September 12, 2013

Ada apa di sebalik PELITA NASI KANDAR..(?)

nasi kandar pelita
 
Mungkin ramai yang tahu tapi ramai juga yang tak tau. The Star bertarikh 24 September 2012 muka surat 22 melaporkan bahawa pemilik PELITA NASI KANDAR, DATUK D.RAMESH melakukan pecah tanah untuk pembinaan sebuah kuil.

Dengan kata lain, pemilik PELITA NASI KANDAR adalah seorang HINDU. Hasil jualan daripada PELITA NASI KANDAR telah digunakan untuk pembinaan KUIL HINDU.

Memandangkan pemilik dan tujuannya telah diketahui, mulai saat ini, tidak perlulah lagi kita pekena atau menjamu selera di mana-mana premis PELITA NASI KANDAR LAGI.

Yang mana sudah terlanjur dan menjadikan makanan serta minuman di PELITA NASI KANDAR sebagai darah daging, mohonlah taubat kepada Allah Taala kerana kejahilan dan kelekaan kita berusul periksa.

Masih banyak restoran milik umat Islam yang kita boleh pergi berbanding ke restoran-restoran sebegini.
*dipetik dari sumber

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt wbt...saya sejak tahun lepas telah menyemak dengan beberapa institusi mengenai perkara ini..tuan boleh rujuk url ini http://www.ansarcomp.com.my/index.php... maklumat kenyataan akhbar dan cukup jelas..cuma saya tidak pasti kenapa mereka cuba mengukit semula perkara ini..saya juga menghubungi jakim pada tahun lepas dan telah diberi penjelasan tentang prosedur mendapat sijil Halal JAKIM, suatu prosedur yang ketat malah telus. Boleh dikatakan ke semua premis Nasi Kandar Pelita memiliki sijil Halal Jakim (boleh rujuk url ini http://www.halal.gov.my/.../ms/direktori-halal-malaysia) ..boleh semak satu persatu...saya tidak ada kepentingan sekadar pengemar Nasi Kandar dan saya lihat hanya Nasi Kandar Pelita yang banyak mencuba pendekatan ke arah memartabatkan Islam...sebagai contoh, ketetapan setiap hari Jumaat tepat pukul 1 ptg semua premis ditutup bagi memberi peluang pekerja mereka menunaikan solat Jumaat malah menggalakan para pelanggan mereka untuk turut menunaikan solat terlebih dahulu...kedua adalah kemudahan ruang solat atau surau di premis yang tidak melibatkan premis di dalam pasaraya....dan macam-macam lagi kalau kita rajin..kita sendiri boleh bertanya..saya pernah melihat sendiri penyelia mereka meminta pekerja mereka untuk solat terlebih dahulu sewaktu masuk wktu solat...akhir sekali..saya cuma ingin sampaikan......saya kagum dengan Nasi Kandar Pelita...banyak perkara dalam diam mereka melaksanakan untuk kepentingan orang Islam tetapi masih dihentam sehingga sebegitu sekali...saya mempunyai saudara yang kurang berkemampuan tetapi telah ditaja menunaikan Haji oleh pengurusan Nasi Kandar Pelita (boleh dikatakan setiap tahun lebih kurang 12 orang tidak berkemampuan ditaja Nasi Kandar Pelita) dan insya Allah saya pasti pelantikkan Ustaz Dato Samsuri Ahmad sebagai Pengerusi Nasi Kandar Pelita amat tepat sekali dan beliau tidak akan ada kompromi berkaitan perkara membabitkan hukum agama....jika musykil sila bertanya kepada orang lebih arif..contoh Y.Bhg Mufti Pulau Pinang sebab saya difaham beliau akan datang setiap minggu ke restoran Nasi Kandar Pelita....boleh tonton video di youtube ini http://youtu.be/RDLJ3Cswh4g.....terima kasih...

Anonymous said...

Nasi Kandar Pelita halal..boleh rujuk blog saudara Mazidul http://www.mazidulakmal.com/2013/09/restoran-nasi-kandar-pelita-berstatus.html

kelate jati said...

Isu nya bukan lah sama ada premis itu halal atau tidak.. Isunya bukan sama ada orang islam boleh berniaga dgn org bukan islam..

Isu sebenarnya adalah salah seorang pemilik nya yang ber agama hindu dan menggunakan sebahagian keuntungan restoran untuk kegunaan keagamaan hindu..

jika anda redha sebahagian keuntungan hasil wang anda digunakan ke arah itu.. teruskan makan di pelita nasi kandar.. kalau anda tidak redha.. hentikan.. itu saja.. tepuk dada tanya selera..