, masuk meeting.

::apsal blog takde tuan?

Masy said...

tuan kuar..jumaat br masuk.
eh, sape tuan ni?hohoho

Semut Api said...

Wan,
semua resolution mesti disertai dgn paper berkajang-kajang. 7 kali reject baru clear & hanya kasta tertinggi berhak buat keputusan.

*wahhh..hensemnya Stitch ko. Next week di luar kawasan.. :D

Masy,
Txs puan secretary... :D

Anonymous said...

deanz..
layan hot.fm ek hohohoh

Semut Api said...

kari,
brape channel dia aa? sori aaa..aku bukan prejudis, tapi era & hotfm i tak set pun channel tu..cuma aku tau dia beroperasi di tv3 di bawah media prima...

*ada ka dulu dia ckp sultan aku dah mangkat...mau tak hanginnya aku..kemaruk publisiti apa ka?

Anonymous said...

97.6 lor.. aik.. era under astro kan..

Semut Api said...

txs aaa..panas sgt ke? era yup astro... hot fm ..media ..rite?

Masy said...

sume da masuk media prima..
hot fm,
ntv7,
8tv..

ermmm..best sgt kah?

Anonymous said...

salammm...
senornyer yg dikatakan "kerajaan punya" ni terlalu banyak 'birokrasi'..kadang2 tu teramatttlahh boringnyerrr...
Kita geng deanz..saya juga tak
mendengar era atau hot fm(maafkan kiter kak datin lalingss)
saya lebih suker dgr klfm(no personel reason)sejak lamaaa dulu..

lady<<-- suka yg lama wlaupun masih baru..ehehh..

shafarina said...

masy - masuk lagi satu channel 9
:)

tapi.. astro takde lagi channel 9, tokleh tengok

p/s: deanz takde, sect ade. OK le tuh

Meera Melati said...

walaupun macam2 yg didengar tentang RTM... tapi RTM tetap unggul... kerana RTM byk melahirkan bakat2 yg betul2 berbakat... bukan setakat dibuat-buat...

tak dinafikan kalo dah nama kerajaan tu pasti panjang sgt perjalannya nak sampai kepada keputusannya.... tetapi RTM tak pernah lupa akan tanggungjawab sosialnya...

Semut Api said...

Lady,
Birokrasi, ego, banyak kerenah,...apa lagi ek?

Klfm satu-satunya stesyen radio kerajaan yg nampak menonjol dan agak fleksi.

Wan,
tv9 tgh test channel sebelum pelancaran 24 april ni...sekian.

Meera,
Saya mengakui keungulan rtm sbg stesyen penyiaran perintis tetapi kredibiliti juga perlu unggul agar tidak ada double standard...

Anonymous said...

rtm unggul? ceh... dulu mungkin.. tapi tidak sekarang...

tanggungjawab sosial or so sial?

Semut Api said...

Har,
rtm perlu lebih fleksible...

so sial (?)

Anonymous said...

This site is one of the best I have ever seen, wish I had one like this.
»

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read order tadalafil medication Information on acne vulgaris Stock+mutual+funds wedding invitations make your own stamp http://www.didrex-online.info/Orlistat-xenical-pharmacy.html

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it » » »