KANGAR 13 Mac
Seorang pelajar perempuan yang dipercayai kecewa dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya hari ini, terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di sekolahnya. Pelajar terbabit, anak bongsu daripada tiga beradik, bertindak demikian sebaik sahaja mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis, dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi.
Dia mengalami cedera parah di bahagian dalaman badan selain patah tulang pinggang, kedua-dua tangan dan kaki serta cedera di mulut akibat tindakannya itu.
"Saya selalu menasihatkan dia supaya terima saja sebarang keputusan dan jangan terlalu memikirkannya. Saya tidak sangka dia akan bertindak sedemikian,'' kata bapanya ketika ditemui di wad kecemasan HTF di sini.
~Utusan Malaysia.
Kemenangan bukanlah hanya ketika kita berjaya mengalahkan lawan di suatu pertandingan. Dan bukan hanya ketika kita berhasil mencapai prestasi terbaik. Bahkan, bukan hanya ketika kita berhasil mendapatkan semua yang kita inginkan dalam hidup ini.
Tapi, kemenangan adalah saat di mana kita dapat melawan suatu kegagalan. Saat di mana kita dapat mengatasi musibah. Saat di mana kita dapat bangkit dari suatu keadaan yang menyedihkan. Dan saat di mana kita merasa sangat tewas namun kita mampu berjuang menghancurkan semua cabaran.
Kemenangan adalah saat di mana kita dapat menjadikan kegagalan sebagai pertanda betapa sayangnya Maha Pencipta kepada kita. Saat dimana kita menyedari betapa kita dapat belajar banyak dari semua kegagalan yang kita alami.
Kemenangan adalah saat di mana kita melangkah begitu mantap dan yakin bahawa kita begitu hebat untuk melawan suatu kegagalan. Saat dimana kita dapat mengalahkan diri kita sendiri, sehingga kadang-kadang kita merindukan sebuah kegagalan. Kerana kegagalanlah yang membuat kita sedar di mana kita berada.
Tahniah kepada yang gagal dan berjaya dan selamat menjadi dewasa...
9 comments:
saya amat setuju dgn tulisanmu ini. syabas!!! kegagalan bukanlah penamat di hujung jalan.
Anon & Masy,
Txs..setuju dgn pendapat anda. saya hanya menyampaikan sbg renungan..
hmm..kalau di sekolah, meen selalu cakap kat budak2 supaya jgn takut untuk gagal, yang penting perlu berani untuk bangkit semula. Kejayaan selepas kegagalan lebih membawa makna, lebih memberi kepuasan, kerana kalau kita selalu berjaya, kita takkan tahu di mana kekurangan dan kesilapan kita. Bukan dalam peperiksaan saja tapi dalam seluruh aspek kehidupan.
Tapi of course la, kalau kita tergolong dalam kumpulan yang selalu berjaya, itu satu anugerah dan bonus, betul tak en.deanz?
"gagal"-sume org tanak gagal kan? hati perlu kuat. iman mesti ada..jadikan gagal itu motivasi tul tak brader? hehehehe:P
'Kawan' aku Gred 2 (sebearnya dekat 3!) SPM tapi dah nak kawin dgn Datuk K.
Haha
Sukses itu subjektif. Ultimate goal di Padang Masyar nanti.
Meen,
Txs cikgu, macam nasihat anak murid pulak...Apapapun tak semua orang mendapat anugerah dan bonus yang baik.
Rockerz,
txs...rock steadyyyyy!!! :D
Nur,
kalaulah ada sijil kegagalan agak2nya siapa yg nak terima ek? Kegagalan juga satu anugerah...
Wan,
Aku suka suara 'kawan' hang tu. Bertuahnya dia dapat Datuk K. Nasib baik tak dapat K.
hahahaha...
salam..,
kemenangan akan lebih bermakna selepas kita rasai kegagalan..once at least..
menang tanpa gagal..kita akan jadi manusia tanpa rasa..
gagal dan terus gagal..adalah petanda anda kurang yakin pada keupayaan diri..
menang selepas gagal..there's d colours of life..
Bertawakkal lah selepas berusaha sedaya upaya..bukan tawakkal tanpa usaha..
**SPM dapat baper mr deanz..ada brani jawab?heh heh heee
lady <<--syukurrr..
Lady,
Sekali gagal satu pengalaman. kali kedua satu pengajaran. kali ketiga satu kelemahan..
*Saya tak ambik SPM tapi terus exam STPM..bole gitu?
Cool blog, interesting information... Keep it UP Popup roof racks G.e dvr security systems Cartridges com discount ink inkjet printer Laser tattoo removal drums how to fill ink cartridges cartridge ink jet refill xerox Best value cpu Ford tail light Los cabos cartridges Cartridge pool filters
Post a Comment