December 17, 2008

Notis Pindah !

Salam semua...


Di maklumkan bahawa blog ini tidak runtuh dan musnah oleh sebarang tragedi tetapi telah bertukar dan beralih arah atas sebab-sebab kekangan dan keselamatan!

http://semutzapi.wordpress.com/

Maka oleh itu kepada rakan blogger dan pengunjung semua aku masih memblog dan maaf kalau kurang melawat blog anda semua. Saya sedang mencuba sedaya upaya untuk tetap keep in touch. Sekian.



September 19, 2008

Sekadar Ucapan Selamat Hari Raya

Salam Sejahtera,

Sekadar ucapan biasa apabila menjelangnya Aidilfitri. Ucapan tanda kemenangan dan kesyukuran setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Suasana riang ria terlihat sini sana tua dan muda berpakaian serba baru miskin kaya pun turut bergembira.Kunjung-mengunjung satu sama lain sebuah desa bagaikan bersaudara teruskan amalan desa di kota, kesibukan kerja bukannya alasan, kita beraya selama sebulan.

Dalam kemeriahan suasana Aidilfitri kaum wanita lah yang nampak lebih happening baik dalam gaya berpakaian ataupun berfesyen. Tidak seperti lelaki, simple tetapi meyakinkan. Cumanya jangan keterlaluan berhias sehingga kelihatan seperti Kereta Berhias di jalan raya pada hari Raya.


Mohon maaf atas segala keterlanjuran yang disedari mahupun tanpa disedari kepada yang mengenali secara langsung ataupun tidak. Selamat Hari Raya Aidilfitri.


September 17, 2008

Zaid Ibrahim; Jebat atau Nadim?

Salam Sejahtera,

Datuk Zaid Ibrahim semalam mengumumkan tetap dengan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meskipun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini mahu beliau mempertimbang dan memikirkannya semula.


"Walaupun Perdana Menteri cadang saya cuti, saya ucap terima kasih. Saya tidak letih. Saya hanya kecewa. Saya juga berharap Perdana Menteri akan berjaya mengatasi masalah dan cabaran yang ada dan berharap beliau dapat kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO" Katanya pada sidang media semalam yang dihadiri puluhan wartawan dari dalam dan luar negara, Zaid mengakui kemuncak kepada kekecewaannya adalah apabila kerajaan memutuskan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas wartawan dan Ahli Parlimen.

Penahanan tiga individu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini adalah penyebab utama peletakan jawatan. "Saya tidak menduga wartawan adalah ancaman kepada negara... ISA perlu hanya diguna terhadap pengganas!" tambah beliau.


September 03, 2008

Anwar Ibrahim Dan Pak Lah Juga Berpuasa

Di sebuah sekolah, seorang murid ditanya oleh gurunya tentang takrif sebuah keluarga miskin. Beginilah jawapanya: " Sebuah keluarga miskin adalah di mana bapanya miskin, mamanya miskin, anak-anaknya miskin, pembantu rumahnya miskin, pemandunya miskin, tukang kebunnya miskin, jaganya miskin, babysitternya pun miskin. Pendek kata semuanya miskin-miskin belaka..."


Pada bulan Ramadhan ini banyakkanlah bersedekah kepada orang yang kurang berkemampuan bukan bersedekah kepada orang miskin yang berkemampuan. Allah menjamin akan melipatgandakan pahala dan rezeki bagi kita jika kita ikhlas dalam bersedekah. Tidak akan ada seorang pun yang menjadi miskin untuk menikmati hidup ini dengan bersedekah.


~Selamat Berpuasa~



August 27, 2008

Anwar Kembali ke Parlimen

Salam sejahtera,


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan penguasaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu hari ini dengan majoriti 15,671 undi. Jumlah itu lebih besar berbanding 13,388 undi majoriti yang diperoleh PKR pada pilihan raya umum Mac lalu melalui isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Anwar, 61, yang memperoleh 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, yang meraih 15,524 undi.


Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah menerima kekalahannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan berjanji untuk terus memberi perkhidmatan kepada penduduk kawasan itu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan akan melakukan perubahan yang perlu bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).Beliau berkata, keputusan pilihan raya kecil itu mencerminkan amalan demokrasi yang segar di negara ini dan jelas menunjukkan tiada unsur manipulasi. Bagaimanapun, katanya, BN akan mengkaji dengan mendalam kelemahan jentera pilihan rayanya walaupun ia sebenarnya berjalan dengan baik.

Apa yang pastinya Anwar akan kembali ke Parlimen dan apakah beliau akan merubah tampuk kepimpinan negara atau senario politik tanahair akan semakin mencabar ...(?)


* Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 51 *

August 20, 2008

Permatang Pauh; Selamat Mengundi





"Aku tak sampai hati betul tengok perempuan berdiri kalau naik komuter, lebih-lebih lagi kalau aku dapat duduk..."

"So...apa yang ko buat?"

"Aku terus buat-buat tidur..."

"$%&*#+)!! ...Ada jugak orang macam ko hidup dalam dunia ni"




July 29, 2008

2010; Peralihan Kuasa ...(?)


Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa tiada konsep dan amalan 'peralihan kuasa' dalam pemerintahan Negara, sebaliknya pemimpin datang dan pergi mengikut sokongan ahli yang diterimanya. Beliau berasa hairan dan tidak pernah mendengar istilah itu sepanjang penglibatannya selama 50 tahun berpolitik .

Berikut adalah sebuah cereka pendek yang tidak setaraf karya satira politik tetapi mungkin boleh diambil iktibar daripadanya atau mungkin juga sekadar bahan lelucon.

Sekadar gambar hiasan juga tidak ada nilai satiranya.

Seorang General sedang mengajarkan salah seorang perajuritnya bagaimana cara untuk meletupkan sebiji bom granat.


General: "Mula-mula, genggamlah bom granat dengan erat, lalu tarik cincin pemicu granat, kemudian campakkan! Faham ?"


Perajurit: "Faham Generaaal !! "


General: "Sekarang, cuba buat aku nak tengok!"


Lalu perajurit tadi melakukan apa yang baru dipelajari dari Generalnya. Ia menggenggam granat dengan erat, lalu menarik cincin pemicu bom granat kemudian berteriak...


"Genderaaal ... tangkaaaap!!!"


Tiba-tiba penglihatan General menjadi gelap...

July 18, 2008

Anwar boleh guna khidmat doktor peribadi jika sangsi dengan HKL: Syed Hamid


Ketika ego bertemu ego, kerendahan hati adalah jambatan untuk mencari kesamaan yang boleh menyatukan perbezaan. Saat masing-masing bertegas dengan prinsipnya, kecenderungan yang akan terjadi adalah apabila munculnya karakter superior yang akan membuat kita berasa lebih dari yang lain.

Secara perinsipnya, kebenaran sebenar adalah kebenaran menurut kita. Kebenaran yang lain hanya kebetulan semata. Di mata kasar, saat kita mengorbankan rasa rendah diri itu lah kemungkinan akan ada kebenaran lain yang boleh muncul dari arah yang tidak kita duga.

Mungkin berat bagi kita untuk boleh menerima bahwa kita juga punya potensi untuk salah. Buka mata, buka telinga. Saatnya untuk membuka hati, melihat dan mendengar dengan mata batin. Watch not only see, listen not only hear...

June 18, 2008

Shit Lah !




Salam sejahtera,

Kadang-kadang aktiviti memerhatikan gelagat orang menjadi sangat menarik, tak tau kenapa. Sesetengah dari kita perasan yang diri kita betul selamanya. Kadang-kadang makhluk Tuhan yang bernama manusia bila berkata-kata ibarat dia lah Raja Kayangan yang bertakhta di puncak Singgahsana tanpa mengira kesan dan impak yang bakal di terima. Maka memang benarlah kata orang-orang pada suatu masa dahulu terlajak perahu boleh gostan tapi kalau terlajak kata...sendiri mau ingat. Kita hanya manusia yg tidak lari dari melakukan kesilapan. kata-kata yg terkeluar itu menunjuk kan peribadi mereka sendiri dan tetap show off yg anda sebenarnya mempunyai kelemahan seperti kes Rosnah Mat Aris...ni contoh je la...Itu salah satu kebodohan diri sendiri yg bukan datang dari Allah tapi dari sebuku otak yang jahil.

Okey lah, itu sedikit mukaddimah dari pemerhatian aku dari alam sekeliling, orang-orang sekeliling dan makhluk-makhluk Tuhan di sekeliling aku.

Satu lagi tabiat manusia ni walau setinggi mana darjat kepandaian atau kekuasaannya pun kadang bertindak ikut isi perut. Mulut telan apa sahaja yang disumbat, berlaku proses perkumuhan dalam perut, masuk dalam toilet, meneran secukup rasa...shittt terpacul keluar dari lubang dubur! Mudah kan? Nah! ambik kau. Ini hasil seni dari perut aku secukup rasa, warna dan baunya sekali. Kalau korang rasa okey, korang boleh balun sampai penuh tembolok! Yang penting tembolok mesti penuh. Izinkan aku mencarut sebentar, kerana jari jemari ku kadang-kadang tegar dengan frasa-frasa yg sebegini rupa.

Tapi kalau korang tak suka shit aku, nanti aku buat proses perkumuhan lain atau aku ubah gaya hidup...ooopss! Bukan gaya hidup tapi gaya pemakanan aku. Mudah kan? Sebab aku yang buat keputusan. So korang kena terima je lah. Hidup kena teruskan jugak kannn...

Sekarang ni Orang Siam, Orang Singapura, orang planet Pluto sekalipun kalau nak isi minyak kereta lori bas motor motorbot atau kalau nak minum minyak petrol pun dah boleh dah kat Malaysia ni. Tapi dengan syarat kena bayar lebih RM0.78 hingga RM1.00...tak banyak kan? sikit jer..Dulu memang tak boleh tapi sekarang dah boleh lah sebab dah tarik balik keputusan lama...boleh banyak untung tuh.

Tapi ramai orang tambah bising macam tak puas hati..semua Barang Naik, nampak tambah kacau bilau, itu tak kena, ini tak kena. Apa ke jadahnya nih! Relax la bro, nanti kita orang fikirkan product shit yang baru yang lebih lazat lagi. Korang akan dapat sekitar RM150 hingga RM650..kira macam bonus tak langsung juga la tu dan kita janji harga barang takkan naik, caj itu takkan naik, caj ini lagi la tak patut naik! itu tak naik, ini tak naik...blablablablablabla...

Tup tup...kecoh pulak gaji kakitangan gomen nak bayar ciput ciput. Tiba-tiba jer senak perut rasa nak tershit, tarik seluar dalam terus lepas! Ye la takkan nak simpan kot tak baik untuk kesihatan tuh! NUTP dalam satu kenyataanya berkata kebanyakan ahli NUTP tidak bersetuju kerana pembayaran gaji dua kali sebulan itu menyukarkan pengurusan kewangan kakitangan awam. Masalah utama yang rakyat hadapi adalah peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang. Walaupun gaji dibayar dua kali, jumlahnya tetap sama dan ia tidak akan meringankan beban, malah menyukarkan lagi mengurus kewangan. Lain lah kalau sebulan di bayar dua kali gaji penuh, baru lah cekap urusan kewangan.

Apa pun budaya buat keputusan dulu, kaji kemudian nampak mula menjadi trend baru dalam pentadbiran negara dan nampak sangat haru biru jadinya. Aku pun boleh buat keputusan kalau setakat nak shoot shit kat mana-mana lepas tu, orang nak terpijak ke, nak terpalit ke... korang settle sendiri...Shit lah!

June 05, 2008

Statement yang perlu anda ketahui sempena Hari Kenaikan Harga Minyak Petrol di Malaysia

i

Dato’ Shahrir Samad memberitahu tujuan sebenar mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk menampung kos pembangunan Negara.

-Inilah jawapan paling ikhlas Dato' Shahrir berhubung kenaikkan harga minyak. Apakah hasil minyak semata-mata digunakan untuk menampung kos pembangunan yang mega dan terlampau?

ii

Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa 5 JUn 2008. Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.

Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.

-Terima kasih daun keladi Pak Lah, lepas ni jangan lah naik lagi.

iii


Keputusan kerajaan menaikkan harga petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel berkuat kuasa tengah malam ini sekali gus membatalkan larangan ke atas pemilik kenderaan asing membeli bahan api itu di kawasan sempadan di utara negara ini.


-tarik balik pulak dah... (?)


iv

Mulai esok, kos bahan api bagi kereta berkuasa 1,600 cc untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sejauh 350 kilometer meningkat daripada RM46 kepada RM67 berikutan kenaikan harga petrol yang diumumkan kerajaan hari ini.


-Peeeergh!! kena puasa pulak kalau nak travel balik kampung.

v

Noraziah Ibrahim, 37, berkata, kenaikan mendadak itu akan menambahkan lagi beban pengguna yang sedang berhadapan dengan masalah kenaikan harga makanan.

''Kenaikan harga barang makanan belum lagi selesai, sekarang rakyat perlu berhadapan dengan beban lain pula yang lebih berat,''

Asri Osman, 40, menyifatkan kenaikan minyak petrol RM0.78 dan diesel RM1 seliter adalah terlalu tinggi.

Katanya, kenaikan harga minyak setinggi itu sudah pasti akan meningkatkan harga semua barang keperluan yang lain.

"Kerajaan tidak patut menaikkan harga minyak setinggi ini dan perlu mengkaji semula harga ini.
"Dengan kenaikan harga petrol sehingga RM0.78 seliter, bukan sahaja perbelanjaan untuk minyak meningkat hampir sekali ganda, malah seluruh perbelanjaan harian turut naik,"

Pemandu teksi, Chong Mok Soo, 68, berkata, rakyat berpendapatan rendah seperti beliau tidak mampu menahan kesan kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi.

"Mana boleh tahan, esok mesti semua barang naik.

"Kalau boleh kita tidak mahu naikkan harga sewa teksi tetapi kalau diesel naik sampai RM1 seliter, mana boleh tahan,'' katanya.

-aku setuju sangat-sangat!

vi

Pemimpin parti pembangkang menyifatkan kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 40 peratus sebagai membebankan rakyat dan yang terburuk dalam sejarah negara.

Sementara itu, ganjaran memberi wang tunai kepada pemilik motosikal dan kereta pada akhir tahun tidak akan meringankan beban rakyat yang sebelum ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan tepung.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pemberian RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc hanya menjimatkan RM2 sehari.

-So rakyat sekarang dapat apa? Dapat badi pilihanraya?

May 28, 2008

Hanya Untuk Hari Ini...




JUST FOR TODAY, I RELEASE ALL WORRY


JUST FOR TODAY, I GIVE THANKS FOR ALL MY MANY BLESSING


TQ FOR ALL MEMOIR...



May 11, 2008

Masjid Negara: Sebuah Catatan Selepas Solat Jumaat

14:05

Lama tidak menjejakkan kaki ke masjid Negara, fenomenanya masih sama seperti dulu-dulu juga. Jalan sekitarnya menjadi sesak menjelangnya waktu Solat Jumaat. Jalan susur bersebelahan masjid juga masih seperti dulu sesak sesau dengan peniaga jalanan dengan berbagai produk jualan, sebut apa sahaja barang jualan yg terlintas di benak hampir semuanya ada di sini. Suasananya sama seperti Jalan Pasar di Pudu, tak jauh bezanya. Paling banyak gerai makan dan inilah masanya penjual pancung leher pembeli yang kelaparan. Kalau tak percaya cuba try test tengok! Seminggu sekali makan kat depan masjid Negara apa salahnya? Daging masak kurma dengan acar timun pahit lagi tawar hanya RM8.00. Masih murah bagi warga ibukota yang berpendapatan tinggi seperti aku…(uweeekkk…muntah hijau!) sedangkan kat café ofis boleh dapat dalam sekitar RM4.50!



14:21

Satu lagi fenomena yang tak berubah dari dulu dan seakan menjadi trade mark kaki lima Masjid Negara ialah kehadiran pengemis jalanan dari berbagai gender dengan berbagai gaya dan gelagat. Senang cerita modus operandi si pengemis ni memang boleh mendatangkan simpati kepada sesiapa sahaja. Mereka sememangnya mempunyai skill untuk mengekspolitasi si penderma.

Lalu aku terpandang seorang pengemis muda berseluar jeans, bert-shirt warna biru dan bercap yang di pakai secara terbalik…Wah stailo pengemis nih! Aku tengok dalam tupper wear yang dia letak depan dia boleh tahan RM dan syiling yang dia dapat dan mungkin juga itu hanya sebahagian kecil kutipan pada tenghari Jumaat itu tetapi sebahgian besarnya mungkin disimpan dalam beg sandang yang ditindih pehanya sebagai alas duduk…(?).

Aku berani mengandaikan pendapatan dia pada tengahri Jumaat itu sahaja mungkin lebih RM50.00. Satu pendapatan yg cukup lumayan hanya berbekalkan tupper wear plastik dan mimik muka sememeh. Dan hari itu juga dia mampu makan nasi beryani gam di resroran Haslam tapi aku hanya makan di kaki lima masjid Negara di bawah terik matahari…sadis tuhh! Syukur Alhamdulillah ada juga rezeki aku.

Padahal secara fisikalnya, aku tak nampak apa-apa kecacatan pada tubuhnya dan sememangnya dia tergolong layak sebgai orang yang mampu bekerja, tidak buta, tidak kudung dan tidak tua mahupun uzur yang lain. Bahkan aku berani mengatakan kalau dia ada motor kapchai merempit sepanjang Jalan Raja Laut atau Jalan Kuching atau jalan-jalan rempit yang sewaktu dengannya, sekali petik tujuh belas minah rempit sanggup bonceng kapchai dia sambil menonggekkan punggung mencelah berseliweran di celah-celah kesesakan lalulintas. Percayalah cakap aku!

Lantas apa kejadahnya dia mengemis? Cuma aku tengok dia nampak comot la dengan gigi tak pernah bergosok kot, kuku hitam tak berpotong, daki lebih tebal dari bedak Farah Fauzana. Itu sahaja kekurangan dia…tapi tu semua bole make over kannn…


14:35

Tut…tut…
Member ofis baru aku yang susur galur keturunannya Malbari mix Jepun hantar mesej…’Woi! Pisang goreng aku mana? Ko pegi tebang pokok pisang dulu ke? Aku dah kebulur ni…’. Heh! Apahal la dia ni tengahari buta makan pisang goreng. Tak paham betul aku. Okeylah Intipati dari catatan aku, bukan semua pengemis adalah pengemis. Namun semua terpulang kepada sikap serta persepsi kita sendiri untuk menderma atau tidak. Di sisi lain, kerajaan BN, PKR, Pas atau DAP yang disebut-sebut bertanggung jawab terhadap kesejahteraan rakyatnya juga harus berfikir keras untuk mengatasi masalah ini, bukan hanya diam tidur melihat pengemis-pengemis yang mungkin menjadi simbol kemiskinan negara…

Sekian.

May 03, 2008

Hidup Ini Satu Pilihan

Salam sejahtera,

Bermula sebelum lahir, kita memang sudah di beri pilihan oleh Yang Maha Kuasa, menjadi lelaki atau perempuan, menjadi anak orang kaya atau anak orang miskin, setelah sekolah menjadi cerdik atau bodoh, setelah bekerja menjadi bos atau kuli, setelah mati masuk surga atau mungkin neraka.

Kita sedar bahawa hidup memang penuh dengan pilihan, apabila harga beras melompat lebih tinggi lalu kita di sarankan agar memilih alternatif lain sumber asas makanan kita dari beras mungkin kita perlu makan sayuran hijau untuk lebih vegetarian (relevankah?) atau mungkin kita perlu makan hati saja untuk terus membiarkan harga beras naik (?)


Standardlah...di negara yang cemerlang gemilang dan terbilang ini, apabila harga barangan naik maka akan ramailah orang yang bernas idea sebernas padi Bernas memberi berbagai alternatif untuk rakyat buat pilihan selain dari pilihanraya...

April 14, 2008

Babi-babi Mengawan, Membunting dan Beranak di Selangor


Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali…lama tidak menulis, sejak PRU ke 12 kali ini baru berkesempatan menulis kerana hidup juga perlu perubahan sebagaimana perubahan yang mengejutkan dalam PRU yang baru lepas dan kesannya masih panas sehingga ke hari ini.

...bekas MB Selangor yang namanya Mohammad Khir bin Toyo (Datuk Seri) yang rumah persinggahannya sering aku lalui setiap kali balik ke kampung halaman di penghujung negeri Selangor ini sebenarnya masih cuba test market di pasaran politik setelah gagal menyandang semula jawatan sebagai orang nombor satu di negeri paling maju di negara ini.

Secara tiba-tiba, babi-babi di Selangor menjadi popular, projek ternakan babi berskala besar bernilai RM100 juta telah menjadi tajuk utama di media elektronik. Seiring dengan isu ini bekas MB Selangor juga tiba-tiba menjadi lebih popular berbanding dengan MB Selangor yang berjaya mendapat mandat rakyat meneraju negeri Selangor. Sama ada ia secara kebetulan atau strategi ala-ala artis yang suka membesarkan sensasi berbanding bakat semulajadi, Mohammad Khir bin Toyo mendapat publisiti meluas apabila beliau sendiri mengesahkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda, kemudiannya sering memberi kenyataan yang bertentangan dengan MB Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seterusnya projek lima bintang ternakan babi yang perbincangan awalnya sejak zaman pemerintahan Mohammad khir lagi menjadi lebih sensasi.

Dan saya juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat datang kedunia Blog (maaf, mungkin ucapan ini agak terlewat) kepada Mohammad khir yang baru melancarkan laman blognya. Sebagai blogger baru, Ahlan Wasahlan kami ucapkan dan tahniah!



Wahai bekas MB Selangor, panel penganalisis politik mengulas semasa malam menjelangnya keputusan PRU ke 12 yang lalu ada mengatakan secara ikhlas dan telus, bahawa media arus perdana terlalu memprovok parti pembangkang sehingga ke satu tahap rakyat tidak boleh menerima bahkan mencebik apa yang disogokkan oleh media. Impaknya, PRU ke 12 yang nampak tenang dan kelihatan masih menyebelahi parti pemerintah tiba-tiba memuntahkan keputusan yang sangat mengejutkan banyak pihak.

Justeru itu strategi bermedia yang keterlaluan kadang-kadang membahayakan diri sendiri tapi tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada projek ternakan babi apatah lagi kepada haiwan itu dan saya suka kepada kenyataan bekas MB Selangor ini "Saya lihat dinegara ini, orang kita buat rumusan terlalu cepat, apabila terima sesuatu berita tanpa usul periksa mereka percaya, apabila kita buat penjelasan, tidak mahu terima" Selamat memblog Datuk Seri.


March 04, 2008

Marilah mari pergi memangkah...

'Bosan la macam ni, bazir masa, bazir tenaga bazir duit...banyak benda lain boleh buat tau'

'Rilek la...bukan KL namanya kalau tak jem. Harga sebuah kemajuan yang perlu kita bayar...selalu DJ radio cakap mcm tu. Maklum le negara dah maju'

'Ada org buat kempen pilihanraya kot...tu pasal jem teruk nih'

'Mungkin jugak la, ramai orang tak siuman dekat-dekat election nih...hehehe...ko ngundi kat mana?'

'Aku tahun ni berkecuali, tak pangkah sape-sape...lagi pun aku dah kecik hati dengan SPR'

'Pasal pulak?'

'Aku dah call SPR nak cek nama aku undi kat mana tapi SPR still tak update, still undi kat tempat lama. SPR putrajaya aku dah call, pastu depa suruh call SPR Selangor...pun sama. Padahal aku dah isi borang update, bagi copy ic. Depa buat apa dengan ic aku?'

'Depa buat hutang kat Ah Long guna ic ko kooot...hehehe..'



'...lagi pun aku tak nak kecikkan hati sesapa, kalau aku undi BN, nanti org PAS kecik hati. Aku pangkah PAS org Anwar marah, aku sokong DAP korang kecik hati pulak...so senang ceritanya aku tak pangkah sesapa, aku jadi pemerhati bebas walaupun aku tak sokong parti Bebas..sekian'

'Boleh pakai juga ideologi hampeh ko...sekarang ni kita dah dekat sejam stuck kat sini, pukul berapa kita nak sampai?'

'Macam ni lah, kalau ko ikut barisan ni memang besok pagi baru sampai...jadi ko keluar je barisan masuk bulatan...cepat sikit sampai'

'Tajam maksud tuhhh...hahahaha..!!

February 13, 2008

Bila Buah Nak Gugur ?



08.45 am

‘Tidak... tidak lagi, pandailah you, Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’


Kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.


Entah bila buah yang dah masak ranum ni nak gugur. Orang pun dah naik mual nak tunggu gugur...dah tak ada thrill macam tak ada ummphh pulak dah...asyik khabar angin jer...tak hujan-hujan pun!


12.45 pm

PM membubarkan Parlimen @ Buah dah gugur...Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.



January 08, 2008

Setuju, Nafi & Pengakuan

i
Agak lama tidak menulis apa-apa. Sedikit sibuk dengan urusan-urusan ofissial dan peribadi yang mencorak cernakan hari-hari yang berlalu. Amat berharap semuanya tidak akan berakhir dengan kemurungan. Dalam sibuk pontang panting di awal tahun tetiba PM isytihar Thaipusam hari cuti juga bagi warga KL/Putra Jaya. Elok sangat la tu..sebagaimana komennya "Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sehingga menyukarkan orang ramai hendak pergi kerja. Namun kita bersabar atas dasar saling menghormati upacara sambutan kaum lain," katanya.

Tapi aku hari-hari meredah jem, tak kira Thaipusam ke tidak...macamana tu? Namun begitu, aku pun berharap sangat agar keputusan ini juga atas dasar suci hati, ikhlas culas tanpa sebarang pengaruh sentimen dan isu. Sebagai warga Malaysia yang berakal aku juga boleh menilai dan menimbang apa yang sekilas, apa yang tersirat.

ii
Dunia ini kian keji. Hari demi hari, manusia semakin kejam dan mementingkan diri. Sesetengah dari kita dilahirkan bodoh kerana kebodohan adalah pemangkin kepada kepandaian. Tetapi sesetengah dari kita terlebih bodoh. Itu masalah besar!


Seperti orang lain, aku juga perasan macam aku bagus. Seperti orang lain, aku ada banyak perkara yang ingin aku kritik. Biasalah tu. Semua orang macam tu. Kita semua sentiasa betul sebab betul itu subjektif. Lingam kata "Kelihatan seperti saya, suara macam saya" "mungkin saya minum terlalu banyak, kawan-kawn saya kata, saya suka cakap benda-benda mengarut apabila minum wain".

Loh pula cakap "Dia tak mabuk atau berlakon semasa di rakam". Mana satu betul? Berbalik kepada subjektifnya istilah betul, maka dua-dua betul. Aku betul, dia betul, Lingam pun betul! Jadi nak buat macam mana? Bak kata Mawi, buat bodoh je lah.

iii
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat melayu bahawa ia berasal dari perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin liar yang bertindak mengganggu manusia.


Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di tv, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.

Dalam drama bersiri TV3, pontianak diangkat sebagai Super Hero yang mampu membantu mereka yang dalam kesusahan. Besar jasanya. Masyarakat moden di beri kepercayaan baru terhadap persepsi hantu pontianak...dan Zarina An-Julie juga mengaku beliau adalah pontianak yang lemah dan manusia biasa yang bukan Super Hero dan sering berbuat khilaf...

Tak apalah, lebih baik bersetuju mengaku dari menafi...


1429

Lelaki pertama telah menerajang dan memukul sambil mengacu sepucuk rifel ke kepala seorang wanita yang luka cedera, darah keluar daripada hidung dan telinganya lalu pengsan. Dia berpaling dan berkata,

"Akulah yang paling kejam!"

Lelaki kedua bangun dan merogol wanita itu tanpa rasa belas, memijak dan terus menembak bertubi-tubi ke kepala mangsa sehingga wanita itu mati. Dan dia berkata...

"Adakah ada lagi orang yang lebih kejam selain aku?".

Lelaki ketiga pula bangun tersenyum sambil menjawab,

"Akulah yang paling kejam kerana aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah saudaraku sendiri"

Perempuan itu adalah Palestine.
Lelaki pertama adalah Sharon.
Lelaki kedua adalah Negara Barat.
Lelaki ketiga pula adalah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1429. Siapa yang peduli ?