July 12, 2005

PERNAHKAH?

Salam Sejahtera,

Pernahkah suatu ketika secara tidak sengaja kita telah menyakiti hati orang lain di sekitar kita. Kita melalui hari-hari mendatang tanpa mengetahui bahawa kelmarin, dua hari lalu, atau hari-hari sebelumnya lagi, entah berapa banyak orang yang tak berkenan dengan apa yang telah kita lakukan. Walau tanpa sedar, walau tanpa bermaksud demikian, namun hati yang terlanjur disakiti, sukar untuk dipulihkan lagi.

Pernahkah terpikir oleh kita, bahwa sedikit tingkahlaku kita yang kurang menyenangkan orang lain, membuat mereka merasa sedih, kecewa, kesal, atau bahkan marah pada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lalui dan berlalu tanpa sebarang rasa bersalah pun kita rasakan...



Kesalahan yang tak disengaja, kadang-kadang membuat kita sendiri berasa hairan. Bila kita melakukan? Betul ke kita telah bersikap kasar padanya? Mungkin kita tidak bermaksud begitu...Memang benarlah ungkapan 'yang menilai diri kita bukan kita sendiri tapi orang lain'.

Jalan paling mudah, perbaikilah diri, mulai saat ini sebab kita tidak pernah tahu bila kita pernah menyakiti orang lain secara tidak sengaja...

Wassalam.

17 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Deanz..bagaimana yang depan2 menyakitkan hati.. menyakitkan hati hingga terasa sakit..hingga rasa tiada maaf.. sedangkan alasannya "Aku memang mulut laser", "Aku bukan bermaksud nk ckp macm tu"..tapi tahukan mereka deanz..bila kata2 diucap..ia lahir dari hati..bukan keluar secara otomatik...kadang2 3 patah perkataan..akan memisahkan persahabatan buat selama-lamanya deanz..maafkan tiara kerana memenuhkan kotak komenmu..kerana..entri dean hari ini memang sangat kena mengena dengan tiara.. rasanya lebih baik tiara jauhkan diri dari kawan yang selalu menyakitkan hati ni depan2 kan kan..walaupun rasa sayang ni ada..tapi hati ini telah robek...

Anonymous said...

betol tuh deanz..anni sokong..kenkadang kie x perasaan..ade kala perwatakan..atau tutur bicr kite menyakit kan hati org lain..

Anonymous said...

erm..kadang2 kite sangka sume org sama level perasaan dgn kite..x sangka plk x sama..well..that's life..!

-Masy-

Anonymous said...

deanz kadang2 org tu yg tak paham bahasa kita. cam aku ni ha. aku suka guna bahasa yg terus je. tak pandai nak guna bahasa2 puitis ni. tapi yg pelik tu kata org seni makna 'IBARAT' pun tak tau. kita gunakan 'IBARAT' tu sbg contoh bukan 'MENYAMAKAN' maksud. hmmm ntahlah kena cakap urdu gak aku ni.. nanti gi kursus bahasa urdu dululah.

nota kaki: aku yg 'org bodoh tak paham bahasa seni' ni tgh berfikir betul ke.. BODOH dan PANDAI tu 2 perkara yg sama.... hish musykil ni.. Deanz tolong jawab. sama ke?

Anonymous said...

Kawan yang baik ialah kawan yang menegur kesilapan kita. Tak kisahlah kesilapan pertuturan, sikap dll.

Kawan pula tak semestinya kawan biasa.. suami isteri kawan juga, ibu kawan juga.. anak pun kawan juga..

Aku Bukan Bidadari said...

to alid sorento damn nice..that sentence diam itu lebih bagus
daripada berkata-kata, somewhere ada kat dlm my blog..posting diam lebbih baik dari berkata-kata..mungkin anda orang yang punya ramai teman..dan teman mempercayai dan tak ada teman pernah berkecil hati denganmu..well..tahniah..andai saya punya puluhan teman macm awak..kan bagus..

Semut Api said...

Tiara,

Sebagai panduan :

'Apabila kita banyak berkata-kata, banyaklah silapnya..apabila byk silap maka banyaklah dosanya'

Harus diingat kadang2 orang boleh terasa bukan sahaja secara lisan tetapi juga melalui tulisan...

Masy,
rambut sama hitam tapi hati lain2...

anni,
pengalam mengajar kita menjadi dewasa..hati-hati..

Maya,
Kita tidak boleh MENYAMAKAN antara BODOH dan PANDAI..

Wss79,
yes..Istilah kawan cukup luas skopnya.

Alid,
Diam-diam ubi tapi berisi....

Anonymous said...

deanz... thanx... itulah jawapannya bodoh dan pandai tak sama...

kadang2 deanz, bila org bercakap perkara yg benar kita boleh kecik hati. tapi mengapa kita takmo berfikiran rasional, mengapa cepat melatah? Cuba fikirkan dan 'digest' apa yg org cakap.

mengapa kita mudah suruh orang DIAM sedangkan kita sendiri tak tahu DIAM dan kerana kita tak tahu DIAM, secara tak langsung kita pun dah sama cam org tu yg sama2 melukai antara satu sama lain. Memang mudah mengatakan kekurangan org, tapi tak mudah menerima kekurangan diri kan.

Aku ni dah lama DIAM sebab takmo mengeruhkan keadaan, tapi nampaknya ada orang yg suka sangat menjolok sarang tebuan.

Sorry deanz.. aku memenuhkan kotak komen kau ni. Lepas ni aku akan DIAM terus. Kalo orang tu takmo kawan aku sebab kata aku laser takpe. Sebab kawan yg baik takkan membiarkan kawan dia dah menggeletik nak mati, baru nak tolong, kalo camtu baik ko sedekahkan yasin dan standby kain kapan je.

Anonymous said...

Musim durian dah habis.
dah tak de benda dia nak jolok
sebab tu dia jolok sarang tebuan
tapi apasal jolok sarang tebuan?
lebih baik jolok pelam ke, mangga ke? kan ke bagus... he he he

Anonymous said...

Bila nak buat majlis bacaan yasin tu meera, malam ni boleh kot?

noorlara said...

Tu le fasalnya kita disuruh beristiqfar bebanyak dan memaafkan kesalahan semua orang yang tersakitkan hati kita pada siangnya sebelum tidur supaya tidur kita dalam ketenangan dan suci hati

Anonymous said...

emm.. ita nak ckp gak, tapi kkdng bila kita diam jer, ada org dah wat tanggapan yg bukan2 pasal kita, so kita kena arrr ckp, tapi bila kita dah ckp, lagila org tak faham.. [per yg ita mangarut ni eh..... sajer jer..... jgn marah eh deanz.....:-) ]

jed1 said...

time hari raya boleh minta maaf zahir batin deanz

hehehehehe

Semut Api said...

Tq Noor, BS, ct, Jed, Anon...

Ada orang yang diam tapi byk buat duit..bekas menteri kewangan kita dulu...DAIM yang DIAM...

Anonymous said...

....after all said n done..
finally.. silence is gold!!!

Anonymous said...

Enjoyed a lot! buy mp3 player personal stationery crane Antidepressant therapy education http://www.car-navigation-gps.info/Oldsmobile-online-mirror-installation.html Buy mg percocet online Per ppc pay promotion strategy marketing click Canada forum voip gay personals Plastic surgery cost prices Cosmetic sergery in poland Fax sending software Lasik cincinnati 9927 oldsmobile alero Re lawsuit lipitor and cancer Flash free roulette cialis+soft+tab live sex cam chat Golf swing power

Anonymous said...

Very nice site! » »