March 31, 2005

Virus!


Salam sejahtera buat sahabat-sahabat SIM, GJ, LG, rakan-rakan blogger & kawan-kawan yang sewaktu dengannya...

Aku kekeringan idea..TIDAK! Seminggu aku tak update blog ni lantaran pc aku di sampuk virus. Janggal! cukup janggal seminggu tanpa Internet!

Internet telah menarik perhatian ramai. Ramai pemilik komputer di negara ini tidak lagi berfikir dua kali untuk mendapatkan akses ke Internet tidak kira di pejabat ataupun di rumah. Pengguna Internet di Malaysia sudah tidak menjadi isu. Malah pihak kerajaan ingin meluaskan lagi penggunaaannya. Ramai dari menteri kita telah melancarkan tapak web agensi ataupun swasta. Lebih daripada 100,000 orang penduduk di Malaysia telahpun menggunakan Internet untuk pelbagai perkara dan ramai lagi yang akan menggunakannya.





Satu ketika dulu, kemudahan internet disalah-sangkakan sebagai saluran yang memanfaatkan mereka yang berakhlak negetif dan bermoral rendah .Tidak dinafikan bahan negatif boleh didapati melalui Internet. Akan tetapi, Internet lebih banyak digunakan untuk perkara-perkara positif terutama bagi mendapatkan pendidikan dan pengetahuan. Aku fikir SIM sedang mengorak langkah ke arah itu...

okey babai.....sekian kuliah 'dendam kebah virus' petang ni..tq.

March 24, 2005

Kenyangkah Indonesia?

Salam...

Akan kenyangkah Indonesia dalam kempennya 'Ganyang Malaysia' kira-kira dua minggu lepas terhadap Malaysia dalam isu pemberian konsesi minyak dan gas di dua blok kawasan di Laut Sulawesi kepada syarikat minyak Shell.



Lantas ratusan pemuda menamakan diri Front Penegak Demokrasi (FPD) berdemontrasi di depan Kedutaan Besar (Kedubes) Malaysia, Jalan Rasuna Said, Kuningan, Jakarta Selatan. Ratusan lagi rakyat Indonesia berarak di Makassar, Sulawesi Selatan sebagai tanda bantahan. Mereka membakar empat helai Jalur Gemilang dan aksi mereka disiarkan oleh beberapa stesen televisyen Indonesia.




Dalam pada itu Media Indonesia juga memperbesar-besarkan isu sempadan maritim membabitkan dua blok kawasan minyak di Laut Sulawesi. Apapun situasinya pemimpin kedua-dua negara dapat mengadakan perbincangan secara harmoni demi kebaikan bersama.



Mana ada dalam sebulan di Indonesia tanpa Demonstrasi? adakah ini cara terbaik bagi mereka menyelesaikan masalah? Selepas isu ini mula menghangatkan kedua-dua belah negara Duta Besar Republik Indonesia, Rushidharjo pula dikritik hebat oleh DPR Indon dalam kenyataannya seperti yg tersiar di akhbar Utusamn Malaysia "Perbuatan ini berpuncak dari orang yang lapar, orang lapar ini orang yg marah, orang yang marah ini orang yang gila"

Rushid memohon maaf setelah didesak DPR." Tidak ada dari maksud kami untuk melecehkan. Bukan kami mengecilkan suasana batin di Tanah Air. Sungguh pak, deep in my heart, I love my country" kata Rushid.


Sekadar mengulas...

Karatnya....




Ku punya cinta

Dulu aku punya cinta
yang sedianya ingin kuberi padamu
bersama seluruh rindu yang sanggup membuat angin berhenti berhembus
bersama seluruh sayang yang mampu membuat ombak kehilangan buih
bersama seluruh kata yang terukir dari lubuk hatiku

dulu aku punya cinta
yang sanggup mendendangkan lagu-lagu indah
pada setiap titis embun di pagi yang berkabut
yang mampu menggetarkan jemari
setiap kali gelombangmu mengusik sepiku

dan kini aku masih punya cinta
walau bukan kamu pemiliknya...


Jumaat Sept 12, 2003 4:41 pm

March 23, 2005

17A

PM bangga Amalina capai 17A dalam SPM

PUTRAJAYA 9 Mac
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bangga dengan kejayaan Nur Amalina Che Bakri yang mencipta rekod dengan memperoleh 17A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

``Saya gembira dan bangga dengan kejayaan Amalina. Ini satu bukti kepada pelajar-pelajar lain bahawa jika mereka berusaha gigih, mereka boleh mencapai kejayaan bukan sahaja setakat cemerlang, malah gemilang dan terbilang,'' katanya.

Beliau mengulas kejayaan Amalina, pelajar Sekolah Menengah Ulu Tiram di Johor Baharu yang diumumkan hari ini sebagai pelajar terbaik SPM 2004.

Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein membuat pengumuman keputusan SPM di sekolah Amalina. Perdana Menteri berharap Amalina akan dapat mengekalkan prestasi cemerlang itu dan terus mencapai kejayaan dalam bidang yang akan diteruskannya.

Bercakap kepada pengarang media di pejabatnya di sini, Abdullah berharap Amalina akan dapat menyambung pelajarannya di universiti terkemuka di luar negeri.



Kedai mamak tahun 2020..ada berani?


' Result SPM tu dah lama la... tak payah la nak bangkit isu tuh!'

'Mamak teh tarik dua! Roti canai pun dua!'

'Itu bukan isunya kawan...tapi cuba hang tengok , rata-rata semua negeri mencapai keputusan lebih baik dari tahun lepas'

'Ye la zaman sekarang banyak kemudahan pendidikan, maka tak hairanlah budak-budak tu boleh score keputusan cemerlang. Bukan macam zaman orang tua kita dulu, dah la kemudahan kurang, pendedahan tak de, kesedaran apa lagi...langsung tak de. Hari-hari balik sekolah terus masuk kebun, turun sawah, pancing ikan....Jauh beza dengan zaman sekarang la...'

'Apa pun kita patut berbangga la...rata-rata orang kita ramai yg juga resultnya cemerlang'

'Tapi aku ada pendapat aku sendiri la...'

'Haa apa dia tu?'

'Hang tau tak, tahun lepas berapa banyak kes soalan bocor? Lepas tu Jabatan Pendidikan lak bagi berbagai alasan. Aku rasa ni la sebab ramai yg cemerlang SPM...hehehehe....'

'Banyak la ko punya bocor! Ikut sesedap rasa jer ko cakap!' Tau Menteri Pendidikan bersepai roti canai dlm mulut ko tu kena penampar dia tau..'

'Hehehehe..tak de la, ini pendapat aku jer. Tak pun memang soalan tahun lepas senang kooott'

'Isyy !! Hang ni cepat makan la, dah lambat ni..merepek jer!'

'o.k la.....'

March 22, 2005

Sketsa Hari Lahir...28 Jan. 09.15, Isnin


Berikut adalah entri dari versi asal yg dapat diselamatkan di jurnal semutapi.easyjournal...





‘Okey, kita ramai-ramai nyanyi lagu happy birthday untuk Yana…1, 2,3 !’

‘Happy birthday to youuuuu… happy birthday to youuuuu… happy birthday to youuuuu…’

‘Yeaaaaa….!!!’

(ting..tong)

‘Hah sapa tu?’

‘Assalamualaikum semuaaa..!!! hai sayang happy birthday...’

‘Hah! Abang datang yahoooooooooooooooooo….ada bawak hadiah untuk Yana tak?’

‘Ermmmm…..’ ‘Tak de la tu….huh! nyampah! Benci adik! Tak nak geng lah kalau macam ni…’

‘Sorry la..abang lupa, esok abang belikan teddy bear besar untuk adik. O.k?’

‘Ye la tuh….Janji tau!’

‘Sumpah! Jom kita makan kek dulu..lapar nih!’

(nyam..! nyam..! nyam!…erkkk! alhamdulillah ..kenyang)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Esok pagi)….

‘Selamat pagi mak!’

‘Ishh..amendenya pagi! Tengok kat luar tu….kan dah tengahari..’

‘Ye ke? Pukul 12.45..bukan kira pagi lagi ke? He he he…’

‘Lantak engkau la Long…’ ‘Mak lepas ni along nak kuar cari hadiah Yana…’

‘..dan hadiah awek sekali kan?’

‘Mana ada awek mak…RM pun ada ciput je ni…’

‘Ye la tu..pi minum dulu..nasik goring tu pun dah naik sejuk…’

‘Baik mak’… (……….erk..!! Alhamdulillah !)

‘O.k mak kita pergi dulu..’

‘Baik-baik bawak motor…jangan nak merempit jer..’

(Vroooom…!!! Vroooooooooooooooooooooooooooooooommm!!!) ………………………………………! …………………….

‘Mana kedai hadiah ni…?’

‘Hah! Tu pun…’

(Skreeeeeeeeeeeeeeeethhh..!!!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(dalam Kedai)

‘Mak oiii!… banyak nya teddy bear’

‘Hai…bole saya Bantu?’

(ishh! ni aku rimas ni..belum apa2 salesgirl ni dah nyibuk!)

‘ermmm ..nak cari hadiah birthday untuk adik..’

‘Ooooo..yang belah ujung tu sesuai bang…..macam-macam bentuk ada, dalam berbagai gaya , fesyen , warna…bla..bla..bla…’

(ishh! Bagi la chan aku pilih sendiri….aku bukan buta warna , duit aku, aku punya hal lah!..)

‘Yang ni memang sesuai untuk bebudak, last stock, lepas ni dah tak order lagi…’.

(last stock ? tak Tanya pun. Nak bankrup ke kedai ni? He hehe..)

‘Eermmm..biar saya buat pilihan sendiri..o.k?’

‘Hah! I nak yang ni…..’

‘Satu je bang ?’

‘Dua, lagi satu… jap I cari lagik…’

‘Beli lebih lagi bang…bole dapat diskaun, untuk birthday tahun depan sekali….’

(Hah! Ni yang aku tak suka mula la nak merapu minah ni….buat lawak bodo lak dia..)

‘Hah lagi sekor yang tu…yang coulour hijau tu…muka pun dekat sama macam awak…’

‘Hehehe abang ni kelakar la, pandai buat joke..’

(sapa lak buat joke…aku serius ni..memang muka dia macam teddy bear….keh..keh,,keh)

‘O.k masuk kotak elok-elok …balut cantik-cantik, paham!..

‘Garang la abang ni…yang lagi satu ni untuk sapa bang?’

‘Yang ni I nak sedekah kat Acheh…cibuk jer…’

‘Ala sekor mana cukup bang…ni mesti nak bagi awek ni….’

‘Eh yang awak ni Tanya macam-macam, apa kes? Kang aku tak jadi beli padan muka kau…hah! Bape RM?’

‘Abang punya pasal kita bagi murah..RM….jer….’

(Minah ni..nak berkenalan cakap jer la….)

‘O.k thanks…bye…’

(Vrooom!…….Vrooooooooooooooooooooooooooommmm!!!!)






(Dalam perjalanan balik)

‘Mana public phone ni?……haaaa…tu pun…’

tut…tuuut….tut…….tuuut...

‘Hello… bole cakap ngan Lina?’

‘Lina…ermmm Lina mana?’

‘Takkan Lina Hangat kooot…..’

‘Abis tu lina mana?’

‘Haslina, Haslina alias POYO! Ada tak?’

‘Dia tak de!’

‘Baru sat-sat ni saya dengar suara dia…’

‘Itu suara dia! Ni suara saya..faham? O.k, ini ada mesej untuk awak..dengar!’

(ishhh! Minah mana lah yang getik sangat ni?)

‘Haslina @ POYO dah tak nak kawan ngan awak lagi! Sebab awak takde kereta Wira Limited Edition macam balak baru dia…ada paham? Hubungan awak dengan dia putus sebaik sahaja saya abih bercakap…keputusan adalah muktamad! Disahkan oleh para juri dan hakim!…..’

(betulkah apa yang aku dengar? Ataupun ini hanya gurauan semata tapi memang sedari dulu telah ku duga)

‘Ello minah jap..jap..awak tolong cakap dengan dia. Takat Wira Limited Edition tuh! Aku tak heran! Dia tak tau aku ni versi jejaka Malaya Special Edition tau! Kat Malaysia ni ada sorang je orang macam aku! Kalau dia tak nak aku pun tak hingin!!!’

Tuuuuuuut…….!!!!

‘Huh puas ati aku! Baik aku balik bagi teddy bear ni satu kat birthday girl, satu lagi kat mak aku, dah sure mak aku ketuk pala aku he he hehe……’

(Vrooomm!!!………………..Vroooooooooooooooommmmmmmm!!!! Vroooooooooooooooooooooooooooooooooommmmm!!)

Skreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeth !!! GEDEGANG !!!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhh !!! . . .

...Wing Wong Wing Wong! Wing …wong ! …


Al fatihah…..




anekdot,
berhati-hati di jalan raya...





WAKTU DAN KETIKA



WAKTU DAN KETIKA

di suatu waktu
di suatu ketika
dulu...

aku disini
duduk menghitung waktu
pada jam usang tinggalan arwah tok ku

tik.. tik... tik...
apa yang mau kau isyaratkan?
sekian abad kau bergerak
mengapa kau masih enggan berbicara?

Rabu Sept 17, 2003 2:43 pm

Salam Hari Jumaat


Versi hari jumaat lepas...

Assalammualaikum,

Buat renungan bersama.Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.

Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamudiampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.




Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wassalam.

March 17, 2005

RM365 Juta, ITIS VS RMKL

Berikut adalah entri dari versi asal yg dapat diselamatkan di jurnal semutapi.easyjournal...





RM365 juta

Kuala Lumpur 13 Jan.
Sistem Maklumat pengangkutan Bersepadu (ITIS) berharga RM365 juta bakal beroperasi sepenuhnya di ibu negara pada pertengahan tahun ini meliputi kawasan seluas 234 kilometer persegi.

Dikatakan tercanggih di Asia Tenggara, sistem tersebut mampu membantu pengguna mengelakkan kesesakan lalulintas berpandukan maklumat terkini yang dipaparkan melalui sistem pesanan elektronik(VMS)sepanjang masa.

~dipetik~




ITIS

Selari dengan salah satu daripada objektif pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 untuk mempertingkatkan pengurusan sistem pengangkutan di Lembah Kelang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memilih Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) untuk mempertingkatkan perancangan serta aliran trafik di bandaraya Kuala Lumpur.

Pengerak utama ITIS ialah Pusat Pengurusan Pengangkutan (TMC) yang berperanan sebagai pusat atau nadi utama bagi keseluruhan sistem ITIS. TMC menerima, memproses dan menyebarkan segala data trafik yang diterima sepanjang masa.

Maklumat yang diterima mengenai keadaan trafik dan kesesakan lalu lintas akan dihantar ke TMC untuk dianalisis dan dinilai sebelum diinterpretasikan sebagai maklumat trafik yang mudah difahami.

Di masa yang sama, Advance Traveller Information System (ATIS) akan menyampaikan maklumat trafik terkini kepada pengguna jalan raya dalam bentuk peta kesesakan, peta kelajuan perjalanan dan peta kemalangan melalui Internet (menyokong perkhidmatan tanpa wayar) dan pusat panggilan.

Papan maklumat elektronik (VMS) yang dipasang di sepanjang jalan raya utama juga akan memaklumkan maklumat trafik terkini kepada pengguna-pengguna jalan raya.




RMKL-Stesen Interaktif Anda

RMKL telah bergerak maju ke hadapan dengan gelombang radio 97.2FM, stesen ini boleh didengar bukan sahaja di Lembah Klang tetapi boleh melepasi sehingga ke Seremban, Melaka, Sabak Bernam Selangor dan juga di sekitar Pahang. Di samping menyampaikan maklumat dan hiburan stesen ini juga telah membuka pendaftaran kepada semua pendengar RMKL yang di kenali sebagai 'Sahabat RMKL'.

Antara fungsi para sahabat RMKL adalah sebagai penyampai maklumat trafik di sekitar Lembag Klang. Jika dilihat dari liputannya yang luas, RMKL mampu menjadi penyampai maklumat paling berkesan kepada pengguna jalanraya di sekitar Lembah Klang. Peranan sahabat-sahabat RMKL yang telah mencecah puluhan ribu ahli adalah duta kecil paling efektif untuk menyampaikan maklumat trafik dari serata Lembah Klang menerusi talian DAPAT (32728) ke stesen RMKL.

Apa yang penting setiap mesej yang di sampaikan perlulah ikhlas dengan niat membantu menyelesaikan masalah kesesakan di Ibukota yang seperti tiada jalan penyelesaiannya. Kita bukan sahaja dapat membantu mereka yang sentiasa berkejar ke merata tempat dengan berbagai urusan resmi mahupun peribadi tetapi mungkin juga kita mampu menyelamatkan nyawa manusia dan membantu menyelesikan berbagai masalah lain yang berpunca dari kesesakan lalulintass. Bukankah ini juga satu amalan yang baik?

Apapun perkembangannya, antara RM365 juta, ITIS dan RMKL yang mana satu lebih berkesan membantu pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang. Adalah diharapkan projek sebesar ini mampu membantu merungkaikan kesesakan laulintas dan jangan sampai Papan Maklumat Elektronik (VMS) hanya sebagai tanda sepertimana batu nesan di tanah perkuburan (?).


Anekdot,

Sehari 3 jam dalam kereta, kalau seminggu? sebulan? setahun?...Aduh! Betapa masa yang ada perlu dihargai!

Sausage Haram.

Salam...



Malam semalam, kalau ada sesiapa yang tengok Buletin Utama TV3 pasti tau, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & Pihak Kerajaan telah membuat serbuan ke satu kilang membuat 'sausage' di kawasan Selangor. 'Sausage' tersebut menggunakan usus khinzir dan TV3 turut hadir. Malangnya jenama sausage tersebut tidak diberitahu!

Hari ni, sebab perasaan membuak2 nak tau, I personally called-up TV3's News Room and was told that the brand is manufactured by Muller's Sausage Haus Sdn. Bhd and they are also the supplier for Ikea !! (Kalau pernah pergi Ikea you all mesti tau about cafe makanan kat Ikea tu). Yang untuk Ikea tu namanya 'Varmkorv'.

Katanya Buletin Utama akan buat more coverage tonite.

~dipetik dari email.



Jadi, kawan2, sebar2kan lah....Isu ni macam tak ada jalan penyeselaiannya. Apa dah jadi? Sama la macam paip najis yg retak, ramai orang tau tapi memasing tunggu pecah dan terhambur, terpalit ke batang hidung memasing baru nak havoc! Biasa la orang kita. Malaysia Kita.


Awas Blogger !


Polis wawancara blogger 'brandmalaysia'
Pauline PuahMar 16, 05 12:57pm


Peningkatan pengaruh weblog nampaknya telah menarik perhatian pihak berkuasa, setidak-tidaknya bagi pihak polis yang semakin berminat untuk mempelajarinya daripada seorang blogger tempatan.

~dipetik dari Malaysiakini.com.

March 16, 2005

Blind Date di Congkak

March 13, 2005. 0830 a.m

Hari yang dirancangkan oleh SIM untuk program FDay di Congkak tiba saat dan waktunya. Para peserta Treasure Hunt yg kebannyakannya pro mula berkumpul di Plaza Tol Bt.9, Cheras. Ketibaan peserta disambut dengan senyum manis oleh orang kuat SIM uncle Soekre.

Dengan riak muka tertanya-tanya dan teragak-agak, maklum la bukan dia kenal semua ahli SIM cuba mengukir senyum pada setiap kereta yg memperlahankan kenderaan selepas membayar tol. (boleh claim ke? resit aku simpan lagi).

Taklimat ringkas disampaikan oleh ALID yang ala-ala Karam Sigh Walia dibantu oleh BAWAL & MAK AJI mengedarkan soalan bocor Treasure Hunt. ( apa ni ALID soalan tak ada Tulip & KM ke? mana aci macam ni...hehehehe ). Sementara NEO yg bertindak sebagai cameraman tak bertauliah sibuk mengusung Vidcam kehulu kehilir...hehehehe..

Selesai taklimat satu persatu peserta dilepaskan (macam F1 pulak) memecut laju ke Congkak berbekalkan soalan treasure yg mudah dibaca tapi sukar dijawab (bagi yg bertaraf amatur la...)

Sepanjang perjalanan ke Congkak peserta tercangak-cangak mencari jawapan. Yang peliknya aku tak jumpa lak dgn peserta lain sepanjang perjalanan ke Congkak. Depa dapat soalan bocor ke ALID?






09.32 a.m
Aku sampai di Ecotouria Resort dengan bangganya kerana aku rasa boleh menang! Disambut dengan senyum menggoda INAMANJA sambil perli aku badannya gatal-gatal kena gigit semut. Apa kes tanya dgn aku? tanya la semut api, diiringi gelak tawa AHMADS dan siapa tah wanita di sebelah dia tuh. Tak sempat lak nak berkenalan, maklum la aku ni pemalu sikit...


10.15 a.m
Sessi Blind Date besar-besaran bermula apabila orang kuat SIM memperkenalkan mereka yg selama ini berselindung disebalik nickname tetapi rasanya tak semua disebut (?).


10.30 a.m
The Big Bayan & Shannel memulakan upacara sukaneka FDay yg mana program menjurus kepada merapatkan silaturrahim antara ahli SIM. Tercungap-cungap juga aku tengok ANIZA, LYN, IRA, SARA, AZIEZAH, AZK, HASHIM, JAWAMUAR, RAZZA, BANJAROCK, KUBUR, SEJUK, ZELL, PANDORA dan lain-lain. Sekadar menyebut beberapa nama. Nama yg tak tertulis atau tersilap tulis, bagi tau aku nanti aku tulis balik.. hehehe..

Maklum le tak semua stick nama ...macam aku jugak sampai dua kali INAMANJA tulis nama aku & suruh stick di baju (syyy...! sebenarnya aku saja buang sebab tak mau dikenali sangat, maklum le aku bukannya glamour sangat, sorry aaa UNCLE! gua tabik sama lu)

Tahniah juga kepada pasukan JPA3 yg sporting & friendly dengan ular-ularnya yg dah hilang taring. Lain kali boleh jemput lagi!

Untuk perjalanan program sukaneka seterusnya korang rujuk sendiri di aturcara yg diedarkan hari tu. Aku tak larat nak tulis banyak-banyak...





12.30 p.m
acara yg dinanti-nanti oleh SIM, acara makan-makan sambil memaintainkan perut yg memang sedia boroi! Except me!


13.15 p.m ~ 14.30 p.m
Berehat & bersantai sambil mandi manda di Sg. Congkak...siap ada yg terjun tiruk lagi mengalahkan bebudak havocnya. Haru betul budak nama BANJAROCK & KUBUR tuh!


14.30 p.m
Acara yg berbaki diteruskan untuk sukaneka kanak-kanak walau ramai yg dah kepenatan dgn memasing buat muka seposen namun tetap diteruskan. Betul kata AZK " Ingatkan orang tua jer menipu (dalam acara sukaneka) rupa-rupanya bebudak pun pandai menipu gak!" Hehehe...maklum le budak, bukan menipu tapi tak berapa faham arahan. Tapi aku musykil sikit, pasal acara bebudak tu tak de hadiah? Sian depa makan tepung! Sorry aaa UNCLE sekadar bertanya.










15.00 p.m
Acara penyampain hadiah dilangsungkan dgn deretan hadiah yg memenuhi meja perlu segera diagihkan. Biasa la yg menang dapat hadiah. Macam aku la, tempat ke-5 acara Treasure Hunt. Buat susah-susah jer bagi hadiah kat aku! Hehehe...

Jangan putus asa pada yg kalah, cuba lagi di FDay SIM tahun 2020 nanti. Aku rasa-rasanya boleh menang acara tuh tapi aku saja bagi laluan kat depa takut nampak sangat aku ni Pro. Kwank! kwank! kwank...!




15.30 p.m
Acara perpisahan yg mengharukan ahli SIM yang turut serta terutama perpisahan dengan ular tu sebab aku tak sempat nak buli dia...lain kali kita jumpa lagi yek ular !




Aku rasa penat gila ba...bas hari tu, dalam tak sedar, pejam celik pejam celik aku dah sampai rumah. Aku pun tak tau macamana aku drive, nasib baik aku tak terxcident...syukur Alhamdulillah.

Penat giler ko hari tu...Fuhh!! tobat aku joint lagi lepas ni........zzzzzzzzzzz !


~*~


'Woi! Deanz u tido ke buat kerja kat belakang tu? Dah siap ke kerja yg i bagi tadi?'

'Opps ! Sorry Boss... nak touch-up sikit lagi ni..kejap lagi i bagi..'

Tengok UNCLE, Boss aku dah marah. Korang punya pasal la ni...Hehehe...! SIM tahniah untk korang semua! Hep ! Hep! Horeeeeey !!



March 15, 2005

kata-kata aluan



Tuesday, March 15, 2005

blog baru kawan...

welkom back to blogger's world semut api. heheheh... blog nya tak dapat nak masuk atas sebab2 tertentu. terus pindah umah. yer tak semut? all da best n good luck yar...

Posted at 06:48 am by amylia7.



~dipetik dari http://jurnalhidup.blogdrive.com/ nanti aku add ur blog..:)

Khazanah terdahulu...



Berikut adalah entri dari versi asal yg dapat diselamatkan di jurnal semutapi.easyjournal...



Monday, December 27, 2004

Semut Api lancar laman web peribadi

'Masa begitu cepat berlalu', 'Rasa baru je sambut tahun baru', 'Azam dulu tak tercapai lagi dah ujung tahun', 'Rasa cepat betul tahun ni kan?' dan macam-macam lagi ungkapan yang sering kita dengar apabila menjelangnya penghujung tahun. Manusia memang pelik. Namun begitu, bukankah kita pelakon terbaik di pentas dunia yang bakal kita persembahkan ke pentas dunia yang abadi nanti?

Begitulah antara yang dipaparkan dilaman jurnal salah seorang ahli SIM, Semut Api. Laman beliau boleh dilayari di http://semutapi.easyjournal.com . Semakin ramai ahli-ahli SIM yang memiliki laman web sendiri samada dalam bentuk jurnal atau dengan domain persendirian. Selain dari Neo, Kubur , Alid Sorento dan Semut Api , Bawal akan muncul dengan laman web e-dagang tidak lama lagi.


~dipetik dari laman web http://www.sim.org.my




March 14, 2005

Kominikasi Semut

Salam...

Penelitian ilmiah tentang semut menunjukkan adanya jaringan komunikasi yang luar biasa di antara makhluk ini. Dalam artikel di majalah National Geographic menjelaskan :

Semut berkomunikasi dengan mengeluarkan bebauan dari tubuhnya. Zat kimia yang dikeluarkan oleh semut dari koloni yang sama adalah berbeza dengan koloni yang lain. Itulah sebabnya jika dua semut bertemu akan saling menyentuh untuk saling "membaui" dan mengetahui asal-usul masing2. Jejak ini juga digunakan semut pekerja sebagai penanda tempat.

Semut juga memiliki metode komunikasi yang cukup berbeza daripada organ pancaindera mereka yang peka. Mereka menggunakan organ pancaindera ini setiap saat dalam hidup mereka, dari menemukan mangsa hingga saling mengikut sesamanya, dari membangun sarang hingga bertarung...


Al Quran memberi informasi menarik ketika kita membicarakan tentara Nabi Sulaiman as. dan menyebut adanya "sistem komunikasi" yang maju di antara semut. Ayat itu sebagai berikut:

Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.

(Surat An-Naml: 18)

...

March 07, 2005

Semut api (satu pengenalan)

Salam...




Semut api adalah serangga merah berukuran kecil. Namun, mereka mampu melakukan hal-hal besar. Ratu semut jenis ini, dapat menelurkan hingga 5000 telur sehari. Sementara banyak koloni spesies semut memiliki beberapa ratus pekerja, koloni spesies ini memiliki sekitar setengah juta pekerja. Satu ratu semut api yang telah mengawan dapat membina sebuah koloni dengan 240,000 pekerja.

Semut api menyerang mangsa dengan sangat agresif dan berbisa. Telah diamati bahawa semut api muda dapat mencederakan bahkan membunuh reptilia lain.