![]()  | |||
| Cikgu Choy, dua dari kanan | 
Diskriminasi
 dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering 
diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati 
kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan 
orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.
Yang
 terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau 
hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk 
mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa 
lain.
Choy
 Yi San (Cikgu Choy), 25 tahun, berasal dari Seremban. Beliau merupakan 
anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Beliau memeluk agama Islam 
ketika usianya 23 tahun. Pada mulanya, Cikgu Choy tidak bertudung kerana
 belum bersedia untuk mendedahkan keislamannya kepada keluarga dan 
rakan-rakannya.
Beliau
 memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 
(SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi pada awal tahun 2013 selepas menamatkan 
pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah institut perguruan.
Selepas
 setahun mengajar, beliau bertekad memakai tudung di sekolah sebagai 
salah satu azam di tahun baharu. Identiti baru sebagai muslimah sejati 
yang bertudung dan menutup aurat telah lama tersemat di hati sejak 
memeluk agama Islam.
Hari
 Rabu, 1 Januari yang merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014 
adalah hari pertama beliau bertudung di sekolah. Kemunculan beliau 
bertudung ternyata tidak disenangi oleh pihak pentadbiran sekolah. 
Beliau telah menerima jelingan sinis daripada daripada beberapa orang 
termasuk Guru Besar, Chiew Swee Tuan.
Pada
 6 Januari, Cikgu Choy ke pejabat Guru Besar untuk membincangkan agihan 
tugas guru kerana beliau dilantik sebagai PK Pentadbiran lantikan 
dalaman.  Guru Besar mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyoal 
dan memberi “nasihat” mengenai keIslaman Cikgu Choy. Antara “nasihat” 
beliau ialah masih berpeluang lagi untuk kembali ke agama asal, masih 
banyak pilihan lagi, kenapa hendak mengurung diri dalam agama Islam. 
Tetapi Cikgu Choy tidak langsung mengendahkan “nasihat” itu.
Pada
 7 Januari, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Pang telah 
datang ke sekolah untuk memeriksa perkembangan pertukaran jubin Bilik 
Sumber Sekolah. Beliau tersempak dengan Cikgu Choy dan bersapa seperti 
biasa walaupun agak terkejut dengan penampilan Cikgu Choy yang 
bertudung, kemudian beliau ke pejabat Guru Besar.
 DIUGUT BUNUH
 Tidak
 lama kemudian, Guru Besar meminta Cikgu Choy ke pejabatnya. Pada awal 
pertemuan, Encik Pang memberi pandangan negatifnya mengenai keIslaman 
Cikgu Choy. Keadaan semakin tegang dan serius apabila Cikgu Choy 
menerima 3 ugutan dari Encik Pang yang melibatkan maruah dan keselamatan
 Cikgu Choy jika tidak membuka tudung semasa bertugas.
 Pertama: Jika beliau tidak membuka tudung, beliau dan keluarganya akan dimalukan di sekolah.
 Kedua:
 Jika beliau masih tidak membuka tudung, pihak sekolah akan memanggil 
wartawan lalu beliau dan keluarganya akan dimalukan di hadapan wakil 
media itu dan disiarkan di akhbar.
 Ketiga:
 Jika beliau masih tidak membuka tudung, En Phang akan menembak Cikgu 
Choy dan kemudian En Phang akan menembak mati dirinya sendiri.
Cikgu
 Choy dinasihati untuk membuat laporan polis kerana ugutan bunuh bukan 
sesuatu yang boleh dipandang remeh. Beliau kemudiannya membuat satu 
laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat.
Selepas
 laporan polis dibuat, pihak PPD bertindak segera dengan menukar Cikgu 
Choy ke sekolah lain di Kota Tinggi atas alasan keselamatan. 
Menurut
 Cikgu Choy lagi, kes ini bukan isu terpencil di sekolah tersebut bahkan
 terdapat beberapa orang murid perempuan beragama Islam di sekolah itu 
yang dilarang bertudung oleh pihak sekolah. Perkara ini bercanggah 
dengan kenyataan Guru Besar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang 
mengatakan beliau menghormati pemakaian tudung oleh orang Islam.
Suatu
 yang dikesali ialah tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak 
berkuasa terhadap pihak pengurusan sekolah terutamanya En Phang. 
Meskipun siasatan polis sedang dijalankan, pihak berkuasa perlu 
mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan sekolah kerana pihak sekolah
 telah menafikan hak asasi seorang muslimah bahkan melakukan tindakan 
ekstrim dengan pelbagai ugutan memalukan dan mengancam keselamatan.
Apakah
 dengan tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa ini bermakna 
memberi laluan luas kepada mana-mana institusi bukan Islam untuk 
melakukan pelbagai diskriminasi terhadap pekerja Islam yang bekerja di 
bawah seliaan mereka?














 

