May 31, 2006

31 Mei- TANPA ASAP

Salam sejahtera,

Hari Tanpa Tembakau Sedunia (World No Tobacco Day) yang diperingati setiap menjelangnya 31 Mei mungkin ramai yang menyedari atau pun ramai yg tak menyedari. Kempen kesihatan ini disambut baik di seluruh dunia baik oleh perokok mahupun bukan perokok. Bermula 1 Jun ini kerajaan Malaysia mengarahkan pengedar rokok hanya membekalkan rokok kotak besar sahaja sbg langkah pengawalan penjualan dan pastinya menjurus kpd kempen kesihatan, tanpa rokok!

Memang terbukti bahawa merokok boleh mengakibatkan pelbagai penyakit terutama sekali batuk kering dan barah paru-paru. Memang terbukti juga laporan perubatan tentang bahayanya rokok terhadap kesihatan tidak dapat menghalang begitu ramai orang daripada terus merokok.


Hakikatnya, setelah sekian banyak amaran, peringatan, nasihat, kempen dan bermacam-macam aktiviti anti merokok, hasilnya tidaklah membanggakan. Di ofis-ofis besar biasanya tertera larangan merokok di merata tempat, apatah lagi di tempat-tempat awam yg telah diwartakan sbg zon larangan merokok. Perokoknya hanya selayaknya 'berasap' di jamban! Hina sangatkah perokok?

Kempen anti merokok dengan “Tak Nak” yang menelan belanja beratus juta Ringgit belum juga menampakkan sebarang perubahan yang nyata di kalangan perokok. Yang nyata mereka yang terlibat dalam pembikinan iklan telah mendapat keuntungan yang besar...(?)

Justeru itu, kadang aku terfikir juga di samping keburukan ada juga kebaikan ;

  1. Bukan perokok lebih berisiko untuk dihinggapi barah daripada perokok , maka untuk mengurangi risiko tersebut aktiflah merokok. Faktanya...sekitar 30% orang meninggal didunia adalah perokok.70%-nya bukan perokok.
  2. Berbuat amal kebaikan. Kemungkinan kita boleh meminjamkan lighter @ mancis api kpd perokok lain atau mungkin juga untuk kegunaan lain.
  3. Meramaikan lagi sahabat. Secara tak langsung kerana sebatang rokok kita boleh menambah koleksi sahabat yang mungkin boleh membawa kpd keuntungan besar dalam bidang perniagaan atau mungkin boleh saling membantu dalam hal-hal lain.

  4. Keakraban; Kita juga boleh bertukar-tukar rokok dari jenama & produk rokok dr negara lain barangkali sambil berborak mesra. Takkan la tiap kali jumpa member nak hulur duit? Boleh rabak poket tuh...
  5. Memberikan kerja bagi pekerja kilang tembakau, pembekal, penjual, kilang pencetak, doktor, perusahaan ubat batuk dan banyak lagi yang berkaitan dengannya.
  6. Menghilangkan bau wangi-wangian atau bau busuk yang kurang di senangi. Contohnya seperti di dalam toilet yang tak pernah bercuci !
  7. Anti Theft! Waktu perokok terbatuk di malam hari dgn sangkaan tuan rumah belum tido.
  8. Awet muda karena kununnya orang yang merokok belum sampai tua telah mati awal kerana kanser paru-paru.

dan lain-lain lagi.... (?)

Akhir kata, aku mohon yang amat sangat apa yang aku tulis di atas hanyalah dari pengalaman & refleksi pemikiran aku sahaja dan jauh sekali untuk bertujuan mempengaruhi atau membawa satu fahaman baru. Tiada satu pun yang boleh menghalalkan cara untuk risiko kesihatan dan selamat menjalani gaya hidup yang sihat.


16 comments:

Mamamanja said...

uiks... orang pertama.

ermm... tatau nak komen apa lah! rokok membahayakan kesihatan hehehehe

Masy said...

mesti ulur rokok ke?ulur tgn kosong je tokleh?

ulur duit pon best gak tu

AbGJaS said...

Hi Deanz,
Dgn berat hati abgjas katakan, keburukan merokok mengatasi kebaikannya; Langsung mahupun tidak. Tp klu dah hard core smoker tu memang payah lah.

Kata Greeny, let it be..

AbGJaS said...

Hi Deanz,
Dgn berat hati abgjas katakan, keburukan merokok mengatasi kebaikannya; Langsung mahupun tidak. Tp klu dah hard core smoker tu memang payah lah.

Kata Greeny, let it be..

Semut Api said...

Mama..
Sori ek..macam biasa tak de lucky draw .. :D


Masy,
Bole nak hulur duit tp next time jumpa kena balas balik hulur triple pulak..amacam?

Abg jas,
Tak perlu berat hati untuk mengatakan tidak! Yang fakta tetap fakta dan apa yg abgjas katakan mmg betul.

'Tiada satu pun yang boleh menghalalkan cara untuk risiko kesihatan '

let it be..kpd perokok ...:D

Anonymous said...

salammm
hapaaa daaaa...sudah sohih merokok itu membahayakan kesihatan..paru2 tu gelap doh..
wateva reason..tetap salah!!
Haaa tau pun deanzz..niat tidak bole menghalalkan cara babe..

huisshh..saya memang alaahhh sesangat dgn asap rokok ni..lagipun tidak ader wlaupun seorg pun dari ahli keluarga saya perokok..

Amalkan cara hidup sihat

lady<<-- pening wehhhh...

Semut Api said...

Sokong Lady,
tapi cuba bayangkan satu dunia tanpa industri ini..apa akan jadi pada ekonomi dunia..mungkin anda juga akan kehilangan kerja..

Acid (mojiah709) said...

Harlow Deanz and abgjas,

Disini, ingin saya katakan bahawa keberkesanan kempen "Hentikan Merokok" pasti akan berjaya jika yang mereka dapat menyekat punca adanya rokok yang begitu senang boleh di dapati dimana-mana. Maksudnya, "Stop the selling of cigarettes since we know the harmful effects are causing lots of illness that affects both active and passive smokers. "Can this be done??? - I ask YOU!"

Secondly, pada hemat saya, jika benarlah banyak tempat, ofis, sekolah dan tempat makan, turut sama menyokong anti-smoking dan melarang orang ramai dari merokok ditempat (x2) yang disebut tadi, might as well di letakkan "smoke alarm system yang akan berbunyi menandakan adanya orang yang merokok di tempat larangan tersebut. Simple, lepas tu, jika yang merokok tu adalah pekerja, berikan dia memo amaran akan diberhentikan kerana mengakibatkan passive smoker merana, jika dia adalah student - then issue them with surat kepada ibu-bapa mereka, dan jika orang awam pula yang ditangkap merokok ditempat larangan, mereka patut dikenakan denda $50 ringgit or dollars (pasti painful lesson will be learnt).

I am a social smoker, honest, yes I do smoke - when I have to discuss dgn klien atau VIPs. Tapi itu tidak bermakna yang saya ini tidak bersalah, I know smoking is bad, but cigarattes are easily available, tapi its a personal choice to me - 'Let It Be" betul tak abgjas?

I can quit smoking anytime, asalkan rokok tidak dijual dan the seller quit selling cigarettes...its a viscious cycle! I assure you that those sellers make loads of money out of smokers small, young and old.

Kalau rokok masih dijual dan dengan mudah boleh didapati dimana-mana, walaupun berjuta ringit atau dollars di keluarkan untuk berbagai kempen dan sebagai "creating awareness atau health-scare tactics" ianya hanyalah sia-sia sahaja.

Lihatlah, betapa ramai anak muda, murid sekolah, wanita dan pakcik (x2) dan abang (x2) dengan selambanya merokok, menghembusan kepulan asap (x2) yang mengandungi "carcinogen chemical" tanpa segan silu menambahkan "air pollution!"

enuf said, this world anti-smoking or world anti-tobacco day is just a campaign that will not be effective eventhough many rules are being imposed. There so many small, big and medium shops, retail outlets and provision stores happily making profits selling Cigarettes...so where is the restriction and where is the effectiveness of the campaign...I ask YOU!

Wasalam;
Greenmonster aka Greeny or GM

arianna adrizal said...

salam..
berkobar-kobar incik greenmonster tu ye. thumbs up!

cuma nk mencelah sikit. berdasar pembacaan sy, risiko perokok = risiko pemakai kasut tumit tinggi. maknanya jika anda bukan perokok tp pemakai kasut tumit tinggi kesannya terhadap kesihatan adalah sama! haha.. sounds funny huh but it's a fact.

Acid (mojiah709) said...

ariana, kamu ni cantik di gambar yg tertera tu hehehehe.

sebab tu la orang tua tak suka anak dara pakai kasut tumit tinggi, takut terkena sakit pinggang.

Sama juga macam passive smoke le, jangan dekat dgn perokok kalau tak mahu terkena atau terjangkit kuman atau pun bau busuk asap rokok.

shafarina said...

Deanz n rakan2,

Selagi tak kena penyakit atau lihat keluarga terdekat meninggal akibat penghisapan (rokok) lampau, selagi itulah depa ketegaq/tegar

Semut Api said...

GM,
di sini kompaun maksima jika merokok di zon larangan adalah RM10K..tp still nampak tak berkesan..kena tepuk dada..tanya selera kpd perokok..

arianna,
fakta yg menaraik..sy baru dengar hari ni..

Wan,
dah terantuk baru nak mengaduh! sikap manusia mmg begitu..

arianna adrizal said...

GM,
cantik sekadar di gambaran.. :)

deanz,
memang menarik dan tak tersangka-sangka!

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
xanax Clothes hand maternity second 1998 oldsmobile silhouette lemon 1964 oldsmobile http://gi7u67uy.blogspot.com/ home mortgage 1992 oldsmobile eighty eight royale

Anonymous said...

Hey what a great site keep up the work its excellent.
»

Anonymous said...

Very best site. Keep working. Will return in the near future.
»