July 12, 2006

GOLF

Salam sejahtera,

Sebut saja sukan golf, pastinya ramai yg mengenali Tiger Wood. Sukan outdoor yg cukup sinonim dengan nama besar ini. Golf dikenali sebagai sukan yang tidak mengerah banyak tenaga. Cukup berdiri dekat bola, konsentrasi sejenak, ayunkan kayu golf untuk memukul bola, lalu jalan santai atau naik kereta golf. Kelihatannya cuma begitu. Nampak mudah kan...

Kita tidak perlu berlari-lari hingga berpeluh satu badan, apalagi harus sampai "kepancitan nafas". Maka ramai lah yang menggelarkan permainan ini satu permainan Golongan Orang Lemah Fizikal. dan banyak lagi istilah lain. Any idea please... ?

Dari aspek sosial, golf biasanya dilakukan dengan penampilan mewah dan bertaraf five star. Sukan ini mahal, golf sukan untuk orang kaya dan elit . Bermain golf akan meningkatkan status sosial individu dalam masyarakat dan bermacam lagi anggapan yang tak tercapai dek imaginasi masyarakat kelas marhaen.


Dalam dunia serba moden ini kita tidak perlu lagi untuk berbelanja besar dari segi kos, tenaga dan masa untuk menikmati apa juga jenis permainan. Sukan golf juga boleh di bawa sehingga ke tempat tidur tidak perlu berpeluh, tidak perlu berpanas dan tidak memerlukan kos yang tinggi. malahan aku juga mampu menewaskan Tiger......Perghhhhh ! Dahsyat tuh!

Satu ketika dulu, aku pernah menonton satu theater dan salah satu dialognya menyimpulkan permainan golf sebagai sejenis permainan dalam mana bola yang tidak bergerak dipukul ke arah lubang yang tidak bergerak oleh orang-orang yang tidak berapa bergerak! aku setuju sangat.

Maaf , aku bukan prejudis...

17 comments:

Masy said...

orang yg dah berumur mmg suke betul main golf.

mungkin satu hari nanti akan ada fakta begini: tanda² seseorang itu telah berumur adalah apabila dia tiba² menunjukkan minat yg mendalam terhadap golf.

mungkinkah? ermm...

shafarina said...

Deanz, sukalah dialog filem tu. Tak sindir tapi sinis jek. :)

Org kaya betul mmg main golf. Nak jadi kaya betul cam Tiger Wood pun kena menang golf. Cuma, org gomen main golf sbb kontraktor sponsor, utk bodek org atasan, budak sebab banyak duit pon.

Golf, x pernah try. Woodball, pernahlaaa :D

Semut Api said...

Masy,
Saya ada seorang kawan baru berumur 28 tahun & mula aktif dlm golf setelah bosnya menghadiahkan satu set golf terpakai.

seorang remaja (perempuan) berumur 16 tahun adalah antara pemain golf professional yg pernah wujud dalam arena ini.

(?)

Wan,
Depa main kadang2 nampak macam gaya orang sabit rumput... ooooops!

Noushy Syah said...

emmm personally I think permainan golf ni all about prestige..or atleast felt like prestige....it's not really wanna be active but for socialising in a stunning atmosphere, it also about circular friends and standard of living!!!...I rather go for jogging really if wanna be active...tehehehehhe*wink*..

Semut Api said...

Noush,
Yes, u r rite...golf is all abt style, quality & excellent also.

swimming & cycling one of the right way 4 ur health.

Anonymous said...

en deanz...
pd pendapat saya kan, permainan golf nie untuk org malassszzz jer.... [komen ikhlas nie...]

Semut Api said...

anak manja,
permainan org malas & orang manja mak... :D . sekian.

Acid (mojiah709) said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Acid (mojiah709) said...

(maaf, my earlier post is full of malay misspelling)

Sekarang ini, permainan Golf semakin popular dijadikan medan untuk mengumpul dana/derma dan demi kebajikan.

Perlukah sesorang yg ingin menabur bakti dan menyumbangkan kelebihannya harus tahu memukul Golf club? Takut nanti di tertawakan orang pulak.

Sayangnya, permainan dan kelas golf belanjanya besar, sehingga tak terlarat untuk orang yg kurang mampu untuk berkecimpung.

Tak ade ke kelas atau kelab Golf untuk orang yg ekonominya sederhana sahaja. Sy harap satu hari nanti, golf akan disenangi di semua lapisan masyarakat dan dapat dipelopori oleh semua anak bangsa.

Anonymous said...

golf utk org kaya je...

org miskin main bola sambil berkaki ayam kat laman rumah je...

Semut Api said...

GM,
"Perlukah sesorang yg ingin menabur bakti dan menyumbangkan kelebihannya harus tahu memukul Golf club?" satu persoalan yg menarik.Agaknya biar nampak grand kottt..

Anon,
berkaki ayam pun tak pe..status sukan bola sepak tetap 1st rank dalam dunia.. :D

Acid (mojiah709) said...

Deanz,
sy serius bila sy utarakan pendapat sy kenapa mesti sukan golf classify the status of human kind (sorry, this part susah sikit sy nak translate).

Cuba Deanz fikirkan dan berikan sedikit huraian. In this globalization, why is there still such a thing we call class of caste.. Lets move on to the 25th century.

Semut Api said...

GM,
harap dapat memberi sedikit info kpd anda..

Sukan ini bersataus tinggi dalam masyarakat kerana:

-Pemain golf perlu berdaftar dengan kelab sukan golf yang mengenakan yuran tahunan puluhan ribu ringgit.

-Satu set kayu pemukul mencecah RM1000.00

-Kasut khas, baju dan seluar yang mahal.

-Padang yang khas yang dibina oleh pihak swasta sebagai tempat eksklusif sahaja.

-Bayaran kepada pemenang sangat tinggi. Oleh itu kos penganjuran amat tinggi .

-Golf merupakan arena perundingan yang memberi situasi, mood, dan landskap yag berbeza untuk mengadakan perbincangan.

-Ahli korporat akan berbincang tentang isu dan masalah syarikat. Bagi mereka, idea dan resolusi tidaklah terhad di meja mesyuarat pejabat yang pegun dan membosankan semata-mata. Mungkin pemandangan yang hijau dan suasana yang damai dapat membenihkan idea yang lebih bernas.

-ahli korporat akan bertaruh setiap lubang dengan jumlah pertaruhan bagi sebuah lubang mencapai RM5000. Ada yang bertaruh wang mengikut kesukaran lubang. Semakin sukar lubang semakin tinggi wang pertaruhannya.

-Budaya judi seumpama ini telah lama menular dalam kalangan pemain golf. Ada yang beranggapan pertaruhan dapat meningkatkan prestasi permainan dan mereka tidak melihatnya seagai judi.

~di petik.

sekian.

Anonymous said...

Very pretty site! Keep working. thnx!
»

Anonymous said...

I'm impressed with your site, very nice graphics!
»

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... Tenuate 270 tablet http://www.eczema-psoriasis.info/Greatbusinesscardideas.html Celebrity bad cosmetic surgery Canon fax machin Ge french door refrigerator problems account for business credit card use London underground business card holders

Anonymous said...

pemain GOLF tak kan buang masa nak berkawan mcm korang budak2 yang tak tahu bermain golf....hihihihi