July 12, 2005

PERNAHKAH?

Salam Sejahtera,

Pernahkah suatu ketika secara tidak sengaja kita telah menyakiti hati orang lain di sekitar kita. Kita melalui hari-hari mendatang tanpa mengetahui bahawa kelmarin, dua hari lalu, atau hari-hari sebelumnya lagi, entah berapa banyak orang yang tak berkenan dengan apa yang telah kita lakukan. Walau tanpa sedar, walau tanpa bermaksud demikian, namun hati yang terlanjur disakiti, sukar untuk dipulihkan lagi.

Pernahkah terpikir oleh kita, bahwa sedikit tingkahlaku kita yang kurang menyenangkan orang lain, membuat mereka merasa sedih, kecewa, kesal, atau bahkan marah pada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lalui dan berlalu tanpa sebarang rasa bersalah pun kita rasakan...



Kesalahan yang tak disengaja, kadang-kadang membuat kita sendiri berasa hairan. Bila kita melakukan? Betul ke kita telah bersikap kasar padanya? Mungkin kita tidak bermaksud begitu...Memang benarlah ungkapan 'yang menilai diri kita bukan kita sendiri tapi orang lain'.

Jalan paling mudah, perbaikilah diri, mulai saat ini sebab kita tidak pernah tahu bila kita pernah menyakiti orang lain secara tidak sengaja...

Wassalam.

22 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Deanz..bagaimana yang depan2 menyakitkan hati.. menyakitkan hati hingga terasa sakit..hingga rasa tiada maaf.. sedangkan alasannya "Aku memang mulut laser", "Aku bukan bermaksud nk ckp macm tu"..tapi tahukan mereka deanz..bila kata2 diucap..ia lahir dari hati..bukan keluar secara otomatik...kadang2 3 patah perkataan..akan memisahkan persahabatan buat selama-lamanya deanz..maafkan tiara kerana memenuhkan kotak komenmu..kerana..entri dean hari ini memang sangat kena mengena dengan tiara.. rasanya lebih baik tiara jauhkan diri dari kawan yang selalu menyakitkan hati ni depan2 kan kan..walaupun rasa sayang ni ada..tapi hati ini telah robek...

anni said...

betol tuh deanz..anni sokong..kenkadang kie x perasaan..ade kala perwatakan..atau tutur bicr kite menyakit kan hati org lain..

Anonymous said...

erm..kadang2 kite sangka sume org sama level perasaan dgn kite..x sangka plk x sama..well..that's life..!

-Masy-

mayameera said...

deanz kadang2 org tu yg tak paham bahasa kita. cam aku ni ha. aku suka guna bahasa yg terus je. tak pandai nak guna bahasa2 puitis ni. tapi yg pelik tu kata org seni makna 'IBARAT' pun tak tau. kita gunakan 'IBARAT' tu sbg contoh bukan 'MENYAMAKAN' maksud. hmmm ntahlah kena cakap urdu gak aku ni.. nanti gi kursus bahasa urdu dululah.

nota kaki: aku yg 'org bodoh tak paham bahasa seni' ni tgh berfikir betul ke.. BODOH dan PANDAI tu 2 perkara yg sama.... hish musykil ni.. Deanz tolong jawab. sama ke?

wss79 said...

Kawan yang baik ialah kawan yang menegur kesilapan kita. Tak kisahlah kesilapan pertuturan, sikap dll.

Kawan pula tak semestinya kawan biasa.. suami isteri kawan juga, ibu kawan juga.. anak pun kawan juga..

www.AlidSorento.com said...

Kerana perkataan
ada orang boleh terluka
ada orang boleh merana
ada orang boleh kecewa
ada orang boleh terasa

oleh itu
lebih baik diam
diam itu lebih bagus
daripada berkata-kata

kapis!

Aku Bukan Bidadari said...

to alid sorento damn nice..that sentence diam itu lebih bagus
daripada berkata-kata, somewhere ada kat dlm my blog..posting diam lebbih baik dari berkata-kata..mungkin anda orang yang punya ramai teman..dan teman mempercayai dan tak ada teman pernah berkecil hati denganmu..well..tahniah..andai saya punya puluhan teman macm awak..kan bagus..

Deanz said...

Tiara,

Sebagai panduan :

'Apabila kita banyak berkata-kata, banyaklah silapnya..apabila byk silap maka banyaklah dosanya'

Harus diingat kadang2 orang boleh terasa bukan sahaja secara lisan tetapi juga melalui tulisan...

Masy,
rambut sama hitam tapi hati lain2...

anni,
pengalam mengajar kita menjadi dewasa..hati-hati..

Maya,
Kita tidak boleh MENYAMAKAN antara BODOH dan PANDAI..

Wss79,
yes..Istilah kawan cukup luas skopnya.

Alid,
Diam-diam ubi tapi berisi....

www.AlidSorento.com said...

Thanks tiara.

Diam tak bererti semuanya diam,
mulut diam
jantung berdenyut
mata melihat
telinga mendengar
otak berfikir
hati berdetik
tangan bergerak
kaki melangkah

Banyak perkara baik kena diam
Diam bukan sebarang diam
Diam untuk mendengar dan memahami
Diam untuk berfikir ke arah kemajuan
Diam untuk menyejukkan
Diam untuk menidurkan baby
Diam untuk merehatkan
Diam untuk menenangkan

Lepas tu sekali berkata-kata
penuh makna
penuh semangat
penuh keyakinan

Cikgu, DJ, Pensyarah, Ulama, pencipta lagu, penyanyi dan lain-lain yang kerjanya bercakap atau menyanyi pun diam semasa buat preparation.

Sebab diam adalah antara perkara paling penting dalam hidup.

Sebab itu cerdik pandai selalu kata, kalau tak tau nak berkata-kata lebih baik diam.

marilah kita sama-sama 'DIAM' untuk memajukan diri kita.

Tak rugi kita 'DIAM', bercakap bila perlu.

Insya Allah.

mayameera said...

deanz... thanx... itulah jawapannya bodoh dan pandai tak sama...

kadang2 deanz, bila org bercakap perkara yg benar kita boleh kecik hati. tapi mengapa kita takmo berfikiran rasional, mengapa cepat melatah? Cuba fikirkan dan 'digest' apa yg org cakap.

mengapa kita mudah suruh orang DIAM sedangkan kita sendiri tak tahu DIAM dan kerana kita tak tahu DIAM, secara tak langsung kita pun dah sama cam org tu yg sama2 melukai antara satu sama lain. Memang mudah mengatakan kekurangan org, tapi tak mudah menerima kekurangan diri kan.

Aku ni dah lama DIAM sebab takmo mengeruhkan keadaan, tapi nampaknya ada orang yg suka sangat menjolok sarang tebuan.

Sorry deanz.. aku memenuhkan kotak komen kau ni. Lepas ni aku akan DIAM terus. Kalo orang tu takmo kawan aku sebab kata aku laser takpe. Sebab kawan yg baik takkan membiarkan kawan dia dah menggeletik nak mati, baru nak tolong, kalo camtu baik ko sedekahkan yasin dan standby kain kapan je.

Anonymous said...

Musim durian dah habis.
dah tak de benda dia nak jolok
sebab tu dia jolok sarang tebuan
tapi apasal jolok sarang tebuan?
lebih baik jolok pelam ke, mangga ke? kan ke bagus... he he he

Anonymous said...

Bila nak buat majlis bacaan yasin tu meera, malam ni boleh kot?

noorlara said...

Tu le fasalnya kita disuruh beristiqfar bebanyak dan memaafkan kesalahan semua orang yang tersakitkan hati kita pada siangnya sebelum tidur supaya tidur kita dalam ketenangan dan suci hati

Budak Sekolah said...

Kekadang tu tak sedar pun apa yg kita buat tu sebenarnya salah...

ita.... said...

emm.. ita nak ckp gak, tapi kkdng bila kita diam jer, ada org dah wat tanggapan yg bukan2 pasal kita, so kita kena arrr ckp, tapi bila kita dah ckp, lagila org tak faham.. [per yg ita mangarut ni eh..... sajer jer..... jgn marah eh deanz.....:-) ]

ct said...

Deanz, saya pernah jugak berhadapan dengan situasi macam ni. Kdg2 tu terfikir, apakah saya ni jahat sgt or baik sgt? Yelah..mmg kita tak perasan bila kita buat silap. Secara tak sengaja hati si polan-si polan dah terguris. Hemmm..so, saya lebih suka diam bila takde apa yg perlu dibualkan. Tapi, bila diam...org anggap lain pulak. Sombong ke dia ni??? Atau...angin monsun apa yg buat dia diam je ni??? Hemmm..so...serba salah jadinya...last-last...ambik keputusan, lantaklah...bercakap bila perlu saja. Gurau-gurau jugak..lawak-lawak jugak..tapi perlu berhati2 agar tak berulang lagi..cukup sudah kepahitan yang dilalui..:(

jed1 said...

time hari raya boleh minta maaf zahir batin deanz

hehehehehe

Deanz said...

Tq Noor, BS, ct, Jed, Anon...

Ada orang yang diam tapi byk buat duit..bekas menteri kewangan kita dulu...DAIM yang DIAM...

'Thought & Humor' said...

We work like a horse.
We eat like a pig.
We like to play chicken.
You can get someone's goat.
We can be as slippery as a snake.
We get dog tired.
We can be as quiet as a mouse.
We can be as quick as a cat.
Some of us are as strong as an ox.
People try to buffalo others.
Some are as ugly as a toad.
We can be as gentle as a lamb.
Sometimes we are as happy as a lark.
Some of us drink like a fish.
We can be as proud as a peacock.
A few of us are as hairy as a gorilla.
You can get a frog in your throat.
We can be a lone wolf.
But I'm having a whale of a time!

You have a riveting web log
and undoubtedly must have
atypical & quiescent potential
for your intended readership.
May I suggest that you do
everything in your power to
honor your encyclopedic/omniscient
Designer/Architect as well
as your revering audience.

Please remember to never
restrict anyone's opportunities
for ascertaining uninterrupted
existence for their quintessence.

There is a time for everything,
a season for every activity
under heaven. A time to be
born and a time to die. A
time to plant and a time to
harvest. A time to kill and
a time to heal. A time to
tear down and a time to
rebuild. A time to cry and
a time to laugh. A time to
grieve and a time to dance.
A time to scatter stones
and a time to gather stones.
A time to embrace and a
time to turn away. A time to
search and a time to lose. A
time to keep and a time to
throw away. A time to tear
and a time to mend. A time
to be quiet and a time to
speak up. A time to love
and a time to hate. A time
for war and a time for peace.

Best wishes for continued ascendancy,
Howdy
Editor
http://ilovehowdy.blogspot.com/

P.S. One thing of which I am sure is
that the common culture of my youth
is gone for good. It was hollowed out
by the rise of ethnic "identity politics,"
then splintered beyond hope of repair
by the emergence of the web-based
technologies that so maximized and
facilitated cultural choice as to make
the broad-based offerings of the old
mass media look bland and unchallenging
by comparison."

'Thought & Humor' by Howdy
Cyber-Humor, Cyber-Thought
Cyber-Riddles for your divertissement!!!

lady said...

....after all said n done..
finally.. silence is gold!!!

Anonymous said...

Enjoyed a lot! buy mp3 player personal stationery crane Antidepressant therapy education http://www.car-navigation-gps.info/Oldsmobile-online-mirror-installation.html Buy mg percocet online Per ppc pay promotion strategy marketing click Canada forum voip gay personals Plastic surgery cost prices Cosmetic sergery in poland Fax sending software Lasik cincinnati 9927 oldsmobile alero Re lawsuit lipitor and cancer Flash free roulette cialis+soft+tab live sex cam chat Golf swing power

Anonymous said...

Very nice site! » »