April 19, 2005

TADI...

TADI....

Pagi tadi
aku bercerita kepada rakan pejabatku
tentang lelaki yang dilanggar motor waktu menyeberang

Siang tadi
aku bercerita kepada pak cik warung
tentang rakan sepejabat sahabatku yang dilanggar motor
waktu menyeberang Ialu beramai-ramai diangkat ke tepi jalan

petang tadi
pak cik warung bercerita kepadamu
tentang aku yang dilanggar motor waktu menyeberang
lalu diangkat beramai-ramai ke tepi jalan
dan menunggu setengah jam sebelum dijemput ambulans
tetapi meninggal sesampai di hospital

Malam ini
siapa yang akan bercerita tentangku
esok-esok pastinya tiada lagi yang bercerita tentangku....

Sabtu Sept 27, 2003 12:58 pm


5 comments:

ct said...

Uik! kenape dia menundukkan kepalanya? Nak mnyorok ekk? Sape ni? Sape? Tuan umah ni ke?

Deanz said...

hehehe..sama ke pic ni mcm dalam profile tu? bukan la..orang lain tu...

ct said...

Hahahaha..iya-iya je kate bukan. Ala..dulu lain skang lain. Pic tu pun ntah ye ntah tak...brani ke letak gambor sendiri?? :P

ita... said...

deanz... naper tundukan muka... malu eh......

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »