Cerita-cerita dongeng
Pak Pandir sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri bahkan diiktiraf
masyarakat luar sejak awal 1900an lagi apabila cerita cerita ini dikumpulkan
dalam satu buku bertajuk “Cherita Jenaka” Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock
pada 1908.
Lihat sahaja watak Pak
Pandir iaitu orang yang sinonim dengan “kebodohan”. Masih teringat kisah Pak
Pandir yang disuruh Mak Andeh untuk menjemput Pak Haji dan Pak Lebai ke
rumahnya kerana dibuat kenduri tahlil kematian anak mereka.
Kerana Pak Pandir
tidak mengenali rupa Pak Lebai dan Pak Haji, Mak Andeh menerangkan, yang
berserban itu Pak Haji, yang simpan janggut tu Pak Lebai. Maka berakhirlah
dengan Pak Pandir membawa pulang seekor kambing jantan yang disangkanya Pak
Lebai (berjanggut) dan seekor burung pipit Uban yang “berserban” di atasnya.
. |
Namun sebodoh-bodoh
Pak Pandir, beliau juga licik orangnya, masih teringat kisah Pak Pandir dengan
gergasi. Apabila Pak Pandir secara tak sengaja (mungkin sengaja tanpa niat)
membunuh anak gergasi, Sebodoh-bodoh Pak Pandir, bodoh lagi sang gergasi!
Telatah kebodohan Pak
Pandir moden dan “kebijaksanaan” Pak Pandir di zaman Cyber (lah sangat…)
mungkin sinonim kepada sesetengah peneraju@pemimpin masa kini. Bodoh sombong
syok sendiri!
Kisah Pandir moden di
zaman Cyber (lah sangat..) memberi pengajaran kepada kita, walaupun seseorang
itu meneraju, tetapi belum tentu arif tentang soal strategi perjalanan ke zaman
Cyber (lah sangat ..)
Maka tidak hairan
sekiranya akan ada pengikut Pandir merayau tanpa baju telanjang bulat setelah
baju kertasnya koyak rabak di zaman Cyber (lah sangat…) Persoalan “siapa”
Pandir Moden zaman Cyber Jaya usah dibahaskan, namun belajarlah dari kisahnya
dengan hati dan fikiran yang terbuka..
Harap Maklum.