April 29, 2005

Sultan Brunei

Tengahari tadi aku berpeluang solat Jumaat dengan Sultan Brunei sempena lawatan beliau ke Malaysia diiringi oleh YD Pertuan Agong. Malangnya aku kenal Sultan Brunei tapi Sultan tak kenal aku.


Ramai yg berpusu-pusu bersalaman dgn beliau...



Kenderaan yg membawa Sultan Brunei & YD Pertuan Agong. Besaqnya kereta depa....

Semoga hubungan baik kedua-dua negara berkekalan, Amin... dengan Singa, Indon & Thai kita sering bermasaalah...:(

Renungan


Salam...

Kita selalunya memikirkan apa yang terbaik untuk kaki kita. Sanggup membeli kasut termahal dari jenama terkenal dengan fesyen terkini. Kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata utk menggayakan kasut termahal yg diimport dari luar negara.


kukukakikukukakikukukakikukuka..........


Dari segi posisi pemakaian kasut hanya terletak nun di hujung fizikal kita, di hujung kaki yg terletak di posisi paling rendah dan terpalit dengan berbagai kotoran dan najis!


Tidak dinafikan kepentingan untuk melindungi kaki kita dari sebarang kecederaan dan pemakaian kasut juga memudahkan pergerakan kita...tetapi pernahkah kita memikirkan (?) apa yang terbaik untuk kepala kita? Kepala kita yg terletak diposisi paling atas dan salah satu anggota tubuh yg cukup kita muliakan dan tidak sewenang-wenangnya kita merendahkan kecuali dalam sujud ketika dalam sembahyang.

kasut murah jer....


Berapa ramai di antara kita sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk membeli bahan bacaan utk pengisian kepala kita? Membaca adalah proses interaksi antara penulis dengan pembaca yang menggunakan pengetahuan awalnya untuk memahami informasi baru dari penulis. tetapi harus diingat pemilihan kualiti bahan bacaan juga penting. Bukan main belasah jer..asal baca sudah !! Apa raa...!! Dah kering idea la..o.k semoga anda semua mendapat manfaat dari bacaan anda...Chau dulu...



mana satu kepala aku..(?)..

April 28, 2005

Tanpa tajuk...koleksi di Geju.






Palestin
di dadamu kebanjiran tragedi
dengan percikan darah luka-luka tubuhmu
jiwa mu tidak pernah aman
kematian dan kesakitan lumrah kehidupan

Melayan karenah celaka si gila Israel
kelonsong peluru berserakan
mencarik sejarah bumi Palestin

Kadang-kadang terfikir
sampai bila kita harus bisu
sedang kita boleh bersuara
bilakah kesudahannya?


Rabu Des 15, 2004 . 4:03 pm






April 26, 2005

Mempelam


Salam...

Buah ni memang sedap di makan & senang di telan, tetapi ada spesis buah ni luarnya cukup gebu...dah tentu isi dalamnya manis umpama madu. Awas! jangan terpedaya dengan rupa! Kerana ada rupa jer gebu tapi rasa tawar hampeh...

Buah ni banyak di sekitar KL yang rata-rata harganya RM10 utk 3 KG. Jika kita dalam perjalanan ke Pantai Barat Selangor..sepanjang perjalanan dari Sekinchan hingga ke Sg. Besar banyak gerai-gerai menjual mempelam di tepi jalan dan dijual dengan harga yang berpatutan.


Ada orang tu makan sensorang je..siap havoc kat Blog tuh! Cisss!! ;-)


Buah ciptaan Tuhan ini sebenarnya lebih sedap kalau dimakan begitu sahaja..fresh dari pokok dia...tapi kalau dah dibuat camni...fuh! bole menjilat pinggan kita dibuatnya...


Aku makan sensorang je ni...Korang tengok jer laaa....


Pastu di tambah pulak dengan minuman berasaskan manggo.....


Syruuuuuuuup..!!!


Anekdot,
Bila orang Melayu kita boleh buat kilang minuman manggo secara komersial & besar-besaran (?)

April 22, 2005

Mambau NS


0830
Bertoalak dari ofis ke Mambau Negeri Sembilan (sebut betul-betul...MAMBAU bukan MUMBAI) atas urusan rasmi pejabat..

0900
Sampai di hentian R&R Serdang. Sempat pekena nasi lemak dan teh ais dengan 3 orang rakan sepejabat..

Meneruskan perjalanan melalui Seremban hi-way. Perjalanan lancar, aku sekejap terlelap sekejap terjaga..maklum le bukan aku yg drive.

Tutt...tutt..tutt..

'hello....'

'Assalamualaikum !'

'Waalaikumsalam'

'pekaba?'

'sihat...'

' u kat mana ni?'

'Area Nilai nak ke Mambau..'

'cuti ke?'

'tak lah..ada keje sikit..u nak datang ofis ke?'

'Opsss! alamak polis..mati aku! i call balik deanz..tak pakai handfree...'

'.....(?) apa la minah ni...sian dia'

Aku layan lalok balik..betul ke dia kena saman? hehehe sian Zarina..ah! sekejap lagi dia call balik la tu...

Tutt...tutt..tutt...

'hello...'

'Weiii Deanz ! i kena saman la ..hantu betul! i nak claim balik kat u...waaaaa!! suwey i hari ni. u la punya pasal ni...!'

'Kekekeke...pasal i pulak? lain kali cucuk earphone tu kat lubang telinga kalau nak call..'

'Kesian i tau..i tak pernah kena saman..'

'Hehehehe...apa citer ni? u nak datang ofis ke? I tak der pagi ni...petang baru ada..tak pun next week jer la u datang..'

'Ah! tak kira ..i nak datang gak...nak claim dgn u, RM100 tau....'

'Alah sesekali kena saman apa salahnya..bukan RM1000 punnn...Padan muka u..hehehe.'

'terima kasih cik deanz..samapai hati u...waaaa!!'

tuuuuuttt.......

Mesti marah dengan aku budak Zarina tuh! Eleh marah-marah pun dia kena berurusan dgn aku gak...kalau tak mana income nak masuk..heee..


1000
Sampai di Mambau, destinasi yang kita tuju, segala urusan berjalan lancar..depa dah tunggu kedatangan kita .....bla..bla...bla....bla...



Lokasi : Bt8, Mambau NS


11.05
Urusan selesai...Kami bertolak semula ke KL...aku sambung lalok..sempat juga aku hantar mesej ke KL.fm..di Mambau siaran KL.fm bole dengar juga walau tak berapa clear terutama depan balai Polis Mambau tu.....sempat juga DJ Prem baca...tq...


1200
Sampai di ofis..rehat jap, penat! sebelum pi solat jumaat...

1300
Salah satu masjid tercantik di Malaysia, tempat aku solat jumaat tadi. Senibinanya ala-ala masjid di Istanbul...


Macam pernah ku lihat..tapi dimana ya?

1420
Sekian sahaja entri aku hari ni...

April 20, 2005

Lunch



Menu makan tengahari aku baru jap tadi..aku ajak Alid tapi dia kata dia bz...so aku makan bagi pihak dia sekali...errkk ! Alhamdulillah..hehehe..

April 19, 2005

Keputeraan.

Kejadian luar biasa susuli kelahiran Muhammad.

KELAHIRAN Nabi Muhammad SAW, sudah diketahui Nabi Isa sebelum Baginda dikandung ibunya melalui wahyu daripada Allah bahawa akan lahir seorang rasul ke dunia dan dialah nabi terakhir.

Pada saat kelahiran Muhammad, keadaan di sekeliling amat luar biasa. Suasana persekitaran sungguh tenang dan indah.Tanpa rasa sakit, ibu Nabi Muhammad, Siti Aminah berjaya melahirkan Baginda dengan selamat disaksikan bidan.

Pada malam Aminah melahirkan Muhammad, tiada sebarang tanda pada dirinya yang menunjukkan beliau akan melahirkan anak. Hal itu menyebabkan beliau menyangka bahawa anaknya lambat lagi dilahirkan.


Masjid Nabawi


Bagaimanapun secara tiba-tiba saja pada Subuh hari berkenaan, Muhammad pun dilahirkan.Biasanya, bayi yang baru lahir akan menangis tetapi Baginda diam saja walaupun bidan menepuk tubuhnya beberapa kali. Baginda kelihatan seolah-olah seperti sedang berfikir dan matanya bersinar-sinar bagaikan melihat sesuatu.

“Luar biasa sungguh anakmu ini, dia tidak menangis, tetapi matanya kelihatan liar seolah-olah merenung sesuatu di atas," kata bidan kepada Aminah yang terbaring dengan wajah kegembiraan.

Ketika itu Siti Aminah berasa dirinya bagaikan mendapat segunung emas.

“Luar biasa anak ini,” ulang bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu.

“Apa yang luar biasa?” tanya Aminah.

Jawab bidan: “Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi dia tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun baru dilahirkan.”


Green Dome

Kisah keganjilan Muhammad diceritakan oleh bidan kepada jirannya yang turut hairan dengan keadaan bayi itu.Bagaimanapun, sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu berubah berseri dipandang serta menjadi tumpuan ramai.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun ada kalanya bulan gelap.Wanita pula amat suka ke rumah Aminah untuk melihat Aminah serta anaknya yang baru lahir seolah-olah ada tarikan tersendiri pada bayi berkenaan sehingga ada yang datang berkali-kali.


Ka'abah

Kisah keistimewaan Muhammad tersebar di merata tempat menyebabkan orang semakin ramai datang, malah orang yang tidak mengenali Aminah pun turut datang untuk melihat Muhammad.

“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.


Pedang Nabi Muhammad

Kelahiran Muhammad memberi cahaya kepada penduduk kota Makkah di mana keadaan di situ tiba-tiba bertukar wajah.Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur manakala ternakan yang dulunya kurang biak tiba membiak dengan banyaknya.

~dipetik

Wassalam & selamat bercuti...

TADI...

TADI....

Pagi tadi
aku bercerita kepada rakan pejabatku
tentang lelaki yang dilanggar motor waktu menyeberang

Siang tadi
aku bercerita kepada pak cik warung
tentang rakan sepejabat sahabatku yang dilanggar motor
waktu menyeberang Ialu beramai-ramai diangkat ke tepi jalan

petang tadi
pak cik warung bercerita kepadamu
tentang aku yang dilanggar motor waktu menyeberang
lalu diangkat beramai-ramai ke tepi jalan
dan menunggu setengah jam sebelum dijemput ambulans
tetapi meninggal sesampai di hospital

Malam ini
siapa yang akan bercerita tentangku
esok-esok pastinya tiada lagi yang bercerita tentangku....

Sabtu Sept 27, 2003 12:58 pm


April 18, 2005

BREAKING NEWS !

Inilah berita palsu yang menyebabkan kemarahan Menteri Pertahanan Malaysia.



Kompas 15 April 2005 (Jumaat)

Menhan Malaysia Minta Maaf .
Batam, Kompas - Kepala Dinas Penerangan TNI Angkatan Laut Laksamana Pertama Abdul Malik Yusuf, Kamis (14/4), mengatakan, Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menyampaikan permintaan maaf secara lisan kepada Atase Pertahanan Indonesia di Malaysia Kolonel Hartind Hazrin.


Hal tersebut berkaitan dengan insiden gesekan KRI Tedung Naga dengan Kapal Diraja Rencong milik Malaysia di perairan Ambalat beberapa waktu lalu.
"Permintaan maaf itu kemudian disampaikan kepada Komandan Gugus Tempur Laut Armada Timur Laksamana Pertama Soeparno," ujarnya.


Dalam kaitan itu, KSAL Laksamana Madya Slamet Soebijanto akan menggelar pertemuan dengan Kepala Staf Angkatan Laut Diraja Malaysia Laksamana Dato’ Sri Mohd Anwar bin HJ Mohd Nor di Batam, Jumat ini.

********************************************************************************




Buckingham Palace just report that Prince Charles has been hospitalised for consuming too much expired milk!

~via sms from Scotland...

April 14, 2005

Salam Hari Jumaat- AS Menambah Kebencian Dunia.


Salam...

SEJAK insiden 11 September yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York, Amerika Syarikat (AS) terus berada dalam keadaan hilang akal. Justeru negara itu akan melakukan apa sahaja untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam dan luar negara agar ia terselamat.

Langkah terbaru AS untuk menyusun satu rancangan khas bagi membolehkan negara itu mengakses akaun bank antarabangsa dalam usaha memburu pembiaya aktiviti itu juga merupakan satu lagi sikap hilang akal negara itu.


Lelaki ini cukup popular, ramai yang mengenalinya, walaupun dia tidak mengenali kita...


Ia berdasarkan transaksi kewangan yang dibuat di antara pengganas di peringkat antarabangsa dalam menjalankan kegiatan keganasan.

Tidak pula dilaporkan bagaimana langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.


...tetapi kadang2 dia bertindak seperti binatang.

Bagaimana AS dapat mengenal pasti sesuatu kumpulan organisasi itu benar-benar bersifat ganas dan boleh mengancam AS dan dunia amnya, juga merupakan satu persoalan.

Dalam banyak perkara, rekod AS dalam perisikan keselamatan antarabangsa sebenarnya memang buruk. Lihat sahaja apa yang berlaku di Iraq, senjata pemusnah dan Al-Qaeda.

Kebimbangan yang tidak menentu ini sebenarnya membahayakan keamanan dunia malah boleh mewujudkan satu lagi bencana baru. Tidak semua yang dimulakan oleh AS benar dan tepat!

~di petik~



...dan dia juga pembohong paling besar !!


~Doa Imam Masjidilharam sebelum beliau ditangkap, hayatilah...

http://desert.lvo.info/video/Dua.htm

Amin...




SUMATARA

Ini e mail yang aku terima dari seorang sahabat...persoalannya adakah ia releven?

Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan.

Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan... Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...

Datuk Laksamana: "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia?"

Sultan: "Sapa ada sana?"

Datuk Laksamana: "Tara sapa"

Sultan: "Apa nama itu pulau?"

Datuk Laksamana: "Tara tau"

Sultan: "Sana ada orang?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Rumah?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Sign-Board?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Apa pun tara?"

Datuk Laksamana: " Hutan ada la, Lain suma tara..."

Sultan: "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'."





Begitulah ceritanye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA... Relevent kan?

April 12, 2005

Mood.

Salam...

Mood pagi biasanya akan mempengaruhi emosi kita sepanjang hari, memang ada kebenarannya ungkapan ini. Salah satu punca ketidakseimbangan emosi berlaku adalah kerana keadaan ini...


Lokasi: suasana pagi di salah satu bandar popular di Lembah Klang-11/04/2005 07:47 AM

Di Kuala Lumpur (Darul Kesesakan) ini kesesakan adalah menjadi trade mark kepada penghuni dan pengguna jalanrayanya. Apa boleh buat inilah harga sebuah kemajuan yg perlu di'bayar'.

Impak dari sini berbagai masalah emosi, stress, mental problem dan berbagai masalah jiwa mula menanahi masyarakat kota! Sebagai orang yang beremosi saat itu kita tidak mampu berpikir secara rasional. Padahal dalam keadaan normal kita akan berpikir kembali dan merasa aneh, kenapa kelmarin kita terlalu sebegitu emosinya hingga sanggup mengeluarkan kata-kata dan sikap yang begitu menyakitkan (?).



Kita sendiri sering merasa sedih setelah melukai hati orang lain terutama orang-orang yang kita sayang hanya karena keinginan sesaat untuk mengeluarkan emosi bagi hal-hal yang tidak terlalu penting! Bak kata orang 'nasi telah menjadi bubur'.


Sukar untuk diubah lagi. Just learn from yesterday to do a better tomorrow & Stop saying bullshit !!....Sekian, Gua blah dulu !






April 11, 2005

Mari bergurau.

Salam...

Gurauan April Fool: Ha...ha...ha, kata Hamdan
Nurul NazirinApr 8, 05 7:44pm



Tidak sampai seminggu selepas beliau dilaporkan menggesa supaya malaysiakini diharamkan kerana menyiarkan laporan gurauan April Fool, hari ini Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Prof Hamdan Adnan berkata, pihak berkuasa seharusnya boleh menerima gurauan.

( Pulak dah ! Apa la dia ni...? )

April 09, 2005

Tak de Kerja !

Kerja orang yg tengah tak ada kerja.....meja aku yang sentiasa bersepah sebab aku rajin buat kerja tapi tak rajin mengemas...hehehe.


the site from my table...

this image for mms rmkl juga....

April 07, 2005

Ganyang Malaysia, Selamatkan Ct...

Parlimen riuh sebut nama Siti
Oleh Veena Rusli dan Jami'ah Shukri


April 7, 2005 Berita Harian

KUALA LUMPUR:
Siti Nurhaliza yang dipilih Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004 turut popular di kalangan Ahli Parlimen. Semalam, ketika namanya disebut dalam persidangan, dewan menjadi riuh seketika.




Ada yang menepuk meja apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Datuk Zainal Abidin Osman membaca tajuk akhbar Indonesia Ganyang Malaysia, Selamatkan Siti Nurhaliza yang dilaungkan di negara itu ketika pertikaian wilayah di Laut Sulawesi tidak lama dulu.S K


Devamany (BN-Cameron Highlands) mencadangkan kerajaan mengambil pelbagai tindakan berbentuk proaktif dan bukan reaktif dalam menangani isu hubungan dengan Indonesia."Kalau hubungan kedua-dua negara boleh disuburkan menerusi Siti Nurhaliza, apa salahnya," katanya.





Anekdot,
Aku juga ada cadangan atau mungkin pendapat untuk menyelesaikan 'perang dingin' Malaysia-Indonesia...tapi siapalah aku, hanya semut kecil. Siapa nak dengar pendapat aku?

April 06, 2005

AKU




Aku

Aku masih punya hati
yang dapat membuatku bernyanyi
diiringi lembutnya suria pagi
bersama titisan embun yang membasahi hari

Aku masih punya jiwa
yang mampu membuatku tertawa
walau hari-hari masih terasa hampa

Aku masih punya cinta
Yang biru mendayu-dayu di langit biru
Yang hijau terlukis di daun pisang

Dan semuanya kusimpan cuma untukmu
Sampai pagi menjelang esoknya...


Jumaat Sept 12, 2003 12:28 pm

April 05, 2005

Gen. 2 = Basikal (?)


Salam..
Aku pernah terbaca komen ni tentang Gen.2, terpulang kepada anda untuk menilaikan semula...

Verdict On Cars Test

Gen2 looks quite smart from the outside and it was developed with help from Lotus - but don't be fooled. If you can put up with the appalling engine noise then the other serious drawback is lack of power, especially at low speed. Avoid the automatic gearbox option and buy a periscope for extra rear visibility. The driving position is terrible and soft seats don't help. Inside, the fit and finish lack any refinement. Passengers are confronted by dull, lifeless plastic and flimsy fittings all round. If you must have a brand new car then the Gen2 is relatively cheap - until you come to resell it. Equipment levels on some cars are good, with air conditioning and a Blaupunkt CD-player.
Overall though, a smaller Ford Fiesta, an ageing Rover 25 or a bicycle are better buys.




Quick Summary

Verdict On Cars says:
Steer Clear. Poor build quality and a dated engine plague the latest Proton. Gen2 looks reasonable from every angle but is generally poor value for money.

4car says:
Not recommended. "Plenty of better ways to spend ten grand."

Auto Express says:
"It's a good car at an excellent price but there are a few flies in the ointment."






Masih tidak percaya? klik di sini...

http://motoring.reuters.co.uk/reuters/vocmain.jsp?lnk=201&make=Proton&mk=&model=969&go.x=11&go.y=6



Talipinggang!


'Assalamualaikum!'

'Wa'alaikum salam...'

'Selamat pagi Encik'

'Selamat pagi...'

'Boleh tengok I.C dan lesen memandu Encik?'

'Boleh..boleh..nah.."

'Dari mana ni?'

'Ohhh dari ......., nak ke.....'

'Ooo...maafkan saya, saya nak bagi tahu yang encik telah melakukan satu kesalahan lalulintas iaitu tidak memakai talipinggang keledar ketika memandu'

( Aduh! macamana ni? apa nak bagi alasan nih! )

'ermmm...macam ni bang, saya baru je isi minyak kat petrol pump belakang tu, tak sempat nak pakai talipinggang nih...'

'Itu tak boleh dijadikan alasan encik, sepatutnya setiap kali sebelum memulakan pemanduan encik kena pastikan talipinggang keledar telah dipakai! Adalah menjadi satu kesalahan di bawah aAkta....bla...bla...bla...'

( ambik aku..tak pasal kena kuliah undang-undang )

'Saya tau la bang...tapi tolong lah sekali ni jer...'

'Alaaah awak pun bukan selalu kena saman, sekali-sekali apa salahnya....'

( eh eh! ikut suka suki dia jer brader ni cakap..dah lapan kali tau aku kena saman...adusss! )

'Lagi pun saya baru jer renew Roadtax, Insurans...habis riban-riban bang, bukan sikit duit tuh!...tak caya abang pi tengok roadtax tuh!'

'Itu masalah awak! bukan masalah saya....'

( ishh! tak friendly la brader nih! )

'Please bang, lain kali saya tak buat lagi, bagi jalan dah la...saya insaf dah!'

'Tak boleh Encik! awak faham tak? Lagipun bos saya dok perati jer tu..nanti kalu dia tanya no. pendaftaran ni kereta pasal tak kena saman..apa saya nak jawab?'

( Alaah! susah apa..cakap jer la..ada kucing nak bersalin ke, Siti Nurhaliza buat konsert kat Albert Hall ke...gempa kat pulau Nias ke...apa-apa je la... )

'Jangan la marah bang...'

'Awak ni dah melambatkan kerja saya tau tak? Apa nak susah dalam tempoh 30 hari dari tarikh saman ni awak boleh buat rayuan di mana-mana balai polis berhampiran kalau tak bayar juga awak akan dikenakan tindakan undang-undang, faham! Dah, tanda tangan sini'





( 'Encik bil telekom bole bayar sini tak?'
' Ikut saya pergi balai boleh la..' ) ~ iklan jap...heee..


'Eh! yang ni saman ke kompaun encik?'

'Oh! maafkan saya, yang ni tawaran kompaun tapi kalau tak bayar dalam masa 30 hari awak boleh di kenakan saman'

( hehehe terkena jugak brader ni... )

'Ooo macam tu...nah, saya dah sign'

'o.k, selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya...'

Vrommm! Vrooooooooooooooooooooooooommm !

'Aduh! kopak duit aku bulan ni....cisss ! '