Salam sukses buat para buruh,
Ada sebuah cerita mengenai semut dan cengkerik. ceritanya lebih kurang sama dengan entri sebelum ini 'semut dan belalang' tetapi kali ini ada kaitan rapat dengan buruh bersempena hari buruh yang di sambut setiap kali menjelangnya 1 Mei.
Si semut selalu rajin bekerja untuk kepentingan Ratu dan koloninya sedangkan si cengkerik bekerja untuk dirinya sendiri dan kemudian asyik berdondang sayang & bernyanyi. Semut dan cengkerik boleh juga di andaikan sbg seorang pekerja yang komited dan berdaya maju.
Semut setiap hari sibuk dan sibuk bekerja untuk memenuhi tuntutan semua koloni termasuk Ratu dan larva semut, Sifatnya boleh di andaikan seperti kita seorang pekerja atau buruh yang terus sibuk bekerja untuk memenuhi keuntungan atau memperkaya Ratu (Bos kita). Semut akan terus bekerja sampai mati, tidak pernah ada waktu untuk bersenang-senang sama sekali.

Tetapi sebaliknya sang cengkerik bekerja untuk keperluannya sendiri, setelah itu dia akan menikmati waktu luangnya untuk bersenang-senang. Senang ceritanya dia bekerja untuk dirinya sendiri tanpa bos.
Oleh kerana kita adalah seorang pekerja atau buruh yang bekerja untuk orang lain dianggap tidak mandiri, lantas bos akan membuat agar buruh selalu berfikiran sempit sehingga selalu bergantung pada tempatnya bekerja, dan akan terus bekerja untuk memperkayakan bosnya... (?)
Apakah Anda tidak ingin menjadi seperti seekor cengkerik yang bisa menikmati hidupnya sendiri tanpa ada gangguan dari Bos?
Bekerja untuk orang lain, tidak ada yang salah dengan hal ini, begitu juga bekerja untuk diri sendiri. Perbezaannya adalah, bekerja bagi orang lain akan membawa kebahagiaan bagi orang lain, memberi manfaat kepada orang lain adalah suatu kebaikan. Apabila kita memilih untuk bekerja dan menghidupi orang lain, tentulah manfaat yang kita berikan akan lebih besar lagi.
Namun jika kita hanya bekerja untuk diri sendiri, belum tentu kita seikhlasnya sanggup untuk memberi manfaat kepada orang lain...Apa pun jangan terlalu pening membaca entry ini, cukuplah sekadar faham bukan sebagai satu fahaman!
...Kerja berat sepanjang tahun ~ P. Ramlee.
15 comments:
kerja berat nanti reput tulangggg..
kari...
tak pe tulang besi urat dawai... :D
selagi belum tutup mate, keje, keje, keje!
keje..tapi kadang2 bila tak dihargai..boleh hilang keihlasan tu..
*sentiasa igtkan diri sendiri*
semut cengkerik pun tak pernah terpk apa yg ko tulis ni deanz hahaha
salam enDeanz,
takmo jadi cengkerik,tak campur masyarakat!hehehe..tapi kan..
errr..cengkerik dan semut tu seorang ker seekor.. ;)
lady<<-- suker kerja..
Masy,
hardwork the key to successs...
Nurjihad,
...terlalu di hargai, kadang2 boleh jadikan kita bongkak.
Jed,
hahaha...yang penting ko faham.
Lady,
hehehe..saja memberi watak orang pd makhluk tu..
dont work hard...work smart .. :D
Ada segolongan kita yg lebih selesa berkerja utk orang lain. Buat saja apa yg disuruh, dan dpt imbuhan drpdnya. Tak perlu susah2 fikir pasal modal, pasaran, staf dll.
Utk berkerja sendiri, perlukan disiplin dan daya fikir yg tinggi. Namun pendapatan mungkin berlipat ganda.
Tengoklah, kita semut atau cengkerik...
salamz deanz,
'Apa pun jangan terlalu pening membaca entry ini, cukuplah sekadar faham...' <---- nyaris nak pening!
tak semua orang leh jadi cengkerik..
abgjas,
Apapun pilihan rezeki kita, komitmen perlu ada..
Arianna,
Nak pening pasal dah awal bulan pun gaji tak masuk lagi...hehehe..
lebih baik jadi cengkerik..
deanz,
bukan tak masuk tp da nak habiss.. haha.
sy takde kredibiliti utk jd cengkerik..
Arianna,
So, be ur self dalam versi baru di alaf millenium... :D
Here are some links that I believe will be interested
Here are some links that I believe will be interested
Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»
Post a Comment