July 31, 2005

koleksi JGN ADA BENCI

i

JANGAN ADA BENCI

aku tidak benci pada cinta
kerana cinta itu anugerah

aku tidak benci pada nafsu
kerana cinta bukan nafsu
nafsu bukan cinta

tapi seperti katamu
hati-hati main api!
jangan ketawa...
aku tidak pernah melawak...

Isnin Jan 12, 2004 1:11 pm

ii

JANGAN ADA BENCI

siapa dia
aku sendiri tidak kenal

siapa dia
yang terhumban jauh
di sudut rumah
dari dalam bilik
di depan meja
di atas kerusi

tapi aku tidak pernah marah
apalagi membenci
kerana aku
hormatkan falsafahnya
'adalah baik menjadi penting
tapi adalah penting menjadi baik'

biarlah
dia begitu...

Rabu Jan 28, 2004 1:13 pm



iii

JANGAN ADA BENCI

siapa dia
aku sendiri tidak kenal
dari mana asal

siapa dia
yang mundar-mandir
di lorong hanyir ini
membawa saki baki benci dirinya

maka benarlah :
"kecantikan ialah musuh yang yang mengekori wanita ..."
(?)

Isnin Feb 16, 2004 2:17 pm

July 27, 2005

PERIBAHASA

Salam Sejahtera,

Peribahasa adalah ungkapan ringkas dan padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip atau peraturan hidup. Nenek Moyang kita cukup sinonim dengan peribahasa di mana mereka sering dikaitkan dengan penciptaan peribahasa pada zaman dolu-dolu. Peredaran dan perubahan zaman membuatkan generasi millenium kurang ambik pot tentang peribahasa yang tercipta mengikut latar zaman dan masyarakat pada masa itu untuk di jadikan panduan pada masa sekarang. Persoalannya adakah peribahasa masih lagi relevan di era millenium ini?

Mungkin kerana terlalu banyak peribahasa yang dicipta oleh nenek moyang kita, terkadang peribahasa tidak sesuai dengan arus zaman, bahkan saling bertentangan satu dengan lainnya.

Keris sebagai lambang ketuanan, kegemilangan dan kekuatan melayu satu ketika dulu...macam orang Umno lak aku.. :)


Contohnya, peribahasa Biar lambat asal selamat, masyarakat zaman ini mentafsir sebaliknya Biar cepat tapi selamat. Mesejnya, kita harus tangkas memanfaatkan peluang dalam dunia yang semakin pantas ini, apatah lagi peluang selalunya datang hanya sekali !

Jika ditanya kepada Pemburu Chenta ungkapan Takkan lari gunung dikejar juga harus diubah katanya...'gunung zaman sekarang ada kaki' (merujuk kepada girlfriend...hehehehe..) tapi seringkali hajat tak kesampaian kerana Hajat di hati nak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai. :-D

Peribahasa Genggam bara api biar sampai jadi arang memang mampu membakar semangat juang darah keperwiraan kita pada saat mempertahankan maruah Agama, bangsa dan negara !Namun di sebalik realitinya, apakah kita benar-benar mampu dan perlu terus menerus maju berjuang tanpa berundur? Pada realitinya, ada saat kita perlu melangkah maju, namun ada pula saat berhenti sejenak, bahkan kalau perlu berundur yang bukan bererti kalah untuk pada suatu ketika yang sesuai kita perlu terus maju dan menang!

Jika difikirkan secara logik, peribahasa Rezeki secupak takkan jadi segantang adakah masih relevan lagi? Bukankah mengumpul rezeki itu juga satu ibadah? tetapi harus juga diimbangi dengan amalan ibadah secara spiritual kepadaNya. Sampai bila kita harus bercupak? Tidak bergantang, berlori, berkontena, bergudang dan seterusnya.....?



Aku...
Ayat biar power, dressing biar slumberrrrr.....! chow dulu...




July 25, 2005

SEMUTZAPI NEWS NETWORK (SNN)

Jenayah makin meningkat di Singapura

SINGAPURA
Kadar jenayah di Singapura secara keseluruhannya meningkat sebanyak 28 peratus sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antara kategori jenayah yang meningkat termasuk kes mencuri, memandu dalam keadaan mabuk, merompak, ragut dan merusuh.



Sementara itu, polis Singapura yang menjalankan rondaan akan meminta telefon bimbit orang ramai untuk diperiksa ekoran peningkatan kes kecurian telefon berkenaan di negara bandar raya itu. Pemeriksaan itu akan membabitkan nombor Pengenalan Telefon Bimbit Antarabangsa (Imei) yang ada dalam setiap telefon bimbit. Ia bertujuan mengumpul maklumat mengenai nombor berkenaan dan memasukkannya ke dalam pangkalan data. – Agensi

Anekdot,
Awas! Bagi anda yang ingin berkunjung ke Singapore telefon tangan bukan lagi alat privacy di sana dan anda juga akan menghadapi risiko kecurian telefon tangan.

775 Berulang lagi


LONDON
Tiga pegawai polis yang dilengkapkan dengan pakaian khas memasuki stesen kereta api bawah tanah di Warren Street, London semalam selepas dilaporkan berlaku letupan kecil. - Gambar Reuters.

Anekdot,
Peristiwa 911 telah menjadi sejarah hitam bagi negara Uncle Sam. Atas alasan itu Bush bernafsu serakah lantas menghancurkan Afghan dan Iraq bersama Pak Turut paling setia Tony Blair! Kota London pula bergegar minggu lepas walau tidak mengorbankan banyak nyawa tapi cukup membuatkan Blair tak senang duduk disusuli pula serangan yg kurang berjaya tidak sampai dua minggu selepas itu. Siapa pula yg akan menjadi serangan serakah Blair & Bush selepas ini...Iran barangkali (?).

Serang Mekah: AS dikecam

KUWAIT 21 Julai.
Umat Islam dari Indonesia hingga ke Asia Barat melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) bahawa AS boleh memusnahkan tempat-tempat suci Islam termasuk Mekah jika puak militan Islam melancarkan serangan nuklear ke atas AS.
Kebanyakan mereka berkata, kenyataan itu hanya akan memarakkan fahaman pelampau di kalangan umat Islam dan membuatkan umat Islam merasakan bahawa AS menganggap semua orang Islam sebagai pengganas.

``Mentaliti Amerika membayangkan sebuah agama menyerang sebuah agama lain dan di sini-lah bahayanya,'' kata seorang penganalisis politik Syria, Ahmed Al-Haj.


~ dipetik dari utusan online.


Anekdot,
Kenyataan ini membuktikan sememangnya AS bernafsu besar!

July 21, 2005

ANGIN PANAS (AP)

Apabila air mata Wanita Besi menitis...


...only four.



Tawa...



...dan tangis.

July 19, 2005

MENGULAR

Rutin seharian sebagai pekerja kadang-kadang memeningkan kepala kita. Sesetengah daripada kita berpuas hati dengan kerja, dengan pendapatannya dan segala hal yang meliputi kerjanya. Tapi di pihak lain, tidak semua orang mengalami hal yang sama. Banyak orang yang berkerja kerana ia sememangnya memerlukan pekerjaan, kerana perutnya harus diisi atau mungkin kerana sebagai sumber sara hidup keluarga.

Kita perlu mengetahui bahawa setiap tugas atau pekerjaan yang dilaksanakan bukan hanya sekadar mencari rezeki untuk hidup tetapi perlu menjadikan sebagai suatu ibadah.

Masalah ponteng kerja juga sering menghantui ketua jabatan atau bos sesebuah organisasi. Istilah yang popular di kalangan kita ialah mengular. Lepas punch pastu hilang entah kemana..mengularlah tu!


...jangan mengulau.

Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku...sikap, suasana kerja, persekitaran kerja, masalah dalaman dan banyak lagi. Apabila kita pemperkatakan tentang masalah-malasah ini, lantas timubullah suara-suara sumbang yang tak sedap didengar ;

'Kalau anda rasa tidak sesuai kerja di sini, awak bolehlah cari kerja di tempat lain'
'Kalau kami rasa anda tidak serasi kerja dicawangan ini, kita akan pindahkan ke cawangan lain'

Kata-kata ugutan seperti ini sering kita dengar sebagai jalan singkat untuk menutup mulut dan mesej supaya kita terpaksa rela dengan sebarang keputusan. Hulubalang Bodek juga cukup pintar memainkan peranan ketika ini.

'Kalau pengurusan sebenarnya tidak mampu mengurus pentadbiran, elok lah angkat bendera putih'

July 15, 2005

PEREMPUAN ITU

perempuan itu di situ
di depan sebuah restoran
duduk menadah rezki
sebelahnya seorang kanak-kanak
ketawa sesekali menangis
juga tertidur di bantal busuknya

aku cuma berlalu
cukup simpati
maaf, tapi aku tidak pernah membenci

semalam
perempuan dan kanak-kanak masih disitu
tulang empat keratnya masih kuat
juga masih muda
permpuan itu belum separuh umur
ah! dia perlu kuat berusaha bukan mengemis...

hari ini
cuma kanak-kanak itu
sugul benar wajahnya
dengan segenggam roti di tangan
"kenapa...
bergenang air matanya
"ibu meninggal semalam dilanggar kereta
ketika menyeberang jalan untuk membeli roti..."

ketika aku berlalu
dadaku sebak
kenapa baru hari ini
kuhulurkan sedekah
tapi bukan semalam
barangkali hari ini
dia masih punya ibu
jika punya wang untuk makan direstoran ini...

Khamis Feb 26, 2004 -9:28 am




JANGAN ADA BENCI

teraba aku
di rembang malam
mencari jejak yang hilang
terjungkir jatuh
tiada siapa sudi menyuluh

hanyir najis tubuhku
tiada siapa hulur bantu
hanya kerana aku
bukan seorang wanita

tiada siapa hulur payung
dalam pekat malam
dalam dingin hujan
ditengah kota ini
yang semakin tipis rasa hormat...

Selasa Feb 24, 2004 4:31 pm

July 12, 2005

PERNAHKAH?

Salam Sejahtera,

Pernahkah suatu ketika secara tidak sengaja kita telah menyakiti hati orang lain di sekitar kita. Kita melalui hari-hari mendatang tanpa mengetahui bahawa kelmarin, dua hari lalu, atau hari-hari sebelumnya lagi, entah berapa banyak orang yang tak berkenan dengan apa yang telah kita lakukan. Walau tanpa sedar, walau tanpa bermaksud demikian, namun hati yang terlanjur disakiti, sukar untuk dipulihkan lagi.

Pernahkah terpikir oleh kita, bahwa sedikit tingkahlaku kita yang kurang menyenangkan orang lain, membuat mereka merasa sedih, kecewa, kesal, atau bahkan marah pada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lalui dan berlalu tanpa sebarang rasa bersalah pun kita rasakan...



Kesalahan yang tak disengaja, kadang-kadang membuat kita sendiri berasa hairan. Bila kita melakukan? Betul ke kita telah bersikap kasar padanya? Mungkin kita tidak bermaksud begitu...Memang benarlah ungkapan 'yang menilai diri kita bukan kita sendiri tapi orang lain'.

Jalan paling mudah, perbaikilah diri, mulai saat ini sebab kita tidak pernah tahu bila kita pernah menyakiti orang lain secara tidak sengaja...

Wassalam.

July 08, 2005

MINGGU KEMALANGAN MALAYSIA



1 Julai
Murid dirempuh terus raptai


KEPALA BATAS:
Murid Sekolah Kebangsaan Kepala Batas (SKKB) di Taman Seri Serdang di sini, yang trauma selepas seorang lelaki melanggar sekumpulan rakan mereka, meneruskan raptai kali kedua untuk majlis penyampaian hadiah sekolah itu.

Guru Besar SKKB, Abdul Latiff Saidin, berkata raptai itu adalah kali kedua, selepas raptai percubaan pada hari kejadian berakhir dengan tragedi murid dirempuh kereta.

2 Julai
Pemuda laung kalimah sekuat hati sebelum nahas

DUNGUN:
“Saya melaungkan kalimah Allah sekuat hati sebaik melihat sebuah kereta tiba-tiba meluru masuk ke laluan saya,” kata pemandu bas Rosmazi Abdul Ghani, 38, menceritakan detik cemas selepas bas itu berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 72.6 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kampung Pulau Serai, di sini, petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.40 petang itu, kereta yang dipandu, Mohd Shafie Abdullah, 60, seorang kakitangan istana di Batu Buruk, Kuala Terengganu bertembung dengan bas berkenaan.Berikutan kejadian itu Mohd Shafie cedera parah di paha kanan, manakala isterinya, Wook Said, 60, dan cucu mereka, Siti Syahirah Rasol, sembilan bulan tidak mengalami sebarang kecederaan. Dua puluh lima penumpang bas itu juga terselamat.

3 Julai
Mati dirempuh kereta terbabas

KOTA BHARU -
Seorang kerani maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas dipercayai ketika sedang berlumba dengan sebuah kereta lain di Jalan Kuala Krai di sini, petang semalam.
Dalam kejadian itu, Kua Sew Cheam, 49, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kota Bharu kerana cedera parah setelah melambung kira-kira dua meter akibat dirempuh pada bahagian kaki.

4 Julai
Isteri mati dilanggar depan mata suami

KUANTAN -
Seorang suami terpaksa melalui pengalaman pahit menyaksikan sendiri isterinya maut di depan matanya setelah dilanggar sebuah kereta di Jalan Stadium, di sini hari ini.
Lebih menyayat hati, Md. Nasir Mamat, 52, tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan isterinya, Kamsiah Anuar, 54, sebaliknya hanya mampu mendengar jeritan isterinya ketika dilanggar.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi sewaktu dia dan isterinya baru pulang dari pasar tani berhampiran Stadium Darul Makmur.
Menurut Md. Nasir, isterinya ketika itu sedang berjalan di bahu jalan dan cuba melintas jalan apabila secara tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta.


5 Julai
Misteri RM1 juta lesap - Lori rempuh van perisai, dua pengawal syarikat keselamatan maut

BALING-
VAN syarikat kawalan keselamatan yang remuk setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Kulim-Baling dekat Kampung Bagan Sena, Sungai Karangan, Baling, semalam. Belum dipasti sama ada kemalangan ini disengajakan atau tidak. Dua pengawal keselamatan mati, dua lagi cedera dan wang tunai RM1 juta lesap.



Ibu saksi anak maut dirempuh

PASIR PUTEH
`Allah anakku... Acik!'' jerit seorang ibu hamil lima bulan Norma Jaafar, 28, cemas melihat anaknya melintas jalan menerpa ke arahnya sambil anak matanya menyaksikan sebuah kereta putih memecut laju.

Lebih menyayat hati apabila ibu malang itu terpaksa memapah tubuh anaknya yang berlumuran darah dan cedera teruk, memasukkannya ke dalam kereta, kemudian memandu sejauh kira-kira 500 meter bagi mendapatkan pertolongan kerana tiada yang sudi membantu.

6 Julai
Lelaki maut berpaut cuba halang kereta dicuri



TUMPAT
Seorang pembantu kedai maut apabila melompat ke atas cermin hadapan keretanya dalam usaha menyelamatkan kenderaannya itu daripada dilarikan oleh seorang lelaki di Kampung Bendang Keriang di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Ibrahim Mohd. Noor, 31, bertindak nekad dengan melompat ke atas cermin hadapan kereta Proton Iswara Aeroback ketika ia bergerak laju.

7 Julai

Empat maut dirempuh bas ekspres di Baling

BALING
Kegembiraan lima orang dari satu keluarga selepas menziarah saudara sepupu mereka yang lama tidak dikunjungi berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka yang menaiki sebuah kereta terbunuh dalam kemalangan dengan bas ekspres di persimpangan Lebuh Raya Baling-Kulim, dekat Kuala Pegang di sini petang ini.



Anekdot,
7 hari penuh tragedi kemalangan, berapa kerugian yang di catat?
RM1 Juta menjadi terlalu besar jika di banding dengan dua nyawa pengawal yang terkorban di Baling...(?)

July 05, 2005

KELAB PENGGEMAR DURIAN

Salam Sejahtera,

Musim durian tiba lagi. Raja buah ini mula menguasai pasaran tempatan buah-buahan Malaysia. Dulu, kedatangan musim durian amat ditunggu-tunggu oleh penggemarnya. Tetapi kini kehadiran durian terutama di ibu negara seperti tidak bermusim lagi.

Durian tidak lagi menjadi buah elit seperti satu masa dulu. Ia mudah didapati dimana-mana sahaja. Dari pasaraya besar, gerai tepi jalan sehingga gerai-gerai segera di depan rumah atau di pinggir dusun...semuanya fresh dan mudah dinikmati. Harga bukan lagi satu halangan ianya murah, berpatutan dan berbaloi membelinya!

Gerai-gerai payung di tepi jalan kadang-kadang boleh mendatangkan kekeliruan kepada kita untuk membezakan yang mana satu gerai durian dan yang mana satu payung speed trap polis ! ha ha ha...
peeeeergh! ...terliur...lebih enak dimakan begitu saja! ...nyum....nyum...

Baru-baru ini, Kelab Penggemar Durian (Durian Enthusiast Fan Club - DEFC) telah ditubuhkan. Kelab ini bertujuan utk menggalakkan penggemar raja buah ini bertukar pendapat sekaligus memahami lebih mendalam berkenaan durian. Ia juga bertujuan menggalakkan penanam durian mengekalkan dan meningkatkan lagi hasil tanaman mereka.


Bagi aku ini satu pengiktirafan bagi gologan tani dan buah-buahan tempatan negara kita. Tahniah!


Seperkara lagi, Untuk mendapatkan durian yang baik dalam satu longgokan durian memerlukan kemahiran yang tinggi untuk berbuat demikian. Kebanyakan peraih yang biasa membeli durian daripada pekebun mempunyai kemahiran ini. Menurutnya, kebanyakan buah yang ditebuk tupai adalah buah yang lazat dan berkualiti.